GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tahniah! Anda Terpilih Sebagai Penerima Dekoder MyTV 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... happy nya bila nampak status ni...

Tahniah! Anda Terpilih Sebagai Penerima Dekoder MyTV 2016!

Memang dah lama mencari dekoder ni.. Alhamdulillah... tak sangka dapat... 

Ehhhh... jangan nak poyo sangat la MF... haha... ini bapa punya ok!!!... 

Jangan terpedaya lah ye... sebenarnya, status tahniah tu adalah bapa MF punya... MF semak guna no. kad pengenalan bapa MF... haha... jadinya, dekoder tu bapa MF la dapat... MF dapat tumpang tengok.. tu pun bila balik kampung je la... bila dapatnya???? ntah bila tu tak pasti la.. tapi dalam tempoh satu tahun dari bulan September 2016!...

Mak mentua MF pun terpilih juga.. Alhamdulillah.. seronok la mak MF nanti... kad bilik dia dah dapat layan drama kegemaran dia nanti... hehe... 

Macam mana diorang ni dapat??? Sebenarnya, untuk penerima BR1M je layak terpilih untuk terima dekoder MyTV ni.. MF, BR1M pun tak layak, apatah lagi nak terima MyTV ni secara percuma kan... Tapi MF pernah tanya kawan MF yang kerja sebagai ejen pemasangan MyTV ni... Boleh beli tapi kena tunggu la info dari syarikat MyTV ni sendiri apa-apa hal pun.. 

Dikatakan MyTV ni macam Astro.. bahkan lebih banyak siaran dari Astro...dan semuanya percuma.. best betul gayanya kan.. siapa yang tak nak kan.. tapi sebenarnya, TV yang dapat ialah siaran utama sahaja, iaitu TV1, TV2, TV3, nTV7, TV8, TV9, TV al-Hijrah, Bernama TV, iTV,  Tapi ada kata, tak semua tempat ada siaran atau pecawang dekoder untuk siarannya..

Untuk siaran dan kawasan liputan, boleh rujuk jadual di bawah:
Tahniah! Anda Terpilih Sebagai Penerima Dekoder MyTV 2016!
Nampak gaya, kampung MF takde liputan, dah tu nak wat apa dekoder tu kalau takde siaran kan.. hmm... pelik bin ajaib plak.. 

Apa pun tunggu je la dekoder ni dapat nanti... baru boleh komen ye dak.. 

Jadi, bagi penerima BR1M cepat semak... mana tau hangpa terpilih juga.. 
Nak semak, Klik je pada link kat bawah ni..

http://mytvbroadcasting.my/phase2/

7Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ