GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SUNK INTO THE WOMB | Baca Sinopsis Pun Dah Rasa Lain Macam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Filem yang jadi Viral kat Facebook seminggu dua ni... Filem Jepun pula kali.. kisah kekeluargaan, tak pernah tahu pasal filem ni... lepas diviralkan baru tahu.. Filem Sunk Into The Womb dikatakan filem adaptasi dari kisah benar... Filem ni katanya menyentap naluri keibuan bagi sesiapa yang menontonnya... Filem ni dikeluarkan tahun 2013, tapi 2016 jadi viral kat Malaysia. 


Sedikit perkongsian sinopsis dan jalan cerita filem ni secara ringkas. 

Sebuah cerita berdasarkan kisah benar yang berlaku di Osaka, Japan.  
Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab dan penyayang diabai suami kerana suaminya curang dengan perempuan lain.
Anak sulung perempuan Sachi berusia dalam lingkungan 3 - 4 tahun dan Sora dalam lingkungan 1 1/2 tahun ke bawah. 
Seorang ibu yang tidak berpendapatan mula mencari kerja untuk menyara anak-anak tetapi tersilap langkah kerana bergaul dgn kawan lama yang agak sosial dan bekerja sebagai pelayan bar.
Sepanjang ibu bekerja, Sachi menjaga diri sendiri dan adiknya Sora. Sehingga ibu tersebut terlalu lalai dan mula membawa lelaki balik ke rumah. 
Sachi mula pandai meniru (makeup dan dress up seperti ibunya ke kelab). Dia juga meniru aksi ibunya dengan lelaki lain dengan melakukan aksi itu ke atas adiknya Sora. (Nauzubillahiminzalik) 
Sehingga suatu hari, ibunya pergi kerja dan tidak balik-balik ke rumah selama 3 hari. Nasi yang digoreng pada pagi terakhir sebelum si ibu pergi amat menggunung. Seolah-olah memang disediakan untuk 3 hari. 
Sepanjang ketiadaan ibu, Sora tidak berhenti meragam. Maka Sachi lah yang membuat susu, menyuap makan, mendodoikan adiknya. Sehingga bekalan air masak habis, Sachi berebut susu dengan adiknya sendiri. Si adik kehausan sehingga mencapai Clorox untuk diminum tetapi kakaknya melarang. 
Bermalam sendiri dalam kegelapan dan kepanasan, perkataan "Mama" tidak lekang dari mulut Sachi berharap agar ibunya balik. Dengan menelefon ibunya dgn telefon mainan namun semuanya hampa. "Ma hari dah lewat, baliklah" sambil menjenguk keluar jendela tetapi masih hampa. 
Malam itu dia dodoikan adiknya Sora dengan lagu Happy Birthday, tetapi Sora telahpun mati. Mungkin kelaparan. Maka keseorangan lagi Sachi. 
Siang dengan rumah yang agak semak, mayat Sora dah berulat di muka. Sachi sentiasa berada disisi adiknya. Makanan dalam sampah dah habis dimakan. Tapi perut masih lapar. Akhirnya Sachi makan mainan playdoh / tanah liat dan minum air paip untuk teruskan hidup.
Siang itu juga si ibu balik tapi tanpa perasaan dan sepatah kata, dia membersihkan mayat Sora dan membungkus mayat tersebut, memenuhkan tab mandi dan melemaskan anaknya Sachi. -Sumber: Olahan dari Facebook -


Fakta Sebenar dari Filem Sunk Into The Womb

Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. 
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya. 
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati. 
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya. 
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. 
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan. 
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis. 
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu. 
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam. 
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam. 
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan. 
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan. 
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama. 
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan. 
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat. 
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritan meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak. 
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai. 
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. 
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran. 
Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya. 
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.
Sumber:  http://eberita.org/

Fuh.. tragis betul filem ni... baca sinopsis pun dah rasa semacam... tapi katanya jalan cerita filem ni agak slow... kena tengok dan hayati... kalau tengok sambil layan anak, memang tak jadi la kalau camni kan.. Apa pun.. dah download filem ni.. tunggu masa nak tengok je ni... filem camni biasa MF akan ajak suami tengok sekali... sama-sama belajar dan ambil pengajaran... 

Baca kisah filem ni, teringat juga kes kat Malaysia... ingatkan seorang budak OKU ditinggalkan dirumah kosong di negeri Sembilan beberapa tahun yang lepas dan remaja tu dah meninggal dah tahun lepas... ada MF kongsikan kisahnya di SINI dan SINI.

3Ulasan

  1. Sy bc sinopsis je kalu tgk cite mau banjir rs nyer

    BalasPadam
  2. akak tak sanggup nk tgk filem tuh...

    baca sinopsis pun dh tau sedih yg amat... huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ