GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Cerekarama TV3: Gerimis Hati Asyikin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam, dapat juga layan drama kat tv... Sambil layan anak-anak main... Sambil teman suami layan customer dan cetak baju... Memang tertunggu-tunggu sebabnya tengok iklan banyak kali. Macam best je... Tu yang teruja nak tengok tuh..

Gerimis Hati Asyikin, drama yang hebat dan mengekalkan konsep islamik. ..sebab tiada langsung aksi berpegang dan bersentuhan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang memegang watak utama... Alhamdulillah...

Telemovie slot Cerekarama TV3 ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim sebagai Zamri dan watak utama Asyikin yang dilakonkan oleh Wawa Zainal...

Sumber: Google Images

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup sepasang suami isteri, Zamri (Ashraf Muslim) dan Asyikin (Wawa Zainal) serta dua anak mereka yang masih kecil. Hidup mereka secara sederhana, Asyikin bekerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka dan Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan berubah apabila Asyikin hamil buat kali ketiga yang mana benar-benar mengganggu emosi dan mentalnya. Dia bimbang kedudukan mereka kala kegawatan ekonomi yang semakin hari tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Asyikin tertekan dengan perjalanan hidupnya. Semasa kandungan Asyikin berusia lapan bulan, Zamri ditimpa musibah ketika bekerja, menyebabkannya mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah sembuh sepenuhnya. Keadaan di rumah pula menjadi tidak terurus. Asyikin yang sarat mengandung terpaksa menguruskan kedua-dua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, Asyikin membuat keputusan bersalin di kampung halamannya memandangkan ibunya mampu membantu menguruskan anak-anaknya pada kala Asyikin boleh menumpukan kepada kelahiran bayinya. 
Pulang saja ke kampung, Asyikin bertemu dengan kawan sekolah lamanya, Manja (Zarina Zainoordin). Alangkah gembiranya Asyikin kerana beban di bahunya semakin berkurangan. Bersama Manja, Asyikin dapat kongsikan kepayahan yang sedang dialaminya. Manja pula bijak menambat hati Asyikin sehingga mereka kini kembali rapat. Kerana kekusutan dalam pengurusan rumah tangga, Asyikin menawarkan kepada Manja agar bayinya dijaga Manja sementara Asyikin mendapatkan penjaga bayinya serta menguruskan segala kesulitannya sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur. Segala keputusan dibuat Asyikin tidak dikongsikan dengan Zamri menyebabkan Zamri kecewa dan hubungan mereka semakin renggang. 
Sayang sekali, apa yang dijanjikan Manja adalah dusta belaka apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tidak dapat dikesan. Rupa-rupanya Manja terbabit dengan sindiket jual bayi dan menipu Asyikin. 
Kebenaran ini diketahui Asyikin apabila dia gagal menghubungi Manja. Malah, pihak berkuasa turut berusaha mengesan Manja serta mengawasi aktiviti haram berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, tanpa diduga Manja dapat dikesan dan pihak berkuasa berjaya menumpaskan Manja. Bayi Asyikin dan Zamri ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Asyikin amat kesal dengan sikapnya yang tidak bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Kesungguhan Asyikin yang mahu mencari keredaan Allah membuatkan Asyikin leka mengikut matlamat sebenar. Bagaimana pun, musibah yang melanda Zamri sekeluarga tidak sedikit pun menjauhkan Zamri daripada Asyikin, sebaliknya Zamri sebagai ketua keluarga menerima ujian itu dengan penuh tanggungajwab. 
Setelah Zamri sihat sepenuhnya, dia akhirnya menerima pampasan yang banyak dan itulah hikmah di sebalik kesulitan yang mereka alami.

Apa yang MF lihat dalam telemovie ni ... Banyak sangat pengajaran dan input serta ilmu yang hendak disampaikan... Antaranya ialah:

Isteri wajib taat kepada suami... Walaupun rendah macam mana pun taraf pekerjaan suami... Isteri wajib taat. Sebagaimana lihat dalam drama ni.. Asyikin mula lupa untuk taat kepada suaminya sewaktu suaminya tidak bekerja. Dia rasa dia yang tanggung keluarga hingga lupa nak taat kepada suaminya. Hal ini, buatkan suaminya tersinggung dengan perbuatan isterinya sendiri.

Musyawarah dalam rumahtangga satu keperluan untuk kekalkan kerukunan rumahtangga. Jika ada masalah apa sekali pun berbincang dan cari jalan penyelesaian bersama. Jangan buat keputusan sendiri.

3. Jangan belakangkan suami dan jangan ketepikan hak suami
Seperti Asyikin yang buat keputusan sendiri dan ketepikan hak suami... Dia serahkan anak kepada orang lain.. tanpa berbincang dengan suami dan emaknya sendiri. Bahkan semasa dia ambil keputusan untuk bersalin di kampung pun atas keputusannya sendiri bukan perbincangan dengan emak dan suaminya.

Isteri jangan ketepikan hak suami.. dan kenapa isteri kena berbincang dalam buat keputusan...sebab kebanyakan isteri buat keputusan mengikut emosi...bukan rasional. Sebab tu kena ada perbincangan bersama dalam buat keputusan.

4. Jangan mudah percaya kepada orang
Manja ambil kesempatan atas masalah asyikin... Asyikin pula sebab banyak berfikir sendiri... Kerana tu dia sanggup korbankan anak dia sendiri... Manja pancing dia dengan duit.. dan mereka cerita kononnya dia tak dapat anak selepas berkahwin... Tanpa usul periksa mudahnya Asyikin percaya.

5. Rendahkan suara ketika berbual
Ini pengajaran juga.. manja sendiri sebut, "lain kali bila bercakap tu pandang-pandang" maknanya... Kawal suara ketika berbual sama ada ketika bercakap di telefon ataupun secara terbuka... Kisah hidup kita, kadangkala jadi kesempatan pada orang untuk buat aniaya.

Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Luqman: 19]

Di atas ujian dan dugaan itu, buatkan hubungan suami isteri ini yang mula renggang kembali kuat... Semuanya atas hikmah sabar dan redha..terutama suami sebagai nakhoda rumahtangga.

Memang Zamri kecewa dengan Asyikin... Tapi akhirnya dia redha dengan dugaan Allah... Dan hikmahnya dapat dilihat diakhir kisah ini.. apabila suaminya dapat pampasan dan anaknya di temui dengan selamat.

7. Jadilah majikan yang prihatin
Boss bukan sekadar Boss... Tapi juga jadilah bos merangkap kawan kepada pekerja... Majikan Asyikin yang begitu perihatin dengannya... Sentiasa ambil tahu dan bertindak cepat dengan masalah yang menimpa pekerja bawahannya.

8. Carilah kawan dikala susah dan senang
Seperti Khairul yang sentiasa menemani Zamri waktu susah dan senang. Walaupun dia belum berkahwin tapi mampu memberi nasihat yang baik kepada Zamri supaya memaafkan kesalahan isterinya dan berbaik dengan isterinya serta redha dengan ujian yang melanda keluarganya.

9. Ibu yang memahami
Ibu Asyikin seorang ibu yang prihatin dan faham tentang kehidupan rumahtangga. Dia marah betul bila Asyikin balik ke kampung dan tinggalkan suami ketika suaminya sakit. Bahkan Asyikin dimarahinya kerana buat keputusan tanpa berbincang dengan suami. Inilah contoh ibu yang patut kita contohi. Faham dengan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri.

10. Ilmu yang berguna - cara berwuduk ketika sakit
Dalam telemovie ni, ditunjukkan cara mengambil wuduk bagi Orang yang patah kaki dan kakinya berbalut. Iaitu dengan cara menyapu air di atas balutan.

11. Solat tonggak utama kerukunan rumah tangga.
Jika dilihat dalam drama ini.. disampaikan juga.. walaupun mereka diuji..solat mereka tak tinggal.. bahkan di ajar anak-anak supaya solat terutamanya solat Subuh. Mereka juga amalkan solat berjemaah.. kerana itu, walau besar ujian melanda... Keluarga masih kuat... Sebab tonggak utama rumahtangga iaitu suami seorang yang jaga solat.

12. Jangan tanya soalan sensitif
Jika dilihat.. mesej yang nak disampaikan juga... Jaga lidah dan jangan tanya soalan sensitif pada seseorang terutama orang yang dah berkahwin... Iaitu anak... Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...

Sebagaimana Manja yang menceritakan dia yang kononnya sering ditinggalkan suami...banyak duit tapi tiada anak buatkan kehidupan dia kosong... Tak rapat dengan kawan sebab sering di tanya dengan soalan yang sama.

Manakala di Asyikin pula hidup sederhana dan adakala susah...tapi punyai suami yang penyayang sentiasa di sisi dan dikurniakan cahayamata.

13. Setiap Anak Ada Rezekinya
Yakinlah setiap Anak Ada Rezekinya yang telah tertulis untuknya. Jangan fikirkan bagaimana rezeki itu akan datang... Tapi yakinlah Allah akan beri rezeki itu tanpa kita sangka pun. Jangan takut miskin kerana anak yang ramai. Asyikin tidak yakin dengan rezeki Allah ini..kerana itulah dia ambil tindakan dan keputusan drastik begitu..dan akhirnya menyesal sendiri dengan perbuatan dia.

Itulah antara pengajaran dan moral yang boleh dipetik daripada telemovie ini... Rasanya, yang semalam tu ulangan sebab pernah ditayangkan dah sebelum ni. Apa pun.. tahniah kepada krew penerbitan telemovie ini... Kerana jalan cerita yang menarik serta up To date... Dan juga kekalkan konsep Islam tu... Takde aksi pegang-pegang walaupun berlakon sebagai suami isteri...

Kisah dan telemovie mengenai isu kemasyarakatan ini patut diperbanyakkan di kaca tv kita..bukannya kisah cinta manusia yang tak berkesudahan...

2Ulasan

  1. aida x dpt tgk.
    jarang tgk cerekarama.
    sebab mr.asben & anak2 da conquer tv :)
    suka citer genre gini.
    compare tu yg lain2 kisah dunia semata...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ