GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makanan Berkhasiat Ketika Berpantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Makanan Berkhasiat Ketika Berpantang! | Tempoh berpantang 44 hari.. Tapi sebenarnya kalau jaga makan, jaga pantang masa seminggu pertama lepas bersalin... Badan kita akan cepat sihat dan sembuh... Bahkan rasa segar... Rahsianya, amalkan pemakanan yang berkhasiat semasa berpantang selain amalkan bertungku dan mandi herba setiap hari..

Makanan Berkhasiat Ketika Berpantang!
Sumber: Google images


Antara makanan berkhasiat yang sebaiknya dimakan ketika berpantang adalah;-

Jamu

Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan sebab sifatnya yang panas. Jamu juga tak digalakkan sebab kebanyakan bayi lepas lahir ada Jaundice.. Kena tunggu Jaundice disahkan tiada oleh doktor baru boleh makan jamu... Kebanyakan jamu tak sesuai diambil ketika masih ada nifas... Jadi kena pastikan jamu yang benar-benar sesuai untuk badan.

Rempah Ratus

Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu. Antara rempah ratus yang biasa digunakan dalam masakan ialah..  kulit kayu manis, jintan, lada hitam, halba dan sebagainya.

Bawang Putih

Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.

Halia Muda

Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.

Kunyit

Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Asam Jawa

Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.

Sayur dan ulam-ulaman

Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mfineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.

Sawi

Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu. Tapi kena pilih sawi yang sesuai dengan tubuh badan kita...sebab sawi ada banyak jenis... Ada beberapa jenis yang mungkin tak sesuai dengan badan.

Pegaga

Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin. Sedap dibuat ulam... Tapi pegaga jenis daun kecil lagi sedap dari pegaga gajah..

Peria

Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan buasir yang mudah menyerang ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah. MF tak boleh makan peria sebab berangin badan... Mungkin bagi orang lain takde masalah...

Ikan tenggiri dan haruan

Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah. Berpantang kali ni tak makan ikan haruan sebab takde jual dan susah nak dapat...

Ayam dan daging

Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Setakat ni makan ayam je.. Daging belum makan lagi... Insha Allah.. Lepas 44 hari berpantang akan makan daging pula untuk sambung pantang 60 hari.

Buah Oren

Buah oren bagus sebagai bekalan vitamin C semulajadi dan agen Penyembuhan dalaman dan luka luaran. Ni lah buah yang selalu dok makan pun dalam pantang... Kalau ikut orang tua dulu.  Buah tak boleh makan langsung... Tapi pantang tu rasa macam tak boleh nak terima...sebab ada je buah yang sesuai tak bersifat sejuk, berair dan berangin seperti buah oren ni..

Alhamdulillah.. Berpantang kali ni tetap berpantang sendiri..  tak nak susahkan mak sendiri... Jadi, dua minggu pertama suami jaga... Lepas dua minggu dah mula buat kerja rumah sikit-sikit yang tak berat... Alhamdulillah... Kali ni rasa lebih segar dan bertenaga walaupun dalam pantang... Mungkin sebab dah anak tiga...badan dah biasa...lagipun izin Allah jua...sebab kita nak jaga anak-anak yang lain juga kan.  Jadi Allah  beri kesembuhan cepat... Itulah wanita kan... 

0Ulasan