GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 CARA NAIKKAN BERAT BADAN BAYI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 CARA NAIKKAN BERAT BADAN BAYI! | Dari masa mengandung, dah risau kalau baby kecil dan berat tak naik.. masa mengandung sulung lagi lah kan... Perut kecil mesti risau.. Takut snagat kalau baby lahir kurang dari 2kg... Alhamdulilah.. anak-anak MF lahir cukup berat walaupun maknya tak cukup berat...

Bagi yang anak kurang berat mesti risau... Setiap bulan check up mesti nak kena pastikan berat naik.. kalau tak naik risau ada.. kena tadah telinga pun ye juga kan.. tambah letih bila kena rujuk pakar pemakanan pula setiap bulan..

Justeru, MF nak kongsikan cara mudah untuk naikkan berat badan bayi.

8 CARA NAIKKAN BERAT BADAN BAYI!


1. Tambahkan Marjerin/Mentega

Margerin dan mentega adalah lemak yang mengandungi vitamin A, B1, D, protein yang berguna untuk pertumbuhan bayi.Tambah satu sudu teh margerin / mentega selepas mengukus atau merebus buah-buahan atau sayur-sayuran untuk buat puree. Cara ini berguna untuk menjaga vitamin dan mineral agar tidak rosak kerana panas.

2. Jangan Berikan Air Putih atau Jus Terlalu Banyak

Air putih tidak mempunyai kalori, berikan 1-2 sudu teh sahaja selepas memberikan makanan pelengkap. Pakar pemakanan memberi amaran untuk tidak memberikan air putih pada bayi di bawah 6 bulan. Jus buah-buahan baik kerana mengandungi banyak vitamin, tetapi pemberian jus yang berlebihan akan menyebabkan cirit-birit dan mengurangkan nafsu makan bayi kerana rasanya yang segar.

3. Pilih Buah Yang Tinggi Kalori

Untuk menaikkan berat badan bayi, pilihlah buah yang tinggi kalori. Avokado, pisang dan isi kelapa muda adalah contoh buah-buahan yang mempunyai kalori tinggi. Berikan buah tersebut sebagai makanan selingan kepada makanan pelengkap. Boleh tambahkan susu, kurma atau madu untuk menambah kalori.

4. Jaga Kualiti Susu Ibu

Walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap selepas berusia 6 bulan, ibu harus tetap menjaga kualiti susu ibu. Pastikan anda relaks dan mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat, serta rehat yang cukup. Sebab tu kena terus berpantang walaupun dah habis tempoh berpantang.

5. Buat Jadual Pemberian Makanan Pelengkap

Jadualkan makanan pelengkap 2-3 kali sehari dengan hidangan sesuaikan dengan usia bayi. Susu ibu pula diberikan mengikut kesesuaian permintaan, tapi sebaiknya susun jadual sebagai peringatan kerana anak yang sudah makan biasanya kekerapan menyusunya berkurang.

6. Susun Komposisi Makanan Pelengkap

Menyusun komposisi makanan pelengkap berguna untuk mengetahui berapa banyak kalori yang dimakan bayi. Berikan komposisi 1:1 untuk karbohidrat dengan lauk dan sayur. Contohnya untuk 2 sendok makan nasi pasukan tambahkan 1 sudu lauk dan 1 sudu sayur.

7. Pastikan Bayi Cukup Tidur

Bayi yang tidur cukup, staminanya akan tetap terjaga. Aktiviti bayi yang berlebihan juga menyebabkan penurunan berat badan bayi. Selain itu, pertumbuhan bayi berlaku ketika mereka tidur. Aturkan jadual tidur bayi agar tak terganggu perkembangannya.

8. Urutan

Urutan begitu bagus terutamanya untuk bayi pramatang. Ia membantu mereka untuk membesar dan berkembang dengan baik. Urutan boleh membantu bayi anda untuk:
  • menguatkan ikatan ibu dan bayi
  • merasa relaks dan tidak merengek;
  • kurang menangis;
  • tidur dengan lebih baik.
  • mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi,
  • membantu merangsang perkembangan otak bayi. 
  • meningkatkan mood ibu 
  • membantu ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. 


Dari masa lahir hingga 2 tahun tu memang jaga betul berat ni..setiap bulan kena pastikan berat naik walaupun sikit...Alhamdulillah.. anak-anak MF masa umur 2 tahun ke bawah takde masalah kurang berat, tapi bila 2 tahun ke atas, dah mula lasak, mula aktif dan mula meneroka...tu yang berat dah susah nak naik...

Masa kecil memang nak anak cubby dan montel kan.. sebab nampak comel.. dah besar risau pula kalau anak terlebih berat badan kan... 

Semoga tips menaikkan berat badan bayi di atas bermanfaat.

0Ulasan