03 Oktober 2016

PERKARA YANG BOLEH MENIMBULKAN KEMARAHAN ANAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak-anak juga tahu marah. Cara mereka marah ialah dengan memberontak, tengking, baling barang, merajuk... dan semesti sebagai ibu bapa kena tahu apa puncanya anak marah.



Kenapa anak marah??? Ini antara punca anak marah:

Merasakan tidak adil. Mungkin ibu bapa suka membandingkan dirinya dengan adik beradik atau orang lain... Meminta dirinya jadi seperti orang itu dan ini... 

Tidak cukup perhatian. Tak dinafikan, anak yang kurang perhatian akan mudah marah dan memberontak... jadi solusinya, ketepikan masalah, kerjaya, gadjet kita sebentar dan berilah perhatian kepada anak-anak walaupun 5 minit. Gembirakan anak dengan bergurau atau layan movie kesukaan dia bersama.

Ditegah melakukan apa yang dia suka. Ini mencabar kan.. ada sebab kadang kita tak bagi dia buat., contoh, main air atas katil.. memang kita larang.. tapi kena berhemah dan lemah lembut kenapa tak boleh main.. kalau kita rampas barang mainannya secara kasar, pasti dia akan meberontak dan marah.

Barang kesayangan rosak atau diambil orang. Memang dah yang ni, boleh buat aksi guling-guling dan tantrum yang dasyat... contohnya, kalau bantal busuk tertinggal kan.. hehe

Kena fikir orang lain.. Budak seusia 4 tahun, mana tahu fikirkan... dia tahu main je sebenarnya. 

Cemburu... Cemburu tu lumrah, tambah anak perempuan.. tapi elakkan dia rasa tersisih dan layanlah sama rata antara adik beradiknya. 

Dipukul, ditengking dan dileter.. Takde siapa suka dengan perbuatan ni... sesiapa sahaja yang kena pasti akan rasa nak marah.. bukan budak kecil, kita yang dewasa ni pun tak suka perbuatan ni kan. 

Dipaksa ikut peraturan. Peraturan itu bagus, untuk displinkan anak-anak, tapi jangan terlalu ketat...sebab mereka masih belajar tentang kehidupan. 

Kecewa jika tak dapat lakukan sesuatu. Ini kes mudah putus asa.. Ibu bapa kena selalu yakinkan diri anak-anak dan beri semangat. Jangan kondem.

Merasakan orang lain lebih. Merasa rendah diri dan orang lain lebih baik dari dirinya.. Kena berikan kata-kata semangat dan ajar anak-anak yakin dengan diri sendiri.

Digesa dan diasak melakukan sesuatu dengan cepat. Yang ni dilema juga, terutama nak bangun pagi.. hehe.. tambahan pula kalau anak jenis payah bangun pagi kan.. tu ada yang jadi tarzan kan pepagi.. Apa pun kena sabar dan latih supaya anak tidur awal dan dapat bangun awal pagi sendiri... 

Cara hadapi kemarahan anak
Pertama sekali, kena SABARRRRR... kalau MF, biasanya MF minta suami yang handle anak-anak.. sebab MF lagi baran dari suami.. cepat naik angin... cakap dengan lembut.. ucap taawuz... dan istighfar... zikir, dan pujuk dengan baik.. kalau tak berkesan, biarkan diri dia tenteram dan biarkan anak luahkan perasaan marahnya..

Marah jangan dibalas marah.. nanti apa pun tak dapat... api kena balas dengan air, barulah padam kan.


Ilmu keibubapaan, praktikal tak semudah teori tapi kena usaha untuk praktikkan.


4 ulasan:

  1. Sebagai anak yang belum berkahwin, saya mengaku semuanyaaaa...hehe~

    Memang teori banyak, tapi, untuk ade pengalaman, praktikal tu yg lebih mendekatkan ibu bapa bersama anak anak.... tangungjawab besar gituu ~

    Harap harap ade anak nanti, saya tabahlah ....amin...

    Emm, nona nak tanya, hadiah apa yg selalu MF bagi kepada pengantin ya? Saja mntk pendapat...boleh komen kat sini terus takkk..

    http://nonasani.blogspot.my/2016/10/selamat-pengantin-baru-wawawan-perak.html

    Thankss :)

    BalasPadam
  2. banyak hal yang membuat abak menjadi marah..tapi kita hrus sabar menghadapinya

    BalasPadam
  3. salam , kak betul aopa yang akak cakap , kalau tak sabar lain jadi nya

    BalasPadam
  4. Nervous sebenarnya sejak jadi seorang ibu ni.
    Takut tak cukup pandai didik anak.
    Huhu.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^