GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Biskut Almond Cheese

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Biskut Almond Cheese  | Hari ni datang mood rajin... tapi suami den terlebih rajin... waktu takde air dia boleh ajak buat kuih pula... ni gara-gara tengok buku resepi la ni... 

Tapi layankan aje... sebab boring takde kerja nak buat... dah suami beriya nak buat... jadi...selepas dipilih resepi yang nak dibuat... terus la kami anak beranak ke dapur.. 

Biskut yang dipilih ialah biskut Cheese... asalnya guna krim Cheese, sebab dok ingat krim Cheese dalam peti sejuk boleh guna lagi... sekali dah nak buat tengok dah rosak.. terus tukar resepi... ada serbuk badam... jadi gunakan apa yang ada... jadilah biskut almond cheese....

Mudah sangat nak buat biskut ni..  macam main masak-masak... 


Resepi Biskut Almond Cheese 

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan (250g) mentega [MF guna Buttercup sebab seketul tu cukup 250g tak payah nak sukat dah]
  • 1/2 cawan (90g) gula icing
  • 50g serbuk badam
  • 2 biji kuning telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 1 2/3 cawan (480g) tepung gandum
  • 5 sudu besar susu tepung
  • Hiasan: Parutan keju cheddar

Cara memasaknya :

1. Panaskan oven 150 darjah celcius 
2. Putarkan mentega dan gula icing hingga sebati. Masukkan serbuk badam dan putar lagi.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanila,  putar lagi. Kemudian, masukkan susu tepung dan tepung gandum. Gaul menjadi adunan doh.
4. Canaikan dan terapkan ikut acuan pilihan, dan taburkan parutan keju cheddar di atasnya. 
5. Susun dalam loyang dan bakar selama 18-20 minit... ikut setting oven masing-masing la ye... kalau jenis oven cepat panas..mungkin kejap je kan.. 

Siap je, semestinya anak-anak la suka... ulang makan aje.. memang sedapp... memang menjadilah kudapan kali ni.. biskut almond cheese... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ