GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penuh Emosi Layan Drama Samudera Rindu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak berpantang ni, rasanya rajin pula layan drama.. dulu pernah insaf kejap tak nak layan drama.. sekarang ni dah ketagih pula.. haha...

Layan tv petang-petang je.. mula jam 6 petang tu tengok Cinta Ilmu di TV al-Hijrah dulu, lepas tu baru layan slot Akasia dan Dahlia di TV3, layan Berita TV9, sambung terus kepada drama TV9... Ntah kenapa rajin benor layan drama.. apa pun.. jadi best tu sebab en.somi layan sekali... hehe.. 

Drama TV9 memang rajin layan.. Sebelum cerita Nek Mis tu layan juga.. cuma Rintihan Nek Mis  tak layan sangat, pastu baca sinopsis Samudera Rindu ni, mula la layan drama TV9 balik... 



Samudera Rindu mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. 
Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. 
Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. 
Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. 
Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati. 
Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. 
Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama? - Sumber: kepalabergetar -

Kisah ni berkisar pasal penyakit meroyan.. sakit orang yang alami tekanan selepas bersalin. Memang penyakit ni susah nak sembuh... walaupun makan ubat, tapi nak sembuh kepada normal semula tu, agak susah...kecuali dengan izin Allah... MF sendiri ada sedara yang sampai meninggal dia sakit ni... 

Drama terbitan Suhan Movies, memang tak pernah mis sebenarnya... Rosyam Nor punya cerita la katakan.. Sebab garapan cerita berkisarkan isu kekeluargaan... Memang penuh emosi layan drama ni.. Kesian ada, sedih, geram semua ada... Sekarang ni, si Nadia tu macam ingat tak ingat siapa diri dia... kesian sangat kat anak dia... Kalau kita diletakkan pada tempat watak tu.. memang mencabarkan.. 

Apa pun.. lakonan dari pelakon-pelakon lama memang tak menghampakan... Tapi macam nak habis dah drama ni... Kalau drama unsur-unsur cinta remaja tak layan sangat...  

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ