GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sultan Kelantan, YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15 dengan gelaran SULTAN MUHAMMAD V

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dari pagi tadi ikuti Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke-15... alhamdulillah... Kali ni giliran Sultan Kelantan pula jadi YDPA... memang dinantikan rakyat jelata... 


Sultan Kelantan antara sultan yang selalu juga jadi VIRAL di media sosial sebab sultan yang mesra rakyat dan amat mementingkan hal keagamaan...  

Tadi tengok dokumentari kat tv... rasa syukur dan sejuk hati bila tengok pemimpin kita camtu kan... seronok sungguh.. moga pelantikan sultan Kelantan jadi YDPA ke-15 ni akan membawa sinar dan perubahan kepada rakyat terutama bab keagamaan..  

Jom.. kenali sedikit biodata ringkas mengenai YDPA kita yang baru.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad ke-V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Tengku Mahkota

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pendidikan dan kerjaya

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Istana Kubang Kerian

Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri. 
Sumber: Wikipedia 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ