GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AWAS!!! JANGAN PERCAYA PAGE BISNES YANG BERIBU LIKE DI FACEBOOK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review kali ni bukan niat nak burukkan perniagaan orang lain... Jauh sekali nak jatuhkan perniagaan orang lain... Sebab memikirkan pengajaran untuk yang lain... Jadi, pengalaman dan review ini sebagai pedoman kepada yang berniaga... dan bagi peniaga yang saya sebutkan ini, mohon perbaiki perkhidmatan yang kami lalui... Jangan ulangi kepada pelanggan lain... Laksanakanlah tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah dengan sebaiknya... Lagipun korang orang Islam kan... Jadi, mohon yang membaca review ini, berpandangan terbuka dan berlapang dada... sebab kita berniaga nak cari redha Allah, bukan semata-mata nak kaya di dunia.

Panjang tu muqaddimahnya...

Kisahnya, bila MF terpandang satu page yang punyai ratusan ribuan like... Maknanya femes la page ni... mesti dipercayai ramai... itu firasat dalam hati... Iaitu satu page yang menjual cadar patchwork... bahkan ada syarikat sendiri yang bertapak di Ipoh, Perak. Kiranya ni perniagaan yang besar... MF share page tu di Facebook dan tag nama suami... kot la dia nak membeli... Sekali dia berkenan, dan dia tag pula mak dia (mak mentua MF), terus mak berkenan dan berniat nak belanja anak-anak dia dengan cadar baru... Alhamdulillah... Selepas membelek dan berbincang.. suami dan mak pun pilih la cadar yang nak dibeli...

Memula tu, suami call terus nombor yang diberi sebab whatsapp tak dibalas, MF PM kat Facebook pun lambat juga balas... Takpe la faham.. pelanggan dia ramai kan... sebab page ribuan like biasa macam tu la kan... Jadi, takpe la.. MF belek page tu, dan nampak ada website... bila belek website nampak boleh beli terus dari situ.. lagi mudah... Tapi dalam masa yang sama suami MF dah pun berurusan terus melalui whatsapp... lebih cepat katanya... Jadi, MF ikut je lah kata suami... Jadi, suamilah yang buat urusan jual beli.


Lepas deal dengan penjual tu, dengan harga yang dipersetujui, pada 25hb Ogos lepas terus kami bank in... takpe la.. kami bank in malam kan... jadi, order tu kira diterima esoknya la kan... lepas bagi detail semua, seperti biasa kami minta tracking... Whatsapp tak dibalas, dan terus follow up seller tu... akhirnya, dia kata budak stor dia akan pos hari Isnin 29hb Ogos... ok, takpe la.. kami pun tunggu dia bagi tracking lagi... Biasa dah kami ni, kalau orang bagi tracking kami tak semak terus... kami tunggu sehari selepas tu baru semak... sebab kadang tak masuk sistem kan...



Diorang guna perkhidmatan Nationwide... perkhidmatan penghantaran barang yang jarang orang guna.. tak semua tempat ada... Hari Rabu baru dia bagi tracking nombor... tu pun selepas suami follow up lagi dengan whatsapp dan call... Lepas semak, ada dalam sistem... dan sampai ke Kulai... Jadi, tunggu syarikat penghantaran tu la pula... ada dua barang yang guna perkhidmatan ni... Review pasal perkhidmatan yang teruk korang boleh baca entry INI. Tak nak ulang citer dua kali...

Lepas suami pergi ambil sendiri barang tu kat HQ, barulah terbongkar... Kami order 3 set cadar... tapi yang dipos hanya 1 set... Apa perasaan korang kalau kena macam ni????  Dah la barang kena pergi ambil sendiri... tengah2 panas pula tu kan... mau tak hangin en.somi... rasa tertipu kot... dah la seminggu menunggu... terus dia whatsapp dan call... Lepas call baru dia bagi tahu, dia buat dua packaging... yang lagi 2 cadar tu dia bungkus lain... terus la suami minta tracking nombor masa tu juga... sebab nak semak terus kat Nationwide, ada ke takde barangnya kan... sekali tunggu punya tunggu dia bagi tracking number, sampai ke sudah, dan Nationwide tu pun tutup...tak juga dibagi... Balik lah en.somi dengan barang yang ada, dengan rasa bengang dan kecewa...



Balik rumah, masih juga terus follow up... sebab harga cadar tu ratusan ringgit, bukan dua tiga ringgit... kalau dua tiga ringgit sekalipun ianya tetap duit ianya tetap hak kita sebagai pengguna. Dah petang, baru dia whatsapp pula bagi tracking number ... katanya dah pos... kali ni guna perkhidmatan KTMD pula... sekali baca pula review kak Farah Waheeda pasal perkhidmatan ni... pun sama juga... teruk dan jenis peram barang orang... lagilah en.somi bengang... masih guna bahasa yang sopan... tapi agak tegang... kalau nak suruh kami bayar pos lebih pun takpe.. asalkan barangnya sampai... ni bayar kos pos tapi barang lambat sampai...dah tu perkhidmatan yang jenis peram barang orang...

Sehingga artikel ni ditulis, kami kena la tunggu lagi cadar yang dipos tu dengan sabar... Tapi dari rasa excited dah jadi kecewa dah...

Yang kami nak marah, kecewa sangat tu, ialah apa-apa masalah tak diberitahu kepada pelanggan.... kita kena follow up, tanya... memang la bengang... itu amanah dan tanggungjawab diorang kot... kalau kami diam kan aje... agaknya memang berbulan la tak sampai agaknya barang tu... fuhh...

Kami pun berniaga juga... kalau masalah pos ke hape pun kami akan bagitau pembeli... kita tak nak sampai pembeli yang tanya... pernah kami pos, pos laju return semula... konon berat terlebih pula... kami pos semula ,... kos  pos kami tanggung la... walaupun tu masalah pos laju... tapi, itu amanah dan tanggungjawab kita sebagai peniaga... kena la tanggung risiko tu...

Pengajaran buat peniaga online... jangan tangguh-tangguh order pelanggan... tambah kalau barang ready made... buatlah sistem macam mana pun... asalkan cepat follow up pelanggan... jangan salahkan pelanggan kalau anda kena viral dan review teruk... Pelanggan ada hak dia... Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati.. itu tanda orang munafik...

Pengajaran buat pembeli online... selalu lah follow up jika apa-apa secara online... zaman sekarang ni banyak penipuan... ramai orang munafik dan tak amanah... Jangan anggap remeh hal begini...

Jika nak bisnes kita bertahan lama... 
jaga perkhidmatan kita sebaiknya...

MF bukan nak mengata orang Melayu berniaga... tapi MF dan suami banyak berurusan dengan bangsa lain juga bila berniaga... supplier kami pun dari pelbagai bangsa dan agama... tapi orang kita ni, kalau dah berjaya sikit... dah jadi boss... jarang dah nak turun padang tengok anak buah buat kerja... harap sangat sampai 200% kepada pekerja... akhirnya, macam ni lah...

Kami pernah beli barang yang lebih besar dan berat dari  3 set cadar ni... Suami MF pernah beli 4 tayar siap dengan sport rim dari KL, pos ke JB... Cina tu guna perkhidmatan bas, bayar kos pos RM80... dan kami ambil dari bas... cepat... dalam masa 12 jam kami dapat barangnya... Kali kedua kami beli Set Mesin jahit tepi jenama JUKI, besar dan berat... Pos dari Kulim, Kedah ke rumah... sampai depan rumah guna City Link... kos pos pun kami tanggung... Maknanya, bukan masalah barang berat ke besar ke... tapi penjual boleh rujuk pembeli bab pos barang... perkhidmatan apa yang sesuai untuk pos... sebab memang banyak syarikat penghantaran barang... tapi tak semua sesuai dengan semua tempat. Selain tu, follow up la pelanggan selalu... Jangan sampai pelanggan pula nak kena tanya itu ini... Bila kita banyak tanya, mula la kata kita ni cerewet... padahal diorang sendiri tak mainkan peranan sebagai peniaga...

Jadi, sekali lagi... MF minta maaf... MF review ni sebagai pengajaran... peringatan kepada yang lain juga... juga sebagai reminder kepada diri sendiri dalam berniaga. Harap perbaiki perkhidmatan anda...

P/S: Semalam, seller tu dah takut nak angkat call dari suami MF.... Memang takut la nak menjawab... whatsapp pun tak balas dah... sekarang ni kena tunggu je la bila barang tu akan sampai... huhu... seminggu lagi agaknya... 

Ni kali kedua, review pasal perkhidmatan dari page yang ribuan like, tapi perkhidmatan macam hampehhh... review sebelum ni, ada kat ENTRY NI... Bahkan entry review tu juga, akhirnya owner tu minta saya delete entry tu...tapi atas nasihat blogger lain, jangan delete...jadikan itu sebagai pengajaran. 

9Ulasan

  1. Kak.. Betul apa yang akk cakap tu. Lagipun, tak semua page yang banyak like.. Hasil dari titik peluh mereka.

    Maksud Reen.. Ada yang beli page tersebut yang dah mempunyai like yang banyak, tinggal nak tukar nama, details dan beberapa gambar.

    Ade juga jenis peniaga sombong..

    BalasPadam
  2. MMmm selalu berwaspada.(>.<)Sertai Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing :cool:

    BalasPadam
  3. kak,

    yui tgk gmbr tu mcm pnh deal..
    ni yg kedai dia kat sg siput perak kan.
    yui beli walkin kedai je, alhamdulillah ok
    agaknya kalau on9 tu jd mslh. sbb dia order tmpt le mgkn.

    heee, mmg cari psl la kalau lmbt gitu..

    BalasPadam
  4. kadangkala memang ada page ribu2 tapi takde orang pun sebenarnya. angka ribu2 tu nak bagi impression shj

    BalasPadam
  5. page beli tu kot..
    apalah guna perkhidmatan yg tak femes ni.. guna je la abx ke poslaju ke gdex ke takpun guna la dhl.. lebih kurang je harga un.. urmm..

    sbb tu la skrg ni xbeli dah online2 ni cmni la jadinye bagus beli dikedai je terus tak sakit hati..

    BalasPadam
  6. Sebab tuh akak jrg beli dekat page yg like die ribu2...yg byk2 nih la..akak slalu beli kt page yg ratus2 like je xpun beli personal..sbb alasan dorg nti cust ramai tak terlayan...tuh yg xsuke nk dnga..kesian tfk maria dan suami kne tunggu brg lama..

    BalasPadam
  7. Hopefully sis sabar dalam penantian cadar tue...

    BalasPadam
  8. Saya ni baru nak mula berniaga, Maria. Bila tengok page orang banyak like, kita dah gusar. Takutlah kalau pelanggan tak percaya dengan kita yang page pun entah berapa banyak likenya. Yalah, baru nak bermula.

    Tapi tak sangka pulak, patutnya kalau dah established, banyak like, ramai repeat customers, kenalah jaga setiap satu customer tu walaupun ramai pelanggan katanya!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ