GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AWAS!!! ANDA MUNGKIN MENGHIDAP PENYAKIT WAHAN TANPA SEDAR!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah wahan diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika menjelaskan keadaan umat manusia di akhir zaman. Penyakit wahan ini menjadi penyebab utama segala keburukan umat Islam sehingga kerananya mereka menjadi musuh-musuh Islam. Bahkan lebih teruk lagi, Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan mereka umpama makanan yang menjadi rebutan orang-orang rakus yang kelaparan.


Dari Tsauban r.a berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kamu seperti orang-orang rakus merebutkan makanan di atas meja.

Ada seorang yang bertanya, 'Apakah kerana pada saat itu jumlah kami sedikit?'

Rasulullah s.a.w menjawab: 'Tidak, bahkan kamu pada ketika itu ramai, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kamu, dan telah mencampakkan penyakit al-wahan pada hati kamu'.

Seorang sahabat bertanya: 'Ya Rasulullah, apa penyakit al-wahan itu?.'

Rasulullah s.a.w-menjawab: 'Al-Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati' ". (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)




Sebab-sebab Wahan

Penyakit wahan timbul kerana cinta kepada dunia ke dalam hati manusia, seperti cinta berlebih kepada harta, benda, takhta, wanita, dan lainnya. Dari kecintaan dunia yang sangat berlebih nantinya akan melahirkan mental pengecut yang takut mati.

Cinta dunia dan takut mati saling berkait, laksana satu paket. Keduanya menjadi penyebab kehinaan dalam agama di hadapan musuh. 

Akibat dari penyakit wahan akan menyebabkan kita tidak mahu berjuang dan berjihad untuk mempertahankan iman dan memperjuangkan agama. Padahal meninggalkan jihad merupakan sebab keburukan masa kini. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika kamu berdagang dengan sistem 'inah (salah satu bentuk riba), kamu redha dengan peternakan, kamu redha dengan pertanian dan kamu meninggalkan jihad maka Allah timpakan kepada kamu kehinaan yang tidak akan dicabut sampai kamu kembali kepada agama kamu." (HR. Ahmad, Abu Daud dan yang lainnya, dishahihkan oleh Al-Albani dalam al Silsilah, No. 11)


Hadis ini menyimpulkan bahawa dalam hadis terdapat celaan dan ancaman bagi orang yang sibuk dengan pertanian dan peternakannya ketika musim berjihad. Dari situ dapat disimpulkan bahawa di antara dimaksud dengan Dien (yang menjadi penyelesaian dengan kembali padanya) dalam hadis ini adalah Jihad. Kerana solat, zakat, puasa, haji dan zikir tidak akan mampu mengangkat umat ini dari kehinaan. Semua ibadah ini memang merupakan bahagian dari Ad-Dien dan mempunyai peranan penting, dalam melenyapkan kehinaan ini.


Semua manusia memang ada rasa ingin kaya, pangkat tinggi, memiliki pangaruh yang besar, terkenal di mana-mana, dan mempunyai isteri yang cantik. Manakala seseorang telah mencapai keinginannya sementara aturan-aturan Allah tidak dipergunakan dalam mengatur dan mengendalikan kekayaan dunianya, maka inilah yang disebut materialistik, atau cinta dunia.


Faham materilisme ini sama sekali tidak dibolehkan dalam ajaran Islam, bahkan adalah merupakan musuh Islam yang tergolong utama. Faham ini merupakan warisan dari Iblis, untuk menggoda agar manusia rosak, sehingga (pada akhirnya kelak) menjadi penghuni neraka bersama Iblis.


4 Sebab Penyakit al-Wahan:

Ramai umat Islam masa kini yang belum memahami ciri-ciri ajaran Islam itu sendiri. Akibatnya, dengan mudah mereka menerima faham-faham yang tidak sesuai ajaran Islam. Mereka hanya menerima hal-hal yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu. Sedangkan hal-hal yang jelas berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam dilihat dan dianggap  sebagai suatu beban dan menyusahkan kehidupan. 

Pengaruh fahaman dan pemikiran moden yang disuntik sejak lama oleh musuh-musuh Islam terhadap kaum muslimin. Proses pengaruh moden tersebut berlangsung dengan demikian halus dan tersusun, sehingga umat Islam menjadi lemah dan terpecah-pecah. 

Kekuasaan pentadbiran, politik dan pemerintahan yang tidak berada di tangan kaum muslim sehingga urusan umat Islam diserahkan kepada orang-orang kafir, fasik dan munafik. Mereka mempengaruhi kaum muslimin dalam berbagai bidang.

Untuk mewujudkan cita-citanya musuh-musuh Islam (Yahudi dan Nasrani) merancang taktik strategi untuk menghadapi umat Islam. Mereka memanfaatkan kekayaan, ilmu pangetahuan, dan teknologi yang mereka miliki untuk menghadapi dan memperdaya umat Islam. Sehingga situasi dan kondisi dunia lslam benar-benar dalam keadaan lemah, terbelakang, terpecah-pecah, dan malah sesama umat Islam itu sendiri saling beradu dan bermusuhan.


Membasmi Penyakit Wahan

Penyakit wahan ini boleh diatasi dengan jalan bertaubat kepada Allah SWT dan kembali kepada tuntunan ajaran Islam. Mereka yang merasa bahawa penyakit ini telah menghinggapi dirinya hendaklah melakukan langkah-langkah berikut :

Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT  dan hari akhir, sampai pada darjat yakin. Dengan keyakinan ini penyakit cinta dunia atau takut mati akan hilang.

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS. Al Hadid:20)

Selalu mengkaji dan memahami ajaran Islam, terutama bidang akidah, yang merupakan inti ajaran Islam.

"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang Hak) melainkan Allah." (QS.Mubammad: 19)


Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan dunia dan perhiasannya, akan tetapi menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan akhirat.


Meningkatkan dan memantapkan ibadah dan pendekatan diri kepada Allah SWT. Dengan demikian maka sifat qana'ahnya muncul dan menjadi citra diri dan kehidupannya. Rasa syukurnya semakin meningkat, dan tawadhu (rendah hati) akan menjadi benteng dan sekaligus penghias dirinya.


"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(QS An-Nahl:96).


Berjihad di jalan Allah dengan segenap kemampuannya yang ada. Kerana orang yang berjihad telah menjual diri dan hartanya kepada Allah dengan syurga. Dan ini adalah sebesar-besar ketundukan kepada-Nya dan sebesar-besar pengorbanan untuk-Nya. Maka tepat sekali jika Allah menjamin hidayah bagi orang yang benar dalam jihadnya.


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al-Furqaan :52)


"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin, dan sebagai syurga bagi orang kafir"


Dunia bagi orang Mukmin dan Muslim seperti penjara kerana manusia terikat oleh hukum agama yang tidak boleh dilanggar, sedangkan yang demikian terhadap kafir seperti syurga kerana tidak terikat dalam hukum agama (syariat).


"Perumpamaan orang Mukmin seperti tanaman (pohon) yang sentiasa angin itu mencondongkannya, dan selamanya orang Mukmin itu ditimpa bencana. Sedangkan perumpamaan bagi orang yang munafik seperti pohon kayu yang tidak boleh digoyangkan hingga pohon itu ditebang"

Sumber: Internet

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ