20 Disember 2016

Cara Rawat Rambut Dengan Air Teh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa ada masalah rambut??? Kita geng... nak-nak lagi dah bergelar ibu... memang popular lah mak-mak ni ada masalah rambut... rambut gugur, rambut kasar dan tak bermaya... Macam-macam shampoo guna... apa kata kali ni kita tukar kepada produk alami pula... cuba petua mudah dari air teh... 

Teh, memang mudah nak dapatkan... jangan tak tahu, teh ni mampu rawat rambut bermasalah tau...



Kandungan enzim teh memberi pelbagai manfaat antaranya:

  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menguatkan folikel rambut
  • Mengurangkan rasa gatal kulit kepala
  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Menguatkan akar rambut.

Antara jenis teh yang boleh digunakan untuk rawat rambut ialah:

Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dan boleh membantu mengurangkan keguguran rambut

Teh Rosemary
Membantu memanjangkan rambut dengan cepat, menghindari kelemumur dan membuat rambut bersinar.

Teh Kamomil
Membantu melegakan kegatalan pada kulit kepala yang diakibatkan oleh pengeluaran peluh, secara tidak langsung membantu melebatkan rambut dan menguatkan akar.

Cara rawatan
Rendam 2 hingga 4 uncang teh ke dalam air panas mendidih dan dibiarkan semalaman sebelum digunakan.

Selepas air rendaman itu dibiarkan semalaman, gunakannya sebelum atau selepas membersihkan rambut dan dibiarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih. 

Sumber: Utusan Malaysia

3 ulasan:

  1. boleh cuba ni...stress gak rambut asyik gugur je..huhu

    BalasPadam
  2. wah..bagus ni..tapi macam susah je nak cari teh ni

    BalasPadam
  3. byk tul kegunaan teh dan hapas teh ni...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Tags