GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PERKATAAN PERTAMA YANG PATUT AJAR ANAK SEBUT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak mula berkata-kata... pelbagai perkataan kita akan ajar... apa perkataan yang biasa ibu bapa akan ajar.. rata-rata akan ajar sebut nama panggilan ibu ayah dan juga sebut benda yang maujud (nampak)...

Tapi sebenarnya, perkataan pertama yang patut kita ajar anak-anak kita sebut ialah...

Kalimah...

لا اله الا الله 


PERKATAAN PERTAMA YANG PATUT AJAR ANAK SEBUT!

Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya perkataan pertama yang diajarkan kepada anak adalah La ilaha illallah. Berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Al-Hakim daripada Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW menyatakan :

”..Jadikanlah La ilaha illallah sebagai perkataan pertama yang diajarkan kepada anak-anakmu..”

Rahsianya adalah supaya kalimah tauhid, iaitu syiar yang menandakan masuknya seseorang ke dalam Islam menjadi perkataan pertama yang didengar oleh anak, perkara pertama yang fasih di lidahnya, dan perkataan pertama yang difahami maksudnya.

( Dr. Abdullah Nasih Ulwan - Tarbiyatul Aulad Fil Islam ) @channel telegram

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ