GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BETUL KE AYAT SERIBU DINAR AYAT TAMBAH REZEKI???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ayat seribu dinar, ayat yang popular dijadikan hiasan di kedai atau restoran sebagai pelaris dan pembuka rezeki... itu amalan orang Islam di Malaysia. Amalkan ayat seribu dinar untuk banyakkan harta dan duit...

Tapi sejauh mana kebenarannya ayat ini betul-betul boleh jadikan kita banyak duit?


BETUL KE AYAT SERIBU DINAR AYAT TAMBAH REZEKI???
Sumber : Google images 


FAHAMI TUNTUTAN "AYAT SERIBU DINAR" MELALUI TAULADAN KISAH PEMUDA INI.

Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar"

Kisah ini bermula disebuah universiti di tanah arab, dimana ada seorang pemuda yang cukup warak belajar di universiti itu. Pemuda itu pula menetap bersama rakannya di sebuah rumah sewa tidak jauh dari universiti tempat mereka belajar.

Sebenarnya, pemuda tersebut bukanlah dari kalangan keluarga yang senang, dan kerap kali juga dia menahan kelaparan kerana tidak ada duit untuk membeli makanan.

Suatu hari, pemuda tersebut pulang ke rumah sewanya dalam keadaan yang sangat lapar kerana belum menjamah makanan lagi. Tiba tiba, dia terlihat ada 2 talam makanan yang sedang dijemur diatas bumbung rumah. Dengan segera dia pun mengambil seulas daripada makanan tersebut lalu menggigitnya.

Sedang dia menggigit makanan, pada waktu dan ketika itu jugalah terlintas difikirannya bahawa perbuatannya itu satu dosa kerana belum meminta keizinan daripada tuan empunya makanan.

Lalu pemuda itu pun menyesal sambil bercucuran air mata menangisi perbuatannya. Tanpa berlengah lagi dia pun meletakkan semula seulas makanan tadi dan terus meninggalkan tempat tersebut untuk turun ke bawah dan minum air.

Keesokkan harinya, ketika pemuda itu sampai ke kelas, guru pemuda tersebut memanggilnya untuk ditanyakan soalan.

Gurunya bertanya : "Mahukah kamu berkahwin?"

Pemuda itu terkejut lalu menjawab : "Aku tidak punya duit, harta dan pekerjaan lagi. Bagaimana ingin aku berkahwin?"

Guru tersebut menjawab : "Aku tidak bertanyakan kamu ini ada duit dan harta atau tidak, aku hanya bertanya mahu atau tidak mahu kamu ini berkahwin?"

Pemuda itu pun menjawab soalan gurunya dan berkata : "Ya, aku ingin berkahwin"

Setelah mengetahui keinginan pemuda itu untuk berkahwin, guru itu pun membawanya ke suatu tempat untuk dinikahkan dengan seorang wanita tempatan.

Alangkah terkejutnya pemuda tersebut kerana wanita yang ingin dinikahi itu adalah anak kepada tuan empunya rumah sewa yang disewa olehnya.

Kemudian wanita itu pun datang kepada pemuda yang telah menjadi suaminya itu, dengan membawa 2 talam makanan yang dijemur dibahagian atas rumah sewa tersebut.

Dalam keadaan penuh keseronokan dan keinsafan, pemuda itu juga dapat melihat kesan gigitan pada seulas makanan yang cuba untuk dimakannya semalam.

Pemuda itu berkata di dalam hatinya, "Apakah Allah akan memberikan kenikmatan ini (Isteri dan makanan) sekiranya aku memakan makanan tersebut semalam tanpa izin."

Diatas kesolehan serta kewarakan pemuda ini, dengan dia meletakkan dirinya pada tahap sebenar benar taqwa kepada Allah, iaitu dengan menahan dirinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, maka Allah telah mengurniakannya kenikmatan yang banyak dan juga kenikmatan yang tidak disangka sangka olehnya.

Oleh kerana itu, bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar benar taqwa agar Allah permudahkan segala urusan yang kita lakukan dan melimpahkan kurniaanNya kepada kita dengan banyak dan dari arah yang tidak disangka sangka. Wallahu'alam.

p/s : "Ayat Seribu Dinar" bukanlah ayat perhiasan dinding semata mata. Ia adalah ayat yang memperingatkan kepada kita untuk bertaqwa kepada Allah.

Sebenarnya, nak jadi kaya bukan sekadar amalkan ayat tertentu dan tampal ayat tu di dinding... tapi kena tingkatkan amal dan taqwa kepada Allah... insha Allah akan ada jalan rezeki akan Allah berikan kepada orang yang taqwa kepada Dia.

0Ulasan