GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 HAK MUSLIM KE ATAS MUSLIM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hak Muslim Keatas Muslim

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023)

6 HAK MUSLIM KE ATAS MUSLIM!


Pengajaran:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

1. Apabila bertemu, kita hendaklah mengucapkan salam.
Berapa ramai yang tak tunaikan hak ini.. beri salam hanya kepada yang kenal je. bahkan kalau kita beri salam kepada orang yang tak kenal ianya satu kepelikan...
Budaya beri salam di Facebook tu pun bagus tapi jangan di alam maya sahaja ramah tamah.. Tapi di alam realiti sebaliknya pula.  

2.  Apabila diundang / dijemput kenduri, kita hendaklah pergi memenuhi undangan jika tiada aral menghalang.
Yang ni setakat ni pergi jika takde aral... kalau jauh atau sakit atau masa yang tak mengizinkan.. memang tak pergi la.

3.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan.
Orang minta nasihat, berilah nasihat yang beri manfaat dan kebaikan. contohnya jika kawan kita ada masalah rumahtangga... nasihatkan supaya berbaik dan beri nasihat yang memberi kebaikan...bukan suruh bercerai atau kutuk kata laki ko memang tak guna... baik ko minta cerai je.. 

4.  Apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah kita doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah).
Yang ni ramai tak buat..  sama ada tak tahu atau tak ingat... yang bersin ucaplah Alhamdulillah.. Dan yang dengar bersin tu ucap Yarhamukallah.. 
5.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan.
Jika kawan jauh-jauh kirimkan doa moga dia cepat sembuh... tapi kalau dekat pergilah ziarah jika ada masa dan kemudahan untuk ziarah.

6.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur.
Dengar dalam banyak majlis ilmu.. hak yang sepatutnya kita tunaikan kepada Muslim lain ketika dia meninggal dunia.. ialah solatkan jenazahnya... itulah dikatakan penghormatan terakhir.  Jadi, jangan saja-saja ziarah... tapi berikan kata semangat, doakan dia dan keluarganya.  kalau dapat berita tu jauh... kirimkan doa kepadanya dan sampaikan salam takziah kepada keluarganya. 

Sama-samalah kita berusaha untuk tunaikan hak saudara semuslim kita agar tak dituntut di akhirat nanti..

Diolah dari: telegram.me/hadisharian_ikram

1Ulasan

  1. Banyak hak muslim lain yang tidak diamalkan sekrang..
    Paling mudah adalah jemputan kenduri..ramai yang buat2 lupa mahupun buat2 sibuk..

    Posting terbaru AM
    Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ