GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Tanda Orang Yang Sempurna Imannya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Paling Sempurna Iman

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ

Dari Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)

Ini Tanda Orang Yang Sempurna Imannya!

Pengajaran:

Antara ciri orang yang paling sempurna imannya ialah:

1.  Orang yang paling baik akhlaknya:
  • Berakhlak mulia kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan
  • Berakhlak terpuji kepada diri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan Negara
  • Berakhlak terpuji dengan makhluk Allah yang lain sama ada tumbuhan, binatang dan sebagainya.


2.  Orang yang paling lembut terhadap keluarganya:

  • Paling lembut dan penyayang kepada ibu bapa sama ada ketika masih hidup mahupun selepas kematian
  • Paling lembut dan penyayang kepada pasangan sama ada isteri atau suami, saling mengasihi, memberi dan menerima
  • Paling lembut dan penyayang kepada anak-anak dengan mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadi anak-anak yang solleh dan solehah.
  • Paling lembut dan penyayang kepada ahli keluarga yang lain


Ayuh bersifat RAHMAH, menjadi orang yang paling baik akhlak dan paling baik kepada keluarga. Moga kita menjadi orang yang paling sempurna imannya

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ