GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Itu Serum? Jenis Serum dan Manfaat Kepada Kecantikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Apa Itu Serum? Jenis Serum dan Manfaat Kepada Kecantikan! | Macam satu lambakan pula bila lihat pengeluar produk kecantikan mengeluarkan serum... Memula dengar macam seram... Apakah serum ni... Orang kata nak cantik kena pakai serum ni... MF tak berani nak cuba.. Tapi baru-baru ni satu serum MF dapat untuk direview.. tu yang mencari info pasal serum ni..sebab nak buat apa pun kena ada ilmu... jangan main ikut je kan..

Apa Itu Serum? Jenis Serum dan Manfaat Kepada Kecantikan!
Sumber: Google images


Apa itu SERUM???

Dalam dunia kecantikan yang dimaksud serum adalah cairan yang mengandung formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Orang yang pakai serum ni..biasanya nak elokkan kulit wajah yang bermasalah..seperti kulit wajah kusam dan tak bermaya...kulit berjeragat, tona kulit tak sekata dan pelbagai masalah kulit wajah yang selalu dihadapi oleh wanita berusia 30-an dan ke atas... tapi tak bermakna yang tak de masalah kulit tak boleh pakai serum ni... boleh je..



JENIS-JENIS SERUM


Untuk keadaan kulit bermasalah, serum memang dapat membantu memperbaiki keadaan tersebut sebab kandungan zat-zat aktif terlarut dalam serum, membantunya mampu mengatasi masalah kulit secara efektif dan cepat.

Jenis serum yang digunakan harus disesuaikan dengan masalah-masalah kulit yang terjadi. Sebab, masing-masing jenis serum punya khasiat dan keberkesanannya yang berbeza terhadap masalah kulit.

Serum pada asasnya dapat dibezakan menjadi tiga jenis sesuai kandungan zat-zat aktifnya. Ketiga-tiga jenis serum tersebut adalah :

Serum Vitamin C

Jenis serum vitamin C paling banyak dipakai. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan serta berperanan sebagai kolagen untuk memperlambat proses penuaan. Serum vitamin C sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam, bintik-bintik hitam ataupun untuk mengatasi masalah-masalah kulit akibat proses penuaan.

Selain itu, kandungan vitamin C dalam serum juga bersifat sebagai antiradang dan dapat digunakan untuk merawat radang kulit.

Untuk tujuan mencerahkan atau memutihkan kulit serta untuk mencegah proses penuaan gunakan serum yang mempunyai kadar vitamin C rendah. Tapi untuk rawatan kulit biasanya dipakai kadar yang lebih tinggi. Untuk kecantikan kulit, penggunaan serum vitamin C kadar 15 peratus, manakala untuk tujuan rawatan boleh dipakai sehingga 20 peratus.

Serum Vitamin E

Manfaat serum yang mengandung vitamin E adalah sebagai antioksidan. Khasiat antioksidan ini didapat dari vitamin E kerana vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, suatu lemak yang teroksida yang menyebabkan berlakunya proses penuaan. Seian itu vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembab kulit. Pemakaian serum vitamin E secara rutin akan mempertahankan kelembaban kulit. Juga melindungi kulit dari kesan pencemaran seperti asap rokok atau sinar matahari.

Serum Kolagen

Kolagen merupakan komponen protein pembentuk strukstur kulit, otot dan pembuluh darah. Secara alamiah, kandungan kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurang seiring bertambahnya usia.
Berdasarkan penelitian pada usia 30 tahun, manusia akan kehilangan kolagen tubuhnya antara 15 hingga 20 peratus. Pada usia 50 tahun, kolagen yang hilang dari tubuh manusia antara 35 hingga 40 peratus.

Ketika kolagen beransur-ansur berkurang, kekenyalan dan ketegangan kulit juga akan berkurang. Untuk itu, serum kolagen terkandang diperlukan untuk membantu menjaga ketegangan kulit.

CARA PAKAI SERUM

Untuk memastikan serum yang digunakan berkesan secara maksima, mestilah pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit. Jika ada banyak masalah kulit jadi carilah serum yang dapat rawat pelbagai masalah kulit tersebut dengan efektif.

Yang paling penting, kenali cara menggunakan serum.

Sebelum pakai serum, kulit wajah harus dibersihkan dulu dengan cairan pembersih agar proses penyerapan serum lebih efektif dan cepat.

Setelah kulit bersih, titiskan serum 2-3 titis pada tapak tangan, kemudian, hangatkan dengan cara menggosok-gosok tapak tangan untuk membantu memudahkan penyerapa pada kulit.

Selanjutnya, usapkan ke seluruh atau sebagian kulit wajah hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawsan yang kelihatan garis-garis penuaan.

Untuk serum vitamin C, akan menimbulkan rasa pedih bagi yang pertama kali guna.. jadi oles tipis je pada kulit dan elakkan sapu di daerah bawah mata untuk mencegah iritasi.

Selepas pakai serum... Tunggu resap pada kulit dalam dua minit.. lepas tu boleh la nak pakai krim muka, pelembap ataupun bedak. Untuk hasil yang maksima, seeloknya pakai serum pada waktu pagi dan petang. Fungsinya... Waktu pagi, serum berfungsi untuk melindungi kulit dari asap pencemaran dan juga matahari.. sebaliknya waktu petang..serum berfungsi untuk memulihkan keadaan kulit.

Jika dan guna pagi petang dah pakai serum, malam tak perlu lagi pakai krim malam..sebab serum tu dah berfungsi untuk merawat kulit. Sebab tu serum ni sesuai untuk wanita yang sibuk dan padat dengan aktiviti harian hingga tak sempat nak rawat kulit pada waktu malam.

Pemakaian serum pada kulit berjerawat tidak digalakkan kerana takut-takut keadaan jerawat makin teruk. Jika kulit sedang berjerawat, rawat terlebih dahulu hingga sembuh kemudian barulah dilanjutkan pemakaian serum. Jika masalah jerawat dapat diatasi, pemakaian serum akan membantu menyihatkan kulit. Selain itu yang juga perlu diawasi adalah munculnya reaksi alergi sebab pada sesetengah orang boleh mengalami alergi selepas memakai serum.

Jika muncul tanda-tanda alergi, segera hentikan pemakaian serum dan rujuk pakar kulit. Untuk lebih selamat, sebelum memutuskan memakai serum sebaiknya bincang dengan pakar kecantikan dahulu.

Jadi, untuk pemakaian serum ni.. nak selamat juga, cari serum yang diluluskan oleh Kementerian kesihatan serta halal dan pembuatan dari bahan-bahan semulajadi... Yang penting.. dalam bab kecantikan ni jangan mudah terikut dengan orang lain.. dan elakkan bertukar produk secara kerap.. jika nak tukar juga.. rehat dan rawat kulit dengan bahan Semulajadi tanpa diproses. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ