GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

INI RAHSIA DOA MUDAH DIMAKBULKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


(كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّى عَلَى النَّبِّيِّ (ص

“Semua doa terhalang hingga diucapkan selawat ke atas Nabi” (HR al-Tabrani  No: 4523)

Pengajaran:

1.  Antara tanda kecintaan kepada Rasulullah ialah memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

2.  Antara adab berdoa ialah mengiringi selawat di dalam berdoa

3.  Doa  mustajab apabila diiringi dengan selawat ke atas Nabi

Nabi s.a.w juga bersabda:


بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ

Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama-sama kami (di masjid), tiba-tiba ada seseorang yang masuk lalu bersolat. Setelah itu, orang tersebut terus sahaja berdoa (dengan katanya): “Ya Allah, ampunilah dan sayangilah aku.” Maka Rasulullah SAW pun menegur: “Kamu terburu-buru wahai orang yang bersolat. Apabila kamu melaksanakan solat lalu kamu duduk, ucapkanlah pujian kepada Allah dengan pujian yang sewajarnya bagi Allah dan berselawatlah kamu kepadaku kemudian berdoa.” Setelah peristiwa itu, mereka yang lain apabila melaksanakan solat, mereka pun memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW. Maka Nabi SAW pun bersabda: “Wahai orang yang solat, berdoalah. Sudah tentu doamu akan dimakbulkan.” (HR at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 11/380, no. 3398)


Pengajaran:

1.  Adab berdoa hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah terlebih dahulu sekurang-kurangnya kalimat (Alhamdulillah)

2.  Adab berdoa seterusnya ialah berselawat ke atas Rasulullah SAW

3.  Mukmin yang berdoa dengan dimulai dengan pujian kepada Allah diikuti dengan berselawat, nescaya doanya akan dimakbulkan.


Jom... banyakkan doa dan berselawat kepada Nabi s.a.w...

ُِSalam pagi Isnin | 12 Rabiulawal1438H | 12 December  2016.
                            
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Ya Allah di hari ulangtahun keputeraan junjungan kami Nabi Muhammad SAW di hari ini,  berilah kami hati yang tenang, fikiran yang jerneh dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah anugerahkanlah kami taufiq dah hidayah Mu dan berilah kami kekuatan dan keupayaan untuk memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah jadikanlah kami agen perubah hal keadaan orang-orang Islam, agar kami meningkat maju dan kehadapan sehingga kami mencapai kemenangan keatas kafir laknat.

Ya Allah bantulah kami, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati.

Ya Allah harmonikanlah antara kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.

Ya Allah bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah
Jadikanlah kami kaum yang menjaga daripada segala bala, yang menghalang daripada sebarang pencerobohan, bantulah kami menewaskan segala musuh dan pemerintah yang tidak amanah.

Ya Allah zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan dan kezaliman.

Ya Allah awasilah kami dari musoh dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak pernah luput.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat sang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ