GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Susu HL MARIGOLD Ditarik Balik Serta Merta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi peminat susu macam MF ni..berita sebegini memang akan jadi perhatian... 

Susu HL MARIGOLD Ditarik Balik pennjualannya serta merta... 

Susu HL MARIGOLD Ditarik Balik Serta Merta!


KUALA LUMPUR: Malaysia Milk Sdn Bhd (Malaysia Milk) menarik balik produk susu Marigold HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) dari pasaran, berkuat kuasa serta-merta. 
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya lebih pekat daripada biasa. 
"Walaupun maklum balas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, kami mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL rendah lemak, berperisa strawberi dan Sterol Tumbuhan. 
"Bagaimanapun, hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditarik balik serta-merta," katanya. -BH ONLINE-

Ingatkan kenapalah ditarik balik... Rupanya sebab terlebih pekat... Hmm.. Kenapa pula kalau terlebih pekat... Takut orang yang minum tu sembelit agaknya... Tapi mungkin ada la sebabnya tu ditarik balik sebab pekat tu kan.  

Apa pun.. Susu HL MARIGOLD ni antara susu pilihan juga... Selain susu Dutch Lady dan susu Fresh Milk...

4Ulasan

  1. owh terlebih pekat. ingatkan sebab lain. jarang dah beli susu HL ni.sejak jatuh cinta dengan susu Farm Fresh.

    BalasPadam
  2. fuhh...ingat kenapa tadi...akak memang minum susu ni...sbb sedap...hehehe

    BalasPadam
  3. berderau juga darah tadi bila dengar tarik balik...ingat apa la tadi...fuh....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ