30 September 2016

3 SEBAB ANAK SUKA BUAT APA YANG KITA LARANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak tengah membesar... cabarannya juga semakin besar.. makin lama makin mencabar kesabaran... fuhh.. terasa geram, nak marah, suara macam tarzan.. dah jadi kelaziman kebanyakan ibu bapa lain.. termasuk tukang tulis entry ni... 

Anak ni ada fasanya... fasa dia masih bayi.. sukanya kita cium.. kononnya bau syurga... tapi masa tu kita nak sangat anak kita cepat membesar... boleh senyum, main... dan sebagainya... bila anak dah besar, rasa geram pula dengan ragamnya... rasa nak membebel je.. ada saja tak kena... terutama bab rumah bersepah dan berconteng sana sini.. 

sumber: google images


Bab rumah berconteng, tu memang semua ibu bapa alami.. dah beli buku, bagi kertas, tapi dinding juga jadi pilihan... ada saja tak kena... apa yang dilarang itu yang dibuat... geram kan.. memang menguji kesabaran... Tapi MF belajar sesuatu dari coretan Dr. Abdul Rahim... 

Moh kita baca, hadam dan amalkan:

Kenapa anak kita nakal??? (MF tak suka guna perkataan nakal ni.. tapi guna juga lah untuk entry ni untuk mudah faham):

Menurut Dr. Abdul Rahim, ada tiga punca kenapa anak kita nakal... 

1. ANAK-ANAK SUKA BERIMAGINASI:
Doc dan anda sebgai Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak-anak dalam sehari adalah untuk BERIMAGINASI. Dunia IMIGINASI anak kecil sangat luas, sedangkan melukis untuk meluah Perasaan IMAGINASI di saiz kertas adalah terhad. Maka melukis di dinding yang luas pilihan mereka, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Ia memberikan pengalaman berimaginasi secara kreatif tanpa batasan di dinding dengan posisi yang selesa. Kalau boleh jangan halang anak menconteng di dinding... biar je le, sebab itu adalah ekspresi diri mereka. Selalunya anak yang visual dan otak artistik suka melakukan perkara seperti ni. Perkembangan moto skil mereka akan kembang dengan pesat sekali. Mereka bangga mempamerkan karya mereka. Sampai satu tahap...anak ni akan berhenti perangai ni. Kalau dihalang, maka sesuatu ketidakpuasan akan bersarang di hati anak kecil tu.

2. ANAK-ANAK SUKA MENIRU
Doc dan anda tau kan... anak-anak suka MENIRU apa emak ayah mereka buat. Tapi mereka tak mengetahui saiz mereka membahayakan mereka. Ada yang suka ingin menolong emaknya membasuh atau keluarkan kain basuhan daripada mesin basuh. Ada yang angan-angan mengoreng telur ayam walaupun dipecah-pecahkan telur ayam atas lantai dan dilenyet dilantai.....mamanya hot terangat sangat!! Serius, betul.. anak memang suka meniru... anak-anak MF suka ekspresikan apa yang melihat kita buat, cara kita pada anak patung atau mainan mereka... 

3. ANAK-ANAK SUKA MENCUBA DAN BEREKSPERIMEN
Ada anak yang MENCUBA atau EXPERIMEN suatu yang baru tpi risiko bahayakan dirinya amat tinggi yang anak tu tak tahu. Terutama mencuba menjolok sesuatu dalam soket elektrik, main pisau yang tajam yang mungkin lukakan diri atau rakan. Tapi bagi mereka...ia suatu yang BARU dan MENYERONOKKAN. Memang betullah... kadang terjun dari kerusi.. masukkan sesuatu dalam lubang kunci... dan macam-macam perkara ekstrem diorang akan buat...


3 CARA ATASI DAN ELAKKAN NAKAL YANG BAHAYA!

1. SABAR DAN NASIHAT YANG LEMBUT
Lakukan Pendekatan yang perlu KESABARAN yang tinggi. Berikan nasihat-nasihat bijak dengan kata-kata lembut sehingga anak dapat berfikir lebih baik. Jalan kekerasan adalah terakhir seperti kata-kata yang nadanya tinggi atau dengan beri pukulan ringan je untuk takutkan si kecil tu.

2. TUNJUK CONTOH TAULADAN YANG BAIK
Ibu bapa sendiri kena le Tunjukkan Tekad yang kuat dan contoh tauladan yang baik supaya kita jadi ikutan mereka. Seperti bercakap lembut, tidak marah-marah dan maki hamun yang menjadi kebiasaan dalam sesuatu keluarga tu. Elakkan ye. Nauzubilllah, kena jaga tutur kata... 

3. PENGHARGAAN DAN PERJANJIAN
Buat Perjanjian akan berikan hadiah jika anak tidak nakal. Jangan disertai dgn kebohongan. Anda mesti kotakan hadiah yang dijanji bila kenakalan tu mereka hentikan. Hadiah dan ganjaran tak semestinya berbentuk material... mungkin juga pujian, penghargaan, ucapan "tahniah", "terima kasih", "bijak" dan sebagainya. 
Olahan dari coretan: Dr. Abdul Rahim

Betul apa yang doktor ni katakan... tapi tu lah.. kadang bila penat, semua yang kita baca ni tak mampu nak buat kan... apa pun, kena lebihkan sabar... sebenarnya, perangai anak kita sedikit sebanyak mencerminkan diri kita masa kecik... sebab tu lah.. kalau balik kampung.. kita rungutkan pasal anak.. mesti mak bapak kita akan kata... "ala.. hang kecik dulu pun camtu la"... itulah kan... tak boleh nak salahkan anak sebab itulah kita sebenarnya masa kecil dulu.. 

Giveaway Redmoon Clothpad

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Tahniah! Anda Terpilih Sebagai Penerima Dekoder MyTV 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... happy nya bila nampak status ni...


Memang dah lama mencari dekoder ni.. Alhamdulillah... tak sangka dapat... 

Ehhhh... jangan nak poyo sangat la MF... haha... ini bapa punya ok!!!... 

Jangan terpedaya lah ye... sebenarnya, status tahniah tu adalah bapa MF punya... MF semak guna no. kad pengenalan bapa MF... haha... jadinya, dekoder tu bapa MF la dapat... MF dapat tumpang tengok.. tu pun bila balik kampung je la... bila dapatnya???? ntah bila tu tak pasti la.. tapi dalam tempoh satu tahun dari bulan September 2016!...

Mak mentua MF pun terpilih juga.. Alhamdulillah.. seronok la mak MF nanti... kad bilik dia dah dapat layan drama kegemaran dia nanti... hehe... 

Macam mana diorang ni dapat??? Sebenarnya, untuk penerima BR1M je layak terpilih untuk terima dekoder MyTV ni.. MF, BR1M pun tak layak, apatah lagi nak terima MyTV ni secara percuma kan... Tapi MF pernah tanya kawan MF yang kerja sebagai ejen pemasangan MyTV ni... Boleh beli tapi kena tunggu la info dari syarikat MyTV ni sendiri apa-apa hal pun.. 

Dikatakan MyTV ni macam Astro.. bahkan lebih banyak siaran dari Astro...dan semuanya percuma.. best betul gayanya kan.. siapa yang tak nak kan.. tapi sebenarnya, TV yang dapat ialah siaran utama sahaja, iaitu TV1, TV2, TV3, nTV7, TV8, TV9, TV al-Hijrah, Bernama TV, iTV,  Tapi ada kata, tak semua tempat ada siaran atau pecawang dekoder untuk siarannya..

Untuk siaran dan kawasan liputan, boleh rujuk jadual di bawah:
Nampak gaya, kampung MF takde liputan, dah tu nak wat apa dekoder tu kalau takde siaran kan.. hmm... pelik bin ajaib plak.. 

Apa pun tunggu je la dekoder ni dapat nanti... baru boleh komen ye dak.. 

Jadi, bagi penerima BR1M cepat semak... mana tau hangpa terpilih juga.. 
Nak semak, Klik je pada link kat bawah ni..

Mohon Kad Debit Maybank dan Aktifkan Kad Melalui Maybank2u!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isu yang tak habis lagi... Isu kad debit... MF agak lambat aktifkan kad debit Maybank..sebab kad MF takde Maybank2u... Tapi minggu lepas, suami buatkan dan aktifkan Maybank2u di ATM... Dan alhamdulillah..mudah dah.. senang nak buat Maybank2u... Lepas register Maybank2u, maka barulah boleh apply kad secara online. 



Alhamdulillah.. Maybank memudahkan pelanggannya... Tak perlu nak beratur panjang kat bank semata-mata nak tukar kad debit atau nak aktifkan kad debit yang baru. Tapi ini untuk pengguna Maybank2u je la.. Bagi yang tidak register Maybank2u, kena buat manual juga la ye.. 

Bagi yang dah ada Maybank2u... mudah sahaja nak mohon kad debit baru ni...
1. Login Maybank2u anda.
2. Pergi pada menu "Card Management"
3. Kemudian klik pada "ATM/Debit Card"
4. Kemudian klik "Apply"
5. Kemudian ada alamat dan no.telefon... Isikan alamat jika ada perubahan alamat.. jika takde perubahan alamat, terus je klik "Request TAC"
6. Masukkan TAC Number yang dihantar pada no.telefon yang kita register Maybank2u..dan klik "Confirm"
7. Lepas tu, akan keluarlah status "Successful"... 
Maknanya, permohonan kita berjaya.. jadi tunggu sahaja Maybank akan hantarkan kad debit baru dalam masa 2 minggu. Suami MF dapat kad debit baru dalam masa 2 minggu .. diorang pos guna CityLink.

Lepas dapat kad,boleh aktifkan secara online juga melalui Maybank2u... Kalau nak pergi ke ATM pun takde masalah.. tapi dah ada kemudahan online kan.. kenapa nak bersusah payah kan.. 

Cara aktifkan kad debit maybank baru melalui Maybank2u!

Caranya sama juga, Login>Card Management>ATM/Debit Card>Active Now> Isikan nombor kad dan request TAC.. Masukkan TAC dan confirmkan... 






Macam ni, MF tak dapat nak aktifkan lagi sebab kad debit baru belum sampai pun... Cuma MF tunjukkan cara untuk aktifkan kad je dulu

Ramai dok cari pasal kad bank lain.. Kad bank lain selain Maybank kena mohon di bank yang berhampiran dengan tempat tinggal anda la ye... Setakat ni, Maybank je buat kemudahan ni... CIMB pun kena mohon manual di bank.. tak boleh buat secara online. Dan semua kad debit tak kira bank apa pun, kena tukar sebelum 1 JANUARI 2017!... Jangan percaya pasal Viral kalau suruh tukar sebelum tarikh tu... itu semua viral palsu... 

Jangan Sampai Dia Melawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan sampai dia melawan!!!


Jangan sampai dia menjadi sakai yang melawan dan mendakwa kita di akhirat sana... 

Hati-hati semasa menaik status dan taip entry di Blog ya... 

Semakin hari MF tengok... Makin rancak fitnah dan VIRAL yang menghasut di sana sini... 

Semakin hari... Semakin rancak para isteri menceritakan hal rumahtangga tangga dan perihal aibkan suami di laman sosial... 

Semakin hari.. Semakin rancak para gadis menggedik di instagram...

Semakin hari... Semakin rancak para teruna mencarut di sana sini.. 

Nauzubillah...  
Takutnya kita.. Takut... Kita lupa... Semasa menaip status... Semasa menaip entry... Malaikat kiri dan kanan kita juga sibuk mencatat apa yang kita taip itu... 

Ingatlah... 
Apa kita buat.. 
Ada yang memerhati... 

29 September 2016

Cara Buat Jamu Untuk Kesihatan Dalaman Wanita dan Awet Muda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masuk 3 series, mula fikir sesuatu untuk kekal awet muda dan kekal bertenaga luaran dan dalaman... Tambahan lepas bersalin anak ketiga memang fikirkan sesuatu... Maklumlah.. aset wanita kena jaga bebetul... WAJIB ok... supaya suami sentiasa sayang... bukan untuk orang lain, untuk suami dan untuk kesihatan diri sendiri juga... Tambahan pula MF ni cikgu kan... banyak bergerak sana sini... nak kerja, nak urus rumahtangga, nak jaga suami... jadi, memang fikirkan sesuatu untuk kesihatan dalaman dan luaran... Itulah perempuan kan... memang kena fikir... 

Jika dulu fikir nak makan supplement, tapi sekarang ni, MF fikir nak amalkan yang tradisional pula... seperti jamu...selain dari amalkan makanan sunnah dan pemakanan sihat seimbang... Tapi semua tu tak cukup juga untuk kesihatan dalaman wanita terutama bab penjagaan rahim. Bila terbaca satu perkongsian di Facebook resepi buat jamu sendiri.. teruja ok..

Jadi, atas keizinan tuan post untuk share atas kebaikan bersama .. MF nak coretkan di blog ni untuk rujukan MF dan sesiapa yang mencari resepi ni... sebab bagi MF ni resepi jamu yang paling mudah nak buat..serta bahan-bahannya mudah nak dapat.

Antara khasiat air jamu ini adalah untuk:
  • Kesihatan Dalaman wanita
  • Mengurangkan keputihan
  • Seri wanita
  • Awet muda
  • Mengeluarkan aura positif
  • Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita



Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)

Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya. Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit. 



Cara membuatnya:
  1. Tumbuk kunyit dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi akan rasa tajam halia kalau tumbuk sekali. 
  2. Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih. 
  3. Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Campurkan asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi. 
  4. Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk. 
  5. Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup.


Cara Minum:
Ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu.

Cara Penyimpanan:
Boleh diletakkan dalam peti sejuk... Tapi kalau boleh jangan simpan sampai berbulan-bulan... Buatlah agak-agak untuk 3 kali minum dalam seminggu... supaya khasiatnya tak hilang... Sebab bahan semulajadikan...tiada bahan pengawet ni kan... kalau simpan lama-lama dalam peti pun tak bagus juga jadinya. Sukatan di atas ni, ikut tuan post akan tahan selama 1 bulan.

Amaran:
Bagi anak dara yang nak cuba ramuan jamu ni, jangan letak kunyit dan manjakani... sebab nanti mengganggu peranakan...maklumlah..rahim tak kembang lagi...ramuan ni sangat digalakkan bagi wanita yang pernah mengandung... Tapi bagi anak dara, jangan letak kunyit dan manjakani je ok.

Ramuan ni sesuai untuk ibu menyusu, dan digalakkan untuk wanita lepas bersalin.. tapi kalau nak amal selepas anak bebas jaundice la...  
Sumber: Sahira Lim

Memang menarik dan nampak sedap jamu ni berbanding yang pernah MF jumpa.. TU yang teruja gak nak mencuba... Jadi, takut hilang.. MF kongsikan kat blog ni... Terima kasih buat pemilik resepi asal iaitu Sahira Lim... Tuan post ni pun muda lagi.. dan memang nampak awet muda pun.. Jadi, itu buatkan orang teruja nak cuba juga kan.. sebab amalan dia sendirikan,,,


P/S: info ni original dari tuan post ye.. siap dari komen-komen pun MF baca satu persatu... sebab tahu dah, tak ramai yang nak baca info dari komen post asal... Jadi, entry ni MF lengkapkan cuma olah untuk lebih kefahaman bersama.

Cara Mudah dan Cepat Siang Ikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entah mengapa dan kenapa... Gambar ni jadi VIRAL... Hehe... Jadi, MF pun nak Share juga cara mudah dan cepat nak siang ikan...

Dari gambar atas tu.. Itulah patern atau cara siang ikan... Memang setiap orang ada cara tersendiri siang ikan...

Kebanyakan yang Mf tahu, cara ketiga tu yang paling femes dalam menyiang ikan...

MF juga banyak guna cara ketiga.. Sebab cepat dan mudah serta senang nak basuh dan cuci darah-darah beku kat dalam perut ikan...

Salah satu cara mudahnya ialah... MF guna dua alatan untuk siang ikan dengan cepat...

Iaitu...

Gunting serba guna jenama Scooth 3M   original diimport dari Jerman... Dan pisau hujung Tirus macam kat gambar atas tu... 

Seminggu sekali suami memang suka borong beli ikan sampai satu besen... Jadi, memang lama la nak siang... Tapi guna dua gunting dan pisau tu... Kerja siang ikan jadi cepat dan mudah... Ikan pun tak nampak comot selepas disiang... 

Caranya, potong kepala kemudian belah perut guna gunting..  Potong je semua dulu...  Lepas habis semua... Baru guna pisau pula... Pegang bahagian insang dan terus tarik je... Senang je.. Sebab semua isi perut akan keluar sekali... Guna hujung pisau yang Tirus tu dan keruk bahagian dalamnya hingga tanggal darah beku... Lalukan pada air paip yang mengalir.... Dan siap... Tak sampai 5 minit pun nak siang ikan.. 

Mungkin ada yang kata... Cara nak siang ikan pun nak buat entry ke... Haha... Jangan tak tahu... Ada tau perempuan zaman sekarang ni malas nak siang ikan... Bahkan sanggup suruh tukang jual ikan siang siap-siap.. Jadi, MF share ni untuk panduan adik-adik yang baru belajar nak siang ikan... 

Gunting tu boleh beli jenama apa pun.. Cuma jenama yang MF guna ni sangat puas hati.. Dah 4 tahun guna tak pernah asah pun... Memang tajam... Tulang ayam pun MF potong guna gunting ni juga... 

Kalau rasa nak beli... Cubalah tengok kat Lazada atau 11street... MF beli kat supplier kami suatu masa dulu... Sekarang ni supplier tu pun tak tau ke mana dah... Jadi, tak boleh nak suggest beli kat situ... 

Belajar Dari Jam Dinding!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Motivasi dari jam dinding...

Bekerja dengan ikhlas...
Orang tengok ke orang tak tengok tetap bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.   

Jadikan amalan kita seperti jam dinding... 
Buat dengan ikhlas...
Tanpa menghiraukan orang tengok atau tak kita buat kerja... 
Buat kerja amanah... 
Buat kerana Allah...
InshaAllah... Kita rasa tenang...Dan kerja kita dipermudahkan..  


28 September 2016

[INFO GRAFIK] 7 JENIS GAMBAR YANG DIHARAMKAN SEBAR DIFACEBOOK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)














Ulasan:
------------

No 1-3 berkaitan isu syariah iaitu melibatkan soal tidak patuh syariah berkaitan aurat dan cara gambar itu diambil dan hukum gambar orang yang sudah mati.

4-7 berkaitan isu akhlaq iaitu melibatkan kesesuaian penampilan di hadapan umum. Lagi mulia seseorang itu, lagi kena mempunyai penampilan yang baik di hadapan umum. Gunalah MALU sebagai kunci ketika ingin menyebar sesuatu di Facebook kerana ia melibatkan khalayak umum.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Kalau kamu tiada MALU buatlah apa yang kamu suka"

BERAPA LAMA NAK KENA PANTANG NI???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masa berpantang anak sulung dan kedua rajin la juga ikut pantang...  Masuk anak ketiga rasa bosan berpantang... Bukan apa... Bila anak-anak yang pertama kedua dah mula membesar kan... Hadoii tak sesempurna mana pantangnya... Tu yang tertanya... Bila nak habis pantang nih..

Berapa lama nak kena pantang..
Ni jawapannya...






Jujur... MF takdelah ikut semua pantang ni pun... ikut yang mana mampu ikut dan releven kesannya... pantang makan tu pun ikut sesetengah orang gak kan sebab badan lain-lain... 

Pantang 100 hari tu pun ikutlah... selagi tak langgar syariat..ikutlah kerana syariat lebih utama...

sumber gambar: Facebook

WW | MAKANAN UNTUK CANTIKKAN KULIT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


WW | DOA MOHON PERLINDUNGAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




BACA DAN AMALKAN SELALU...

MOGA SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH 

27 September 2016

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM HAWA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Dear sisters, you are very beautiful indeed. We all are...

Tapi tanpa Al-Quran & bekalan hati, kita tidak lebih dari sekadar 'tin kosong' yang kelaparan, ketakutan, kesunyian, kesedihan dan serba tidak tenang. Carilah ketenangan dengan mengenali Tuhanmu, dengan mendekati Tuhanmu...



Ruh mu juga memerlukan makanan & nutrisi. Ruh mu juga mempunyai keperluan & kehendak. Tunaikanlah hak nya. Kerana pada akhirnya, yang dipandang Allah adalah 'kecantikan' jiwa. :)

Sumber: Facebook

**************

Wahai sahabat-sahabat muslimah ku...

Ruh kita sangat tenat.  
Tapi kita sibuk sihatkan jasad kita sahaja..
Seharian kita sibuk fikirkan, gadjet, misi nak kurus, misi nak itu dan ini... Tanpa pedulikan ruh yang makin sakit dan tenat minta dirawat...

Ayuhlah kita sama-sama...
Sihatkan ruh kita dengan taubat, zikir, ibadah yang lebih berkualiti dan istiqamah...

Insha Allah.. Jika ruh kita sihat.   Jasad kita juga akan sihat tanpa perlukan ubat... Moga kita berubah bersama sebelum terlambat... 

HEBATNYA ALLAH MENCIPTA SEEKOR NYAMUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nyamuk.. bukanlah seekor haiwan yang mengerikan... Nampak nyamuk terus rasa nak panggil je kan... Tapi cuba korang baca lihat gambar dan baca fakta kat bawah nih...

.
.
.
.
.



Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali!

Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata..
Berat nyamuk yang hanya 0,001 gram

Di mulutnya ada 48 gigi
Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium,2 bilik jantung ,dan 2 katup jantung

Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas
Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya

Memiliki alat pencair darah kerana darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar dapat mengalir di belalai nyamuk, dia mengambil contoh darah dulu baru mulai menggigit

Juga memiliki alat pembius sehingga orang yang di ambil darahnya tidak merasa sakit saat proses pengambilan darah, beberapa detik kemudian barulah efek bius itu hilang

Dan belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau! 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah

Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yang licin

Masya Allah semoga nyamuk yang kecil ini dapat menambah keimanan kita kepada Allah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
(Al Baqarah,26)

Masya Allah. Benar2 Allah tidak pernah menzalimi mahluknya, di balik senjata nyamuk untuk menghisap darah, Allah memberi ubat bius untuk menjaga supaya manusia tidak merasa sakit kerana Allah maha tahu manusia sukar sekali menghindar dari gigitan nyamuk. Berbeza dengan haiwan lainnya di mana manusia masih dapat menghindar dari gigitan misal kala jengking dll.

Wallahua'lam.

Sumber: Daie Media Sosial


Ngeri tengok gambar.. bahkan lagi ngeri bila tahu nyamuk ada banyak mata dan gigi... Erkkk.. seram pun ada... Tapi itulah bila kita kaji alam..kita akan temui kehebatan pncipta-Nya... 

Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DEFINISI:

Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Lembam dan lembab berbeza ya... lembam ni memang bermasalah dalam pembelajaran... tapi kalau lembab ni dia boleh ikut cuma lambat buat kerja... 



Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi
- Jauhkan dendaan yang negatif

Moga bermanfaat kepada ibu bapa dan guru untuk memastikan anak kita ada tak ciri lembam ni... Jika ada, dia tak boleh belajar dalam kelas pembelajaran bersama kanak-kanak normal lain... kalau tak nanti dia ketinggalan... Walaupun di Malaysia, ianya termasuk dalam kategori OKU, tapi janganlah ibu bapa rasa anaknya cacat.. anak itu adalah anak istimewa dan perlukan lebih perhatian dan tumpuan dari kita yang dewasa...

Sumber: Facebook dan google images

Hati-hati Buat Food Review!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sekadar peringatan bersama...
Hati-hati bila buat ayat mengenai Food revie... Terutama yang suka jenjalan cari makan... Atau food hunter... Sedap tak sedap kita akan komen ye dak...

Tapi kena hati-hati... Takut terbuat dosa tanpa sedar...

Larangan dari Rasulullah SAW... 
Hati-hati mengomen pasal makanan... 

MAHU TAPI TAK SUKA!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak tapi tak nak...
Apa tu???


Suka nasihati orang tu bagus...
Tapi tak nak terima nasihat orang tu tak bagus...

Tahu tegur orang...
Tapi bila orang tegur dia, melenting...

Inilah satu sifat dan ciri-ciri orang yang merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Nauzubillah....

26 September 2016

Makin Bertambah Anak, Bertambah Ilmu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bertambah anak, bertambah ilmu baru dalam hidup kita... Setiap satu perubahan baru dalam kehidupan kita, akan bertambah juga ilmu baru dalam hidup kita kerana guru terbaik dalam hidup kita ialah pengalaman.

Sama juga bila ada anak... bila ada anak, kehidupan kita berubah... masa anak seorang, lain ragamnya... tambah anak kedua, lain pula gayanya... tambah lagi anak... dan lagi... lain pula ragamnya... sebab setiap anak tu Allah jadikan sangat berbeza ragam dan perwatakannya walaupun lahir dari benih yang sama, ditempatkan dalam rahim yang sama...



Pengalaman MF sendiri yang dah tiga anak ni.. cerita pengalaman sendiri la kan.. dan semestinya ianya satu yang indah untuk dikenang...

Kalau nak cerita dari mengandung... sangat berbeza ragam mengandungnya walaupun sama jantina... disebabkan beza ragam tu ramai yang meneka MF ni mengandung anak yang berbeza jantinanya.. terutama masa mengandung kali ketiga nih... dengan bentuk, gaya alahan, gaya selera... ramailah dan majoriti teka anak lelaki.. sekali, anak perempuan... hehe... itulah nak kata... pengalaman tu berbeza...

Sama juga bila dah lahir... ragamnya berbeza... takde yang sama... bahkan kalau anak pertama dan kedua dah besar ni pun bagaikan langit dengan bumi bezanya.. Bila anak kita membesar, dah bersekolah... lain pula pengalamannya... dari kita tak tahu, kita mula kena ambil tahu...

Itulah kuasa Allah yang menciptakan.. Dia cipta berbeza untuk beri kita ilmu baru...kalau sama je.. mesti tak seronok kan.. kita akan bosan.. sebab hidup kita mendatar je... tiada sesuatu yang baru... bila ada sesuatu yang baru... walaupun ianya mencabar.. tapi itulah ilmu baru...pengalaman baru yang menjadikan hidup kita indah dan berwarna-warni...

Begitulah kehidupan kita... kita kena berani berhijrah dan berubah dalam hidup... jangan berada dalam takuk yang lama.. ciptakan yang baru setiap hari.. untuk jadikan hidup kita lebih berseri... 

KABEL PALING KUAT UNTUK LULUS PERMOHONAN PINDAH eG-TUKAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bulan September, bulan dan peluang untuk cikgu cikgi buat permohonan pindah...
Sekarang ni minggu akhir untuk hantar permohonan...

MF pernah mohon sekali, dan alhamdulillah... terus dapat pindah... rezeki... tapi mungkin juga memang Allah dah aturkan begitu... tapi sebenarnya, MF ada kabel kuat sangat untuk dapat lulus pindah ni...

Selain usaha MF, isi borang, sediakan bukti dan alasan kukuh yang jujur, kabel paling kuat MF yang meluluskan permohonan pindah MF ialah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
ALLAH


Ya... Allah..
lepas hantar borang, MF berlapang dada... Masa isi, opsyen MF tiada dalam senarai.. tapi isi sahaja, walaupun mulanya berbelah bagi sebab tak berapa nak yakin nak isi.. sebab lampu merah je.. takde kekosongan...

Tapi suami kata, isi aje.. sekurang-kurangnya kita usaha.. dapat tak dapat lain kira...

KABEL PALING KUAT!!!

Redha dan tawakal... seterusnya doa dalam pasrah dan redha bukannya doa dalam harapan dapat...

Alhamdulillah.. redha itu punyai kuasa...kuasa dari Dia yang mengaturkan segala...

[+] Baca: Aku Menangis Bila Allah Tunjukkan Kehebatan Redha dan Tawakal!

Jadi, buat rakan-rakan yang memohon eG-Tukar kali ni... letakkan redha Allah yang utama... kemudian, tawakal dan teruskan berdoa dengan berlapang dada... Allah tahu segala yang terbaik untuk kita.. insha Allah.. semoga berjaya..

Kebaikan Sup Ayam Kepada Pesakit Demam Selesema!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Waktu kita demam, selera makan turut hilang... mulut rasa payau... nak makan pun tak lalu... Nak mengunyah rasa malas... Kalau boleh nak yang buh dalam mulut dan telan... Sebab tu, bubur dan sup antara menu orang sakit... Sakit kaki pun buat sup juga... sebab badan kita ni, sakit sikit tapi rasa satu badan sakit kan... Sup terbaik yang disyorkan oleh pengamal perubatan ialah sup ayam... 

Ni Sup Kaki Ayam Pernah MF buat masa kurang sihat awal tahun lalu akibat alahan... 


Ikuti apa kata doktor mengenai kebaikan sup ayam kepada pesakit demam selesema.

Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. 
Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu. 
Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). 
Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan. (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). "Chicken soup inhibits neutrophil chemotaxis in vitro". Chest 118 (4): 1150–7)
Dalam satu kajian lain di Mount Sinai mendapati bahawa hidangan sup ayam yang panas membantu peredaran udara dalam hidung dengan baik dan mencairkan lendiran hingus yang pekat dalam hidung. 
Sop ayam juga merangsang pergerakan dan sel-sel cilia yang berada di sepanjang saluran pernafasan, dengan ini memudahkan kahak yang pekat dikeluarkan dari hidung dan tekak, seperti yang dilaporkan dalam tahun 1998 di dalam ‘Coping With Allergies and Asthma’. 
Walau hasil kajian-kajian ini tidak begitu sahih, namun hidangan sup ayam yang panas mempunyai banyak nutrisi, meningkat hidrasi dan membuka selera kepada pesakit yang mengalami demam dan selsema. 
Tidak rugi mencuba dan ia tidak memudaratkan.
Sumber: http://drzubaidi.com/blog
Entry ni mengingatkan sup ayam halia resepi en.somi buat masa MF dalam pantang... Fuhh.. sedap betul sup tu suami buat... Sup ikan merah dan sup ayam halia tu... haishhh... buatkan MF teringat-ingat betul... ni rasa nak request minta suami masakkan lagi nih... hehe...  

Hakikat Yang Tersirat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ingatlah,

Di sebalik setiap kegembiraan kita, ada kesedihan yang dirasakan oleh sebahagian saudara kita.

Di sebalik setiap tawa dan gurau kita, ada tangis dan derai air mata yang terurai dari sebahagian saudara kita.

Di sebalik setiap nada kebahagiaan dalam hati, ada retak kepedihan yang bedetik di hati sebahagian saudara kita.



Hal itu tidak lain kerana mereka belum mendapatkan apa yang kita dapatkan dan belum menikmati apa yang kita nikmati.

Bersyukurlah atas kegembiraan dan kebahagiaan yang kita nikmati saat ini. Selitkan doa untuk saudara-saudara kita itu, supaya mereka turut bergembira dan berbahagia...

25 September 2016

PENCARIAN BLOGLIST OKTOBER

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway by BusyraTakiyudin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Komen tentang blog Busyra:
- Kemas
- Cepat Loading
- Takde apa yang boleh dikomen, sebab bagi saya ok dah blog ni...

Bengang Entry Kena Ciplak Lagi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Haishhh... Apa la nasib.. Blog tak seberapa camni jadi mangsa plagiat juga...

Memang rasa bengang, sedih nak marah semua ada...

Link ni dapat dari Facebook... Bila ada dua tiga kawan yang Share link ni...


Tak marah kalau nak Copy isi entry tu sebab MF pun Copy dari Facebook je... Yang nak.marah sangat tu... Muqaddimah entry tu... Siap ada nama nickname MF kot. Nampak sangat Copy bulat-bulat tanpa ubah pape... 

Bahkan gambar yang MF guna, yang mf ambil dari Google pun sama betul... Hadoiii... 

Selidik nak cari Blogger nih... Nak cakap direct... Tapi takde pula... Ya Allah... Bila lihat blog... Dan page kat Facebook bukan main lagi... "coretanuntukmencarikeredhaanallah".. Ko copy paste entry Orang bulat-bulat macam ni.. Agak-agak dapat redha Allah ke... 

Geram betullah dengan Blogger newbie macam ni... Rasa nak maki hamun berbakul... MF tak hidekan link blog tu...supaya Blogger lain ambil pengajaran.. Dan hati-hati... Tak mustahil entry lain pula dia akan Copy lepas ni... 

Ada juga pernah MF tangkap Blogger baru juga... Dia Share link kat Google plus... Memang dia Copy... Siap tajuk tak ubah.. Belum nak tegur..tengok dia dah delete dah...nasib baik... 

Geram betul la... MF tak marah siapa nak ambil Info kat blog ni... Tapi olah la sikit... Bagi jadi entry sendiri... Jangan copy sama sampaikan nama pun tak ubah... 

Nilah cabaran jadi Blogger... Tak femes mana pun... Tu pun orang nak ciplak juga... Tapi MF teringat kata-kata seorang Jutawan... 

Kita nak tahu kita ni berjaya/cemerlang atau tak... Kita lihat lah... Ada tak orang nak tiru seperti kita...

Jadi MF ambil pendekatan kat sini... MF sekarang ni boleh dikatakan Blogger berjaya sebab dah banyak kali kena tiru nih...begitu juga Blogger lain yang pernah jadi mangsa plagiat... 

Sama juga dengan bisnes... Bisnes kita mula melakar kejayaan bila ada orang mula tiru bisnes kita... 

Tazkirah: Biar Tapi Jangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Perkara ni selalu diingatkan kepada pelajar-pelajar MF...
Biar tak pandai, asalkan ada adab dan tak kurang ajar...
Tak guna kalau cerdik pandai, tapi kurang ajar...
Orang tak pandang dah tinggi mana kau belajar, kalau perangai biadap...

Adab dan akhlak yang lebih utama...
Ilmu dan adab yang bergerak seiring itu yang teramat mulia...

Adab dan akhlak juga lah yang menjadikan Rasulullah s.a.w dapat menarik orang bukan Islam masuk Islam... Jadi, jangan kerana hilangnya adab dan akhlak, Islam akan hilang... 

24 September 2016

Be Proud of Yourself!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain, jika bandingan itu membuatkan dirimu merendah diri..

Sumber: Facebook 


Bahagialah dengan diri sendiri...
Kerana apa yang Allah beri itulah yang terbaik untukmu.. 

[3+8] Rahsia Jana Pendapatan 4 Angka Melalui Blog!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebut bab jana pendapatan atau wang, siapa yang tak teruja kan... kalau sebut bab nak kaya... ramai aje yang teruja nak tahu caranya... sama juga lah kalau berblog... cara nak jana pendapatan dengan blog... mesti semua orang nak tahu, cara nak jana pendapatan dengan blog... 

Dulu, ramai juga rakan-rakan MF yang pandang .. apa lah guna buat blog... rajin nye tulis blog... apa faedah berblog.... antara ayat-ayat yang pernah sampai ke telinga MF bila orang tahu MF ni blogger... Takpe lah.. orang yang bukan blogger memang tak kan faham... yang berblog ni bukan sia-sia sebenarnya... jika patuh syariat, insha Allah berblog juga akan memperoleh berkat rezeki di dunia dan di akhirat.

MF mula berblog selepas kahwin... atas izin suami, MF buat blog.. masa zaman Universiti dah ada blog, tapi tak minat masa tu, nak aktif.. apalagi nak belajar pasal blog... buat sekadar nak lengkapkan tugasa yang pensyarah beri je.. Tapi lepas kahwin, suami suruh buat blog, sebab kononnya untuk kongsi hal anak.. maklumlah zaman baru kahwin... semua yang indah nak ditayang kan.. 

Tapi on off berblog masa tu.. sbb kekangan internet... blog terbengkalai... hinggalah tahun 2012 MF betul-betul aktif.. masa tu mula pasang iklan nuffnang.. tapi sbeelum pasang tu, cari dulu hukum, dalil dan sebagainya.. dah rasa yakin baru pasang iklan nuffnang. 



Bila makin aktif, tukar template, tukar header dan mula aktif domain sendiri.. atas izin suami... masa tu juga isi blog juga berubah dah.. tiada lagi pasal peribadi melainkan untuk berkongsi ilmu... 

Dari situ, MF belajar sedikit demi sedikit ilmu coding, SEO dan bab-bab blog ni secara sendiri... antara blogger yang MF rujuk ialah blogger Mia Liana dan juga blogger Hasrul Hassan... cuba ubah coding.. buat teknik SEO.. semuanya MF belajar sendiri... yakin dengan rezeki Allah kan...

Alhamdulillah.. dari situ, mula join affiliate program... apply innity...dan masih kekal dengan nuffnang... sebenarnya, yang nampak blog ni blog buat duit dari luar, dari review... yang buat MF yakin dengan review produk ni, apabila suka-suka je, MF pernah reveiw pasal produk halal iaitu shokubutsu.. rupanya, pihak shokubutsu baca review simple tu.. dan mula dapat offer dari pihak shokubutsu sebanyak 2 kali.. dari situ mula yakin dengan produk review... 

Tak lama lepas tu, dapat dari Zalora dan beberapa produk lain juga.. walaupun tak banyak tapi ada... selain tu juga, rezeki dengan pemasangan iklan semakin naik... tak pernah terfikir nak jana pendapatan yang banyak dengan nuffnang, tapi Alhamdulillah ada... 

Itulah kisah ringkas, pendapatan yang MF mampu jana dari berblog.. dari berblog sebagai hobi, tapi dapat jana pendapatan sampingan.. Alhamdulillah.. bila suami lihat pendapatan tu, dia semakin galak memberi sokongan... 

Sebenarnya, tiada rahsia nak jana pendapatan dari blog ni.. semuanya kena usaha, usaha, usaha,,, selain tu, doa dan yakin rezeki tu dari Allah.. jangan over excited nak cari rezeki berblog sampai gaya jadi blogger terdesak... 

Dan tak perlu nak tayang muka cari glamer pun blogger boleh cari duit... asalkan blog mantap, blogger  tu juga dapat beri komitmen yang tinggi terhadap penulisan mereka... contohnya Blogger Lekat Lekit dan Diana Rashid... mereka ni, blogger yang tak popular mana bahkan jarang tayang muka pun, tapi blog depa mantap, review yang depa buat meletop... jadi, MF memang rekemen depa kalau sesiapa nak suruh depa ni buat review... MF juga buat review, tapi kalau tak nak buat dengan MF boleh cari dua orang blogger nih ye.. blogger suri rumah yang jana pendapatan dengan blog... satu rahsia depa nih yang MF nampak ialah usaha dan komitmen depa.. 

Jadi, buat blogger lain yang nak jana pendapatan dengan blog, tak perlu gedik sana sini cari job... yang penting mantapkan penulisan, usaha berterusan, pelbagaikan cabang job blog... dan yakin dengan rezeki Allah... itu rahsianya.. Tiada rezeki yang datang bergolek.. ibarat kata.. "Yang pilih tak kan datang melayang, yang bulat tak kan datang bergolek".. eh.. macam terbalik.. boleh la kan.. asalkan betul maksudnya.. hehe... 

Kesimpulan:

Rahsia nak jana pendapatan 4 angka dengan blog?
  1. Usaha, usaha, usaha,
  2. Doa, doa, doa
  3. Yakin, yakin, yakin,


Selain tu, 
  1. Tukar template lebih kepada mesra SEO dan Responsive
  2. Join affiliate 
  3. Banner iklan (nuffnang, innity dll)
  4. Promosikan blog di laman sosial
  5. Yakinkan pembaca dengan statistik blog.. (sebab tu kena tukar template)
  6. Ringankan blog
  7. Rajinkan diri beramah mesra dengan blog lain (blogwalking dan tinggalkan komen)
  8. Jadi blogger yang positif


Insha Allah, tak mustahil untuk jana pendapatan dengan blog, asalkan "MAN JADDA WAJADA"

Drama Setiap Hari: Isteriku Penghisap DARAH!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Drama realiti nih...
Memang setiap hari kena berhati-hati... 

Tagline tu tak boleh blah... Hehe... 
"Ku suka lihat kau sakit dan bersedih"

Drama ni bukan tayang kat tv noh...
Memang realiti jadi kalau tak reti jaga kebersihan dan tak reti nak buang sampah kat tempat yang disediakan... 

Apakah Syukur Itu Sekadar Ucap Alhamdulillah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa itu syukur?

 والشكر : الاعتراف بالنعمة ، والقيام بالخدمة ، فمن كثر ذلك منه سمي شكورا ، ومن ثم قال سبحانه وتعالى : وقليل من عبادي الشكور .

Syukur: Mengakui nikmat yang diterima dan berkhidmat kepada Allah (dengan mentaatinya). Sesiapa yang banyak melakukan hal itu, maka dia dinamakan orang yang banyak bersyukur. Oleh kerana itu, Allah berfirman: Sedikit daripada hamba-hamba Ku yang banyak bersyukur.
[Fathul Bari].



Syukur bukan sekadar ucap alhamdulillah... Syukur itu dizahirkan melalui 3 cara... 

Syukur melalui hati...
Iaitu menyakini segala nikmat yang ada adalah kurniaan Allah... Nikmat dan rezeki seperti sihat...kaya...bahagia...adalah dari Allah... Bukannya kata... Owhh.. Saya sihat sebab sejak amalkan supplemen itu dan ini.. Saya kaya sebab saya join bisnes ini... Saya bahagia kerana saya amalkan Tips yang ustazah itu bagi... Nauzubillah... Segalanya hanyalah usaha dan ikhtiar... Tapi tanpa izin Allah... Segala usaha kita tak kan berhasil... Jadi, sebelum nak puji produk, usaha dan amalan kita lakukan.. Letakkan pujian itu kepada Allah... Bagaimana caranya??? Iaitu sandarkan kepada Allah... Dalam memaji sesuatu nikmat...

Syukur dengan lisan
Iaitu mengucapkan Alhamdulillah...  Pujian syukur kepada Allah... Alhamdulillah... Ramai dari kita mampu buat syukur cara ini... Tapi cukupkah sekadar Alhamdulillah??? Jawapannya tak cukup...sebab ramai yang gagal buat syukur cara yang ketiga.. Iaitu...

Syukur dengan perbuatan
Syukur dengan perbuatan iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah... Dikira tak bersyukur lagi jika dapat rezeki tapi masih tak tutup aurat... Masih tinggalkan solat... Masih buat maksiat dan perkara yang Allah larang... 

Jadi, kalau nak bersyukur.. Jadilah orang yang bersyukur sepenuhnya... Bukan sekadar ucapan dilidah...tapi diyakini di dalam hati dan dizahirkan melalui perbuatan... 

23 September 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : SENDIRI)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : KUSAM DAN BERJERAGAT)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana REVIEW BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI LEBIH MEYAKINKAN DIRI SENDIRI DAN PENGGUNA LAIN UNTUK MENGGUNAKAN PRODUK DARI MY BEAUTY HERBS.
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.