GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tak Rugi Kalau Bertolak Ansur Sikit Dalam Berjual Beli

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak Rugi Kalau Bertolak Ansur Sikit Dalam Berjual Beli | Dalam jual beli pelbagai jenis dan ragam manusia kita akan jumpa.. tapi yang bestnya.. semua tu pengalaman berharga... 

Dalam urusan jual beli, antara yang Nabi s.a.w ajar kita ialah bertolak ansur dalam urusan jual beli... Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”. 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Huraian Hadith: 
Allah memberi rahmat kepada mereka yang suka bertolak-ansur dalam semua perkara terutama dalam berjual beli.
Berlemah lembut, bermanis muka dan berlebih kurang semasa menagih hutang adalah antara sifat yang dipuji oleh Islam.
Sumber pertama: Kitab Riyadhus Salihin
Sumber kedua: e-Hadith JAKIM

****************************
Tak Rugi Kalau Bertolak Ansur Sikit Dalam Berjual Beli

Sebenarnya amalan ni banyak diamalkan oleh peniaga berbangsa Cina... Tapi sedikit diamalkan oleh bangsa selainnya... Kalau kita tengok Cina berniaga kita boleh tiru dan Insha Allah akan kekal lama perniagaan kita. 

MF pernah jumpa perniagaan online yang tak reti nak bertolak ansur ketika berniaga ni... MF tak gemar nak whatsapp ni... Jadi MF suka PM di Facebook je.. tapi dia tetap bertegas nak guna whatsapp juga.. jadi, terus tak jadi beli... 

Namun, alhamdulillah perniaga tu dah belajar ilmu bisnes online... Baru-baru ni MF pm lagi.. Alhamdulillah dia dah boleh bertolak ansur dalam berniaga... Dah boleh layan pelanggan melalui PM juga.. 

Apa pun.. tak rugi kalau kita berlemah lembut dan layan pelanggan macam saudara dan kawan kita... Kurangkan lah ayat-ayat skema dalam berniaga online.. relax dan layan macam saudara kita.. insha Allah diorang akan repeat order lagi nanti... 

Zaman sekarang orang dah tak tengok popular ke tak jenama atau orang yang jual.. orang tengok pada servis yang diberi semasa urusan jual beli.. servis berkualiti insha Allah...ramai orang akan beli.. jadi amalkan tolak ansur dalam jual beli.. dapat untung dan dapat pahala sebab amalkan sunnah...

1Ulasan

  1. Assalamualaikum MF,

    Memang tepat sekali, jika berurusniaga perlulah ada give and take dan win win situation.. In shaa Allah dua2 pihak akan berlapang dada.. :-)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ