GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perbezaan Cara Berwuduk Mengikut Empat Mazhab!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perbezaan Cara Berwuduk Mengikut Empat Mazhab! | Entry kali ni macam refresh balik apa yang pernah MF belajar kat universiti dulu... Bab fiqh syariah ni antara subjek feveret MF masa sekolah Arab hinggalah ke universiti tapi subjek ni susah juga Hendak skor... apa pun MF suka subjek fiqh sebab berkaitan hukum hakam Islam... seronok bila tahu sesuatu hukum tu..dan pandangan ikut mazhab fiqh yang empat.

Pernah terbaca satu isu adakah wuduk terbatal jika bersentuhan suami isteri... ada juga tengok video penerangan daripada Ustaz Dr. Rozaimi tentang isu ni... Bila tonton video tu... MF tertanya dan teringat pasal ustaz pesan... kalau bab wuduk ni, Hendak kira batal ke tak.. tengok pula cara kita wuduk... kalau kita wuduk ikut mazhab Syafie, maka cara batal wuduk juga ikut mazhab yang sama.

Disebabkan masih ada kekeliruan tu, MF Hendak refresh ilmu yang pernah belajar dulu... iaitu cara berwuduk ikut mazhab yang empat.

Perbezaan Cara Berwuduk Mengikut Empat Mazhab!

Perbandingan Wuduk 4 Mazhab

Hukum wuduk adalah  WAJIB untuk menunaikan solat. Hukum ini mula diwajibkan di Madinah

Firman Allah swt :
"Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu hendak melaksaHendakan solat, maka basuhlah
wajahmu, dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki..." (al-Maa'idah)

Sabda Nabi SAW :
"Allah tidak akan menerima solat seseorang diantara kamu yang telah berhadas hingga dia berwudhu."
(Riwayat asy-Syaikhan)

HUKUM WUDUK

Mazhab Hanafi


Ada 5 bahagian :

1. Fardhu bila ingin melakukan

Solat fardhu atau sunnah, solat sempurna atau tidak seperti solat jenazah dan sujud tilawah.
Pegang Quran, walau hanya sepotong ayat atas kertas, atau wang.
Firman Allah, "Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan." (al-Waaqi'ah: 79)
Sabda Rasulullah saw: "Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci dari hadas."(hadis ini dhaif, tetapi Ibnu Hajar berkata hadis ini diterima (Nailul Authar, Jilid 1, hIm.204)

2. Wajib jika ingin

Tawaf
Mengelilingi Ka'bah. Jumhur selain Hanafi kata fardhu.
Nabi saw bersabda ; "Thawaf di Baitullah itu merupakan solat, hanya saja Allah membolehkan percakapan di dalamnya. Oleh sebab itu, barangsiapa bercakap di dalam tawaf, maka hendaklah dia hanya mengucapkan perkara yang baik." (HR. at-Tirmidzi dari Ibnu Abbas)

3. Sunat wuduk bila ;

Setiap kali Hendak solat. Nabi saw bersabda, "Jika tidak kerana dikhawatirkan aku menyusahkan umat ku, tentu aku menyuruh mereka berwudhu pada setiap hendak melaksaHendakan solat dan setiap wudhu juga hendaklah disertai dengan bersiwak." (HR Ahmad dengan isnad yang SAHIH dari Abu Hurairah)
Sentuh buku agama. Tapi jika dalam buku tu ayat Quran lebih banyak dari tafsirnya, maka haram tanpa wudhu.
Wuduk ketika hendak tidur dan setelah bangun
Sebelum Hendak mandi Junub
Sesudah marah
Untuk baca Quran, mengkaji dan riwayat hadis, baca buku agama
Hendak azan, iqamah
Setelah buat salah seperti mengumpat, bohong, hasad
Setelah ketawa terbahak-bahak
Sesudah memandi dan hantar mayat.

4. Makruh

Ulangi wuduk sebelum melaksaHendakan solat.

5. Haram

Berwuduk dengan air rampasan dan wuduk dengan air milik ank yatim.

MAZHAB MALIKI

Ada bahagian 5

1. Wajib

Untuk solat fardhu, sunnah,
Untuk sujud sajdah
Solat jenazah
Sentuh quran
Tawaf
2. Sunat
Orang junub (hadas besar) ketika ingin tidur.

3. Mustahab

Wuduk yang dilakukan setiap kali Hendak solat bagi perempuan yang istihadah dan orang berpenyakit lemah kawalan pundi kencing.

4. Mubah (Harus)

Berwuduk untuk membersih diri dan sejukkan badan

5. Makruh

Wuduk yang diperbaharui, sedang ia belum melakukan ibadah apa pun dengan wudhu pertama.

MAZHAB SYAFI'I dan HAMBALI


1. Memiliki pendapat sama dengan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.
2. Menurut mazhab Syafie sunat berwuduk setelah :
bekam
hidung berdarah
sewaktu mengantuk
setelah tidur punggung rapat
setelah ketawa terbahak-bahak ketika akan solat
setelah makan sesuatu dalamasak dengan api
makan daging unta
ketika ragu-ragu hadas
ketika ziarah ke kubur
hantar dan ziarah mayat.


RUKUN-RUKUN WUDHU


Rukun Yang Disepakati Oleh Semua Ulama

1. Membasuh muka:

Firman Allah swt :
"...maka basuh lah wajahmu..." (al-Maa'idah : 6)

Membasuh semua bahagian luar muka dengan sekali basuhan saja.
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata,
"Rasulullah saw berwuduk dengan membasuh sekali-sekali."
(Riwayat al-Jamaah kecuali Imam Muslim-Nailul Authar, Jilid I, hlm. 172)

Maksudnya meratakan air pada satu anggota tubuh hingga air tersebut menitis
Sekurang-kurangnya 2 titisan. Membasuh 3 kali, hukumnya sunat.

Muka:
i. Ukuran panjangnya adalah antara tempat tumbuhnya rambut kepala -- dalam keadaan normal -- hingga ke bahagian akhir dagu (bawah dagu).
ii. Dagu = tempat tumbuhnya janggut
iii. Lebar muka adalah bahagian di antara dua aHendak telinga.
iv. Mazhab Hanafi dan Syafi'i - bahagian kosong antara hujung pipi dan telinga termasuk anggota muka
v. Mazhab Maliki dan Hambali - ia termasuk anggota muka.

Mulut dan hidung
Mazhab Hambali pendapat wajib berkumuh dan bersihkan hidung.

Bismillah
Mazhab Hambali mewajibkan bismillah ketika wuduk.

2. Membasuh kedua tangan hingga ke siku dengan sekali basuhan


Firman Allah swt:
"...maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku..." (al-Maa'idah: 6)

Cara Wudhu Rasulullah saw ;
"Bahawa Nabi Muhammad saw berwudhu, kemudian baginda membasuh muka. Maka, sempurnalah wudhunya. Setelah itu, baginda membasuh tangan kanan hingga ke bahagian atas tangan (siku), kemudian Rasul membasuh tangan kiri hingga ke bahagian atas tangan (siku)." (Nailul Authar, Jilid 1, hlm. 152)
Ad-Daruquthni meriwayatkan dari Jabir berkata,
"Jika Nabi Muhammad saw berwudhu, maka baginda mengalirkan air ke atas dua sikunya." (Ibid..)

Wajib basuh celah jari dan bahagian yang tertutup di bawah kuku yang panjang yang menutupi ujung jari.

Mazhab Maliki berpendapat wajib mengisipi celah-celah jari tangan dan kaki.

Cincin
Jumhur, wajib gerakkan cincin yang ketat,
Mazhab Maliki - tak wajib walaupun cincin tu ketat dan air tak tepat masuk tanahnya,

3. Mengusap Kepala

Firman Allah swt: "Dan usaplah kepala kamu." (al-Maa'idah: 6)

Imam Muslim meriwayatkan,
"Sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah mengusap ubun-ubun dan serbannya."

Mengusap = ialah pergerakan tangan yang basah di atas suatu anggota badan.
Kepala = ia bermula dari bahagian atas dahi hingga lubang tengkuk di bahagian belakang.

Mazhab Hanafi - wajib usap seperempat kepala dengan satu usapan.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Anas,
"Saya telah melihat Rasulullah saw berwudhu, iaitu pada waktu baginda memakai serban Qhatriyyah (serban yang dibuat di Qatar).Baginda memasukkan tangan ke bawah serbannya dan mengusap bahagian depan kepala tanpa menanggalkan serban tersebut." (Nailul Authar, Jilid 1, hlm. 157, 167 )

Tindakan Rasulullah itu dianggap sebagai penjelasan kerana ubun-ubun merupakan seperempat kepala saja.

Ulama Maliki dan salah satu riwayat yang rajih (kuat) di kalangan ulama Hambali - wajib usap semua bahagian kepala, tak boleh hanya usap rambut.

Pendapat yang zahir dari ulama mazhab Hambali, kewajiban mengusap seluruh bahagian kepala hanyalah khusus bagi lelaki. Naman wanita, cukup dengan usap bahagian depan kepala saja kerana Aisyah usap depan saja. Juga wajib usap kedua cuping telinga bahagian luar dan dalam kerana kedua anggota itu termasuk kepala.

Hadis di riwayat oleh Ibnu Majah, "Dua telinga adalah sebahagian dari kepala."

Dari Ibnu Abbas, ia berkata,
"Nabi Muhammad saw mengusap kepalanya, kedua telinga sebelah luar dan juga dalamnya." (HR at-Tirmidzi dan dia mengatakan sebagai SAHIH) -Naulul Authar, Jilid 1, hlm. 162.

Usapan hanya sekali. Tak sunnah ulangi usapan. At-Tirmidzi dan Abu Dawud mengatakan pendapat ini jadi pegangan majoriti ahli ilmu. Kerana Rasulullah saw hanya usap kepala satu kali saja. Dalam riwayat itu, mereka juga menyebut bahawa pada wudhu Rasulullah saw (ketika membasuh bahagian) yang lain, baginda basuh sebanyak tiga kali.

Usap Seluruh kepala
Abdullah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah mengusap kepalanya dengan kedua tangannya. iaitu, mengusap ke depan dan ke belakang dengan memulakan pada bahagian depan kepala, kemudian baginda menurunkannya hingga ke bahagian tengkuk. Setelah itu Rasul kembali memulai dari tempat baginda memulai mengusap. (Riwayat al-Jama'ah : hadis Hasan)

Ulama sepakat ini hanya sunnah, seperti diterangkan oleh an-Nawawi.

Ulama mazhab Syafi'i - wajib usap sebahagian kepala saja, meskipun hanya menyentuh sehelai rambut yang ada pada atas kepala, iaitu gigi tidak keluar dari kepala jika ditarik ke bawah. Membasuh kepala hukumnya harus, kerana perbuatan itu sudah memenuhi perbuatan mengusap. letak tangan atas kepala meskipun tanpa menariknya juga harus.

Ulama Hambali - basuh kepala tanpa gerak tangan tidak mencukupi.

Dalil ulama Syafie :
Hadis diriwayatkan oleh asy-Syaikhan. Hadis tersebut menyatakan bahawa Rasulullah saw mengusap ubun-ubunnya dan juga mengusap serban di bahagian atas. Oleh sebab itu, mengusap sebahagian kepala saja adalah mencukupi, kerana apa yang diperintahkan adalah perbuatan mengusap saja, dan ia telah terlaksana dengan usap sebahagiannya.

Usap 3 helai rambut?
Perbuatan itu tidak dapat disebut sebagai mengusap.

4. Membasuh Kedua Kaki Hingga Kedua Mata Kaki.


Firman Allah swt:
"...dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki... " (al-Maa'idah : 6)

Hadis diriwayatkan oleh Amru bin Absah dan diceritakan oleh Imam Ahmad,
"Kemudian Rasulullah mengusap kepalanya seperti yang diperintahkan Allah. Setelah itu baginda membasuh kedua kaki hingga kedua mata kaki seperti yang diperintahkan Allah."

Hadis riwayat oleh Abdullah bin Zaid dan hadis Abu Hurairah:
Dua mata kaki adalah dua tulang yang timbul di kedua belah kaki, iaitu pada sendi kaki.

Diriwayat oleh Abu Hurairah,
"Kemudian baginda membasuh kaki kanannya hingga ke betis, setelah itu membasuh kaki kirinya hingga ke betis." Kemudian dia berkata "Begitulah saya melihat Rasulullah saw berwudhu." (HR. Muslim (Nailul Authar, Jilid 1, hlm 152)

Basuh atau usap ?

Menurut pendapat jumhur, wajib membasuh kedua kaki dengan kedua rata kakinya. Tak cukup hanya mengusap . Rasulullah saw bersabda, "Celakalah bagi tumit-tumit kaki yang akan dalamkan api neraka."

Riwayat Imam Ahmad dan asy- Syaikhan dari Abdullah bin Umar, dia berkata,
"Kami tertinggal di belakang dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah. Kemudian kami dapat mengejarnya dan waktu Asar pun masuk. Lalu kami mengambil wudhu dan mengusap kaki kami. Rasul kemudian berseru dengan kuat, "Celakalah bagi tumit-tumit kaki yang akan dalamakan api neraka." Rasul mengucapkan kalimah ini sebanyak dua atau tiga kali (Nailul Authar. Jilid 1, hlm 167)

Kesimpulan : rukun-rukun wudhu yang telah disepakati semua ulama ada 4 :
1. membasuh muka
2, 3. membasuh kedua tangan, dan kedua kaki dengan sekali basuhan
4. usap kepala dengan satu kali usapan
Membasuh atau mengusap tiga kali, adalah sunat.

Rukun Wudhu Yang Diperselisihkan


Antaranya hukum wajibnya niat, tertib, muwalah (berturut- turut dan gosok anggota wudhu.

Ulama selain Mazhab Hanafi mengatakan → niat adalah fardhu (rukun)
Ulama mazhab Maliki dan Hambali mengatakan → muwalah (berturut-turut) adalah wajib.
Ulama mazhab Syafie dan Hambali mengatakan → tertib adalah wajib dan termasuk rukun wudhu.
Hanya ulama mazhab Maliki mengatakan → gosok anggota wudhu adalah wajib.

Niat


Jumhur fuqaha, selain ulama mazhab Hanafi berpendapat → niat adalah fardhu (rukun) dalam wudhu, supaya sahnya ibadah.
Jadi solat dianggap tidak sah jika wudhunya diniatkan untuk kerjakan perbuatan lain selain ibadah, seperti berwuduk dengan niat ingin makan, minum dan lain-lain.
Mazhab Hanafi mengaanggap niat itu sunnah.

Rasulullah saw bersabda ;
'Sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan kepada niatnya, dan setiap orang berhak mendapatkan apa yang telah diniatkannya." (Muttafaq'alaih)

Tertib

Basuhan satu demi satu secara urutan seperti dalam nash al-Quran.

Ulama Mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan → sunnah mu'akkad, bukan termasuk fardhu. Imam Ali ra berkata, "Saya tidak peduli dengan anggota mana yang telah saya mulakan."
Ulama Mazhab Syafi'i dan Hambali mengatakan → tertib adalah fardhu dalam wudhu dan tidak wajib dalam mandi. Wuduk tidak sah jika tidak tertib. Nabi saw bersabda;
"Mulakan seperti yang telah dalamulakan oleh Allah." (Hadis Riwayatan-Nasa'i-sanad SAHIH)

Tak wajib tertib bagi dua anggota kanan dan kiri→ tangan dan kaki, namun tertib adalah sunnah.

Berturut-turut (Muwalah)

Amalan wuduk hendaklah dilakukan secara berterusan, tidak ada ruang masa sebagai pemisah di antara satu perbuatan dengan yang lainnya.

Ulama mazhab Hanafi dan Syafi'i berpendapat → sunnah bukan wajib
Diriwayatkan, Nabi saw pernah wuduk di dalam sebuah pasar. Baginda membasuh muka dan kedua tangannya, serta mengusap kepala. Setelah itu, baginda dalaminta untuk melaksaHendakan solat jenazah, kemudian baginda datang ke masjid sambil mengusap dua khuf-nya dan melaksaHendakan solat jenazah tersebut. " (Hadis Sahih, riwayat Imam Malik)

Ulama mazhab Maliki dan Hambali mengatakan → muwalah adalah fardhu (rukun) wudhu, namun ia bukan rukun dalam mandi.

Menggosok Secara Perlahan dengan Tangan


Jumhur ulama selain ulama mazhab Maliki mengatakan → menggosok adalah sunnah. Tidak wajib. Ia tidak disebut dalam sifat wuduk nabi
Ulama mazhab Maliki mengatakan → gosok dengan tapak tangan bukan belakang. Hukum nya wajib meskipun air sudah sampai ke kulit.
Hadis bermaksud , "Basahkan lah rambut dan bersihkan kulit." (Nailul Authar, Jilid 1)
ini hadis sahih yang menunjukkan wajibnya menggosok, kerana membersih sesuatu tidak hanya sekadar mengucurkan air keatasnya.

Menurut pendapat Dr Wahbah, gosak adalah sunnah. Ia tidak wajib kerana hadis yang menceritakan basuhan dilakukan oleh Nabi, tidak menunjukkan nabi menggosok.

Sunnah-Sunnah Wuduk


1.Niat

Mazhab Hanafi - ia sunnah.
Jumhur Ulama - ia fardhu
lafaz niat - sunnah

2.Basuh kedua tangan hingga pergelangan tangan sebanyak 3 kali

Nabi saw bersabda;
"Apabila salah satu di antara kamu bangun dari tidur, maka hendaklah ia mencuci tangannya sebelum ia memasukkan ke dalam tempat air. Kerana, tidak ada orang yang tahu dalamaHendakah ia meletakkan tangannya pada waktu tidur."
(HR al-A'immah as-sittah dalam kitab mereka dari Abu Hurairah)

basuh 3 kali- sunnah
pendapat rajih- satu kali basuhan
Mazhab Hambali - basuh 3kali →sunnah bagi orang bangun tidur selain tidur malam.

3. Membaca " bismillah" pada permulaan wudhu - masa basuh dua pergelangan tangan


Bacaan seperti diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Abu Hurairah dengan sanad hasan;
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya atas nikeranaat agama Islam."

Pendapat lain, afdal adalah ;
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
ini berdasarkan hadis;

"Setiap perkara yang penting yang tidak dalamulai dengan membaca bismillah maka ia terputus." (Hadis lemah)

Mazhab Maliki -ia kelebihan wudhu
Mazhab Hambali -wajib bacanya
Sabda Rasul saw;
"Tidaklah sah solat seseorang yang tidak berwuduk, dan tidaklah sah wudhuk seseorang yang tidak menyebut nama Allah." (hadis sahih dari abu Hurairah diriwayatkan oleh Abu Dawud)

- wudhu dan tidak menafikan sahnya wudhu. Alasan mereka kerana ayat wudhu yang menjelaskan perkara-perkara wajib tidak menyebutnya.

4. Berkumuh dan bersihkan hidung

Jumhur Ulama - sunnah muakkad selain Mazhab Hambali.
Para fuqaha bersepakat sunnahnya madhmadhah (berkumur) dan istintsar secara berlebihan/ keras bagi orang Tidak puasa.

Sabda Rasul saw. diriwayat dengan sanadnya disahkan oleh Ibnul Qaththan,
"Apabila kamu berwudhu, hendaklah berlebihan ketika bermadhmadhah (berkumur) dan beristinsyaq (masukkan air dalam hidung) selama kamu tidak berpuasa."

Sebuah hadis yang lain riwayat Laqith bin Sabrah menyebutkan ;
"Sempurnakanlah wudhu, gosoklah celah-celah jari dan lebihkan istinsyaq (masukkan air dalam hidung) kecuali jika kamu berpuasa." (Hadis Sahih )

Sunnah masukkan jari tangan kiri ke bahagian-bahagian tersebut.


Mazhab Hambali - madhmadhah (berkumur) dan istinsyaq (masukkan air dalam hidung) adalah wajib.

Rasulullah tidak pernah tinggalkan keduanya. HR oleh Imam Ali yang menyatakan bahawa, "Jika Rasul berwudhu, baginda berMadhmadhah, baristinsyaq, (masukkan air dalam hidung) dan beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) dengan tangan kirinya. Baginda melakukan hal itu sebanyak tiga kali." setelah itu baginda bersabda, "Inilah cara bersuci Nabi Allah saw.. "(Diriwayat oleh Ahmad dari Ali -Nailul Authar)

Sebahagian dari ulama mazhab Syafi'i dan ulama yang lain mengakui kelemahan dalil pendapat tidak wajib madhmadhah, istintsar dan istinsyaq.

5. Bersiwak

Hukumnya sunnah disepakati ulama kecuali ulama mazhab Maliki yang anggap satu perbuatan baik.

6. Menyela-ngelai janggut, jari tangan, dan jari kaki.

Sunnah menyela janggut
Sunnah menyela jari tangan dan jari kaki -sepakat Fuqaha.

Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi, dan dia anggap sebagai Hadis Sahih bahawa Rasul telah menyela janggutnya. Selain itu, terdapat Hadis lain Diriwayat Abu Dawud yang menyatakan bahawa jika Rasul hendak Wudhu, baginda mengambil seceduk air, lalu mengarahkannya ke bawah dagu dan baginda menyela janggutnya. Setelah itu baginda bersabda, "Beginilah Tuhanku menyuruh aku melakukannya."
( Nail al-Authar Jilid 1, hlm. 148)

Hadis Riwayat Ibnu Abbas menyatakan Rasul saw bersabda,
"Apabila kamu berwudhu, maka seIailah jari kedua tangan dan juga jari kedua kakimu." ( HR Ahmad -Nail al-Authar)

7. Membasuh sebanyak 3 kali.

para fuqaha sepakat - sunnah 3 kali
Ulama madzhab Maliki - perbuatan baik

Amru bin Syu'aib menjelaskan bahawa Rasul membasuh dua telapak tangan, muka dan kedua lengannya sebanyak tiga kali.

(HR Abu Dawud. Pada bahagian akhirnya disebut, "Demikianlah wudhu. Siapa yang menambah atau menguranginya , maka dia telah melakukan kesalahan dan zalim, atau zalim dan melakukan kesalahan." - Nashbur Rayah, Jilid I)

Ia tidak diwajibkan, kerana Rasulullah saw pada satu waktu berwuduk dengan sekali basuh saja. Lalu baginda bersabda, "Inilah amalan yang diterima oleh Allah."

Pada waktu yang lain, Rasul berwudhu dengan membasuh sebanyak dua kali. Setelah itu baginda bersabda, "Allah akan menggandakan pahalanya sebanyak dua kali."

Pada waktu yang lain, Rasulullah berwudhu dengan membasuh sebanyak tiga kali. Setelah itu baginda bersabda, "Inilah wudhuku dan juga wudhu para Nabi sebelumku." (HR ad-Daruquthni dari Abu Hurairah, tapi dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang lemah, ibid..)

Para Ulama dan  majoriti sahabat - tak sunnah ulang usap kepala 3 kali
Hadis riwayat Abdullah tentang wudhu nabi ; "Baginda mengusap kepala dengan satu kali usap saja." (muttafaq'alaih)

Ulama mazhab syafie - sunnah usap tiga kali.
Hadis diriwayatkan dari Anas,"Mengulang sebanyak tiga kali adalah perbuatan yang lebih afdal."

Hadis lain riwayat Sayaqiq bin Salamah menurut catatan Abu Dawud, dia berkata,
"Saya melihat Utsman bin Affan membasuh dua lengannya sebanyak tiga kal, kemudian dia berkata, 'Saya melihat Rasulullah saw melakukan hal yang seperti ini."

Telah diriwayatkan hadis yang sama seperti diatas oleh beberapa sahabat Rasulullah saw seperti Utsman, Ali, Ibnu Umar, Abu Hurairah, Abdullah bin Abi Aufa, ar-Rubayi, dan Ubay bin Ka'ab. Mereka semua meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah berwuduk dengan mengulang (perbuatan wudhunga) sebanyak tiga kali.

Akan tetapi, jumhur ulama menolak pendapat ulama mazhab Syafi'i dengan menyatakan bahawa tidak terdapat penjelasan yang terang dalam hadis yang jadi hujjah mereka.

Dengan ini, maka jelaslah bahawa pendapat jumhur menjadi bukti yang lebih kuat dari sunnah yang sahih.

8. Mengusap seluruh kepala

Ulama Mazhab Syafi'i dan Hanafi - hukum sunnah
Ulama mazhab Hanafi -Sunnah dengan sekali usap saja. Hadis riwayat Amru bin Syu'aib terdapat lafaz, "Kemudian Rasul mengusap kepalanya," tanpa menyebut jumlah Usapan."
Hadis di riwayatkan Abu Habbah yang menjelaskan cara wudhu Ali, "Dan beliau mengusap kepala dengan sekali usap." ( HR at-Tirmidzi. beliau menetapkannya sahih)

Ulama mazhab syafie - sunnah dengan tiga kali usap
HR Abu Dawud dengan sanad hasan bahawa Uthman berwudhuk, lalu dia mengusap kepala sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berkata, "Saya melihat Rasulullah saw berwudhu dengan cara seperti itu."

Ulama mazhab Maliki dan Hambali -usap seluruh kepala adalah wajib

Ulama mazhab Syafi'i dan  Hambali - boleh usap sebahagian kepala saja, dan selebihnya disempurnakan dengan wap serban jika ia sukar untuk buka serban itu.

Nabi saw mengusap uban-uban di atas serban baginda dan juga mengusap ke atas kedua khuf-nya. (HR muslim)

9. Mengusap kedua telinga pada bahagian luar dan bahagian dalam air yang baru.


Jumhur Ulama - hukumnya sunnah kerana nabi saw sewaktu berwudhuk, mengusap kepala & kedua telinga serta baginda mengguHendakan air yang baru untuk kedua perbuatan tersebut.

Ulama mazhab Hambali - wajib asap dua telinga, kerana kedua-duanya termasuk anggota kepala. Hadis menyebut ; "Dua telinga adalah sebagian dari kepala." (HR Ibnu Majah melalui beberapa sanad. Tapi ada perawi yang di perselisihkan)

Pandangan Dr Wahbah az-Zuhaili - pendapat yang rajih adalah yang mengatakan bahawa kedua  sunnah mengusap kedua telinga kerana hadis yang mengatakan kedua telinga termasuk sebahagian dari kepala tidak ada. Dan jika hadis tersebut ada, maka ia adalah sebuah hadis yang lemah sehingga Ibnush Shalah berkata,
"Kelemahannya adalah banyak, sehingga tidak dapat ditutup dengan banyaknya jumlah sanad-nya."

Ulama Mazhab Syafii - sunnah usap telinga 3 kali.

Jumhur Ulama - sunnah satu kali.

10. Memulakan dengan anggota yang sebelah kanan ketika membasuh kedua tangan dan kedua kaki.



Ulama Mazhab Maliki - ia perbuatan yang baik saja.
Dalil sunnahnya adalah hadis riwayat Aisyah,
"Rasulullah saw sangat gemar untuk memulai dengan anggota kanan ketika memakai sepatu, menyisir rambut dan ketika bersuci. Begitu juga dalam semua urusannya." (muttafaq'alaih)


Ulama mazhab Hanafi dan Syafi'i - sunnah mula dengan hujung jari dan bahagian atas kepala.

Ulama mazhab Syafi'i - sunnah mula basuh bahagian atas muka

Ulama mazhab Maliki - Sunnah mula pada bahagian depan tiap anggota.


sumber : Fiqh Islam Wa Adillatuhu (jilid1 hal.297) oleh Prof Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Memang panjang penerangannya, tapi inilah ilmu yang wajib kita ketahui... sebab beramal wajib berpandukan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan.. 

Baca dan hayati dengan teliti... cara kita selama ni sempurna atau tidak... atau sekadar sambil lewa sahaja.

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ