GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

IKUT FESYEN TREND TERKINI KERANA APA????

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


FESYEN KERANA ALLAH ATAU ?
Imam Ibn Jawzi mencerita kisah lelaki soleh yang ingin memotong pokok yang disembah masyarakatnya bagi mengelak syirik, namun berjaya dipujuk oleh syaitan (dalam rupa manusia) agar tidak menebangnya dengan menjanjikan 2 dinar setiap pagi sebagai balasan. 

Namun apabila di satu pagi, lelaki soleh mendapati tiada dua dinar lagi, dia bergegas ingin menebang pokok. Tatkala itu, syaitan memukulnya dan mengalahkannya dengan mudah 

Syaitan mengatakan jika dahulu dia gagal menewaskan pemuda tersebut kerana niat ikhlas pemuda untuk menebang pokok syirik itu hanya kerana Allah, namun kini niat TELAH terpesong KERANA MARAHKAN TIADA DUA DINAR. atas sebab itu, dia mudah dikalahkan oleh Syaitan.

Begitulah juga Fesyen dan PENUTUPAN AURAT. Barangsiapa yang BERHABIS WANG DAN FIKIRAN bagi mencari jalan menutup aurat kerana ALLAH swt, maka syaitan tiada dapat menguasainya dan menipunya, 

Barangsiapa menurut aurat kerana ingin dilihat cantik menawan, lebih ayu, mengikut aliran fesyen dan lain-lain. Wanita sebegini BAKAL di kuasai dan ditewaskan oleh Syaitan. Moga diselamatkan oleh Allah swt. (Petikan ceramah Dr Zaharuddin A Rahman "fesyen & Aurat, Masjid Rahimah, 21 Dis 14) -sumber:@telegram DrZaharuddin-


Sumber : Google images 

MF kongsikan di sini untuk renungan bersama... dah nak masuk tahun baru ni... moh lerr kita perbaiki niat dalam berfesyen... setiap kali pakai baju dan nak beli baju niatkan kerana Allah... tapi bila kita pakai baju tu... hadap cermin.. niat kita boleh berubah... Selain nak tutup aurat..niatkan supaya dapat pahala juga... Tapi bila ada yang memuji...niat kita boleh terpesong... kerana itu amalkan bismillah dan baca doa hadap cermin... 

Moga ALLAH pelihara niat baik kita dalam berpakaian...  kita nakkan syurga Allah kan.  tapi kena la usaha ke arah itu... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ