GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 TIPS UNTUK TENANG DAN BERJAYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semua orang impikan kejayaan, kebahagiaan, dan ketenangan... tapi tak semua orang dapat ketiga-tiga ni serentak... tapi tak mustahil untuk perolehinya... asalkan kita dapat lakukan 11 TIPS untuk tenang dan berjaya ini... 



1)Jangan sakitkan hati orang (kenal ataupun tidak). 
Jika disakiti jangan balas. Guna peluang teraniaya untuk berdoa semoga sesuatu yang baik akan datang kepada kita.

2)Ringankan tangan untuk memberi samaada dari sudut harta tenaga atau buah fikiran.Jangan takut jika tidak berbalas, kerana rezeki itu luas.

3)Bila ada orang yang dalam kesusahan meminta tolong, cuba bantu walaupun sedikit. Bukan jumlah yang dilihat tapi usaha. 

4)Bila nampak orang susah, doakan semoga dia  dipermudahkan dan dikurniakan rezeki.

5)Jangan merendahkan atau menghina orang yang tidak berjaya sekarang. 

6)Lawan perasaan 'takut harta akan kurang' dengan memberi. Percayalah memberi tidak akan membuatkan kita miskin.

7) Jangan melakukan sesuatu kebaikan untuk mengharap kebaikan yang lain. Belajar mengikhlaskan pertolongan.

8) Sentiasa berfikiran positif dan berpesan pesan ke arah kebaikan.

9) Jika terasa mahu melakukan kebaikan, jangan tangguhkan. Boleh jadi perasaan itu tidak kekal. 

10) Jika susah sekarang, jangan risau. Tiada yang susah selamanya. Cuma perlu bersabar.Dan kebanyakan orang yang sudah berjaya didahului dengan pahit getir ujian. 

11) Dhuha. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari paling kurang 2 rakaat... solat Dhuha bukan semata-mata dibuat untuk jadi kaya...tapi dilapangkan rezeki dan sebenarnya rezeki itu luas konsepnya..

Olahan dari: Page Pakar Diari Hati

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ