GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

17 TIPS UNTUK ANAK LAMBAT MEMBACA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

IKUTI TIPS DAN PERKONGSIAN IBU INI, CARA MENGAJAR ANAK MEMBACA

Anak saya hiperaktif dan tidak boleh fokus. Berusia 6 tahun, tahun depan, masih belum boleh membaca. Saya risau bagaimana anak saya mahu menduduki ujian Linus. Saya sukar mengajarnya. Bagaimana puan mengajar anak yang hiperaktif dan ADHD?

Jawapan:

Puan,

Anak saya biasa-biasa saja kemahiran membaca dan menulisnya. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa seusianya (4 tahun ++) ramai yang lebih baik. Cuma, disebabkan anak saya yang ADHD menyebabkan ia sedikit lain pencapaiannya.

Alhamdulillah anak saya sudah boleh membaca kalimah bersambung Quran dan kami masih stuck di bahagian mad. Apabila ada kalimah yang perlu dipanjangkan kerana adanya huruf mad, anak saya lebih sukar.

Alhamdulillah anak saya sudah boleh membaca dua suku kata seperti mama, koko, sudu dan memahami setiap perkataan ada makna.

Kami tidak dalam keadaan tergesa-gesa kerana anak saya masih kecil dan kami juga mungkin tidak menghantarnya ke sekolah. (homeschooling). Adapun begitu pencapaian kemahiran membacanya sudah cukup impress kepada kami jika melihat usianya. (Puan juga perlu sentiasa impress pada pencapaian anak)

Wajar puan berasa risau kerana anak puan bakal bersekolah di sekolah aliran perdana. Puan perlu mengikuti semua SOP kementerian.

Mengajar anak yang ADHD membaca bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut KESABARAN dan KETABAHAN yang tinggi serta KEMAHIRAN mengajar yang unik. Guru di tadika pun belum tentu boleh mengajarnya.

Saya mula mengajar Dhuha membaca semenjak Januari 2015. Dalam tempoh itu pelbagai metod telah saya cuba dan ada yang berjaya ada yang tidak. Berikut adalah beberapa tip. Didoakan ia dapat membantu puan. Ia perlu dilakukan SETIAP HARI tanpa gagal sehingga anak puan ada perubahan.

17 TIPS UNTUK ANAK LAMBAT MEMBACA!
17 TIPS UNTUK ANAK LAMBAT MEMBACA!


#tip1- Beri anak main messy. Mungkin di waktu pagi. Main messy adalah apa saja aktiviti yang membantu meningkatkan sensori dan fokus. Ia untuk merangsang otot motor halus anak. Ia untuk merangsang otak anak. Contoh permainan adalah pasir, tanah, air, tepung, warna dan lain-lain. Buat cupcake, buat biskut, buat pizza dan roti canai antara aktiviti kegemaran anak saya.

#tip2 - Buat senaman latihan otot jari untuk meningkatkan kemahiran motor halus seperti menjahit, menampal sticker, menggunting dan lain-lain. Interasikan dengan konten bacaan seperti huruf dan suku kata. Anak mungkin akan bosan. Tidak mengapa, lama-lama kelamaan kemahirannya meningkat dan fokusnya bertambah, anak akan mula suka.

#tip3 - Beli tampoline dan minta anak melompat untuk merangsang otot badan. Sambil melompat minta anak ulang kata-kata kita. Kita mula menyebut huruf, bunyi atau suku kata untuk mereka ikut. Contoh 'a' bunyi 'ar'.

#tip4 - Jauhkan TV dan gadget. Ia hanya lebih memburukkan proses pembelajaran.

#tip5 - Pasang CD fonik atau hijaiyyah semasa mereka bermain dan sedang hiperaktif. Walaupun tidak fokus pasang sahaja. Boleh pasang juga semasa anak melompat di trampoline.

#tip6 - Kita juga boleh membawa anak bermain di taman dan menawarkan anak membaca buku. Mula-mula anak mungkin tidak kisah, lama-lama anak akan mula biasa dan membaca buku selepas bermain dan mula bermain semula apabila bosan.

#tip7 - Gunakan berus semasa anak belajar membaca. Berus lembut anggota tubuh badan anak.

#tip8 - Banyakkan urutan pada badan anak, ia meningkatkan sensori, ketenangan dan fokus. Boleh urut juga semasa belajar membaca.

#tip9 - Mula ajar membaca dengan membuka buku di hadapannya. Tengok reaksi mereka dalam gangguan. Lama-lama anak akan mampu belajar walaupun ada sedikit gangguan.

#tip10 - Masuk dalam bilik yang kosong dan senyap. Hanya kita dan anak. Mula buku buku dan ajar. InshaAllah attention spannya akan lebih baik.

#tip11 - Tutup mata anak, masuk dalam bilik yang senyap dan minta anak ulang kata kita. Kita boleh mula menyebut fonik atau huruf. Ia untuk meningkatkan kemahiran visual. Dengan kemahiran visual yang baik, anak akan lebih mudah melihat buku.

#tip12 - Mulakan dengan mengajar Quran. Dengan mengajar Quran yang sangat kompleks hurufnya, anak akan lebih mudah merangsang otak dan daya fokus. InshaAllah anak akan lebih mudah belajar BM atau English.

#tip13 - Banyakkan pasang ayat Quran di rumah supaya anak lebih tenang. Ayat Quran adalah terapi pada jiwa anak yang kusut dan sukar fokus.

#tip14 - Istiqamah dan konsisten adalah kunci utama. Beri tempoh anak membuat perubahan. InshAllah selepas sebulan melakukan tip di atas tanpa gagal, kita akan dapat merasai perubahannya.

#tip15 - Kita perlu sentiasa positif dan bersangka baik. Marah-marah bukan metod untuk mengajar anak yang ADHD dan hiperaktif. Gunakan teknik reward dan punishment yang digunakan Nabi saw.

#tip16 - Untuk menjayakan setiap tip, kita perlu banyak membaca dan menghadiri kursus. Kita juga perlu sentiasa membuat penambahbaikan.

#tip17 - Fokus kepada KEKERAPAN aktiviti mengajar anak membaca setiap hari. Bukan berapa lama anak fokus membaca.

Nota: Kini, anak saya sudah boleh melihat buku dan membaca tidak sampai setahun saya melakukan semua tip di atas. Anak saya kelihatan seperti anak biasa cuma attention spannya sedikit rendah.

Doa pada Allah swt, Allah yang memegang hati anak kita. Allah jua yang memudahkan anak belajar membaca. Allah melihat usaha yang kita lakukan. Bukan resultnya.

Wallahualam.
Perkongsian daripada: Ummu Ilham Founder Al Fateh Homeschooling

PERKONGSIAN INI UNTUK REMINDER DIRI SENDIRI DAN JUGA PANDUAN BERSAMA... 

Nampaknya dalam diri ni kena tambahkan sabar dan kekuatan diri sendiri untuk istiqamah mengajar anak... fuhhh... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ