GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

13 TIP MUDAH MENCARI JODOH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jodoh memang ketentuan Allah, namun sebagai hamba-Nya kita kena juga usaha untuk mencari jodoh. Jodoh juga seperti rezeki, tak kan datang bergolek tanpa usaha dan juga doa. 

Jadi, beberapa Tips MF nak kongsikan untuk mencari Jodoh dan peluang mudah untuk mendapat jodoh. 



1. BERDOA
➡Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berulang-ulang kali.

2. LUASKAN PERGAULAN
➡Hadiri majlis ilmu dan keramaian. 

3. GUNAKAN PORTAL UNTUK CARI JODOH 
➡Pilih portal cari jodoh islamik yang bersesuaian. 
➡Antara portal mencari Jodoh ialah: http://www.tilljannah.my/

*** MF juga berikhtiar meluaskan pergaulan dengan harapan berjumpa jodoh yang sesuai melalui internet. Alhamdulillah... 8 tahun yang lalu usaha MF berhasil...berjumpa jodoh melalui internet. Yang penting usaha, doa dan istikharah yang berterusan.

4. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
➡Manfaatkan sepenuh masa bujang untuk berbakti semaksimum mungkin kepada ibu bapa. Mohon mereka doakan jodoh kita juga.

5. MOHON BANTUAN KAWAN
➡Nyatakan hasrat kepada mereka. 

6. KENALPASTI LUBUK SUMBER CALON
➡Tidak ada istilah “calon semuanya telah diambil orang”. 
➡Kenalpasti di mana mereka selalu berkumpul dan atur strategi untuk mendapatkan akses kepadanya.

7. CINTAKAN ILMU
➡Google atau beli buku yang bersesuaian.

8. NIAT YANG BETUL
➡Dirikanlah rumah tangga kerana kita ingin menyempurnakan agama, ingin mendidik dan dididik serta banyak lagi niat baik yang lain. 
➡Jangalah kita mendirikan rumah tangga semata-mata kerana tekanan daripada individu di sekeliling kita. 

9. PERHATIKAN SEKELILING DENGAN TELITI
➡Cuba perhatikan di sekeliling kita dengan teliti, satu persatu dengan deria yang terbuka luas. 
➡Mungkin si dia yang dicari-cari sebenarnya berada amatlah hampir dengan kita. 

10. JANGAN TERLAMPAU CEPAT MEMBUAT KESIMPULAN
➡Cubalah untuk tidak membuat kesimpulan sendiri yang terlampau awal tentang calon yang ada tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. 
➡Orang lain boleh memilih apa yang perkara yang mereka ingin tunjukkan dan apa yang mereka ingin simpan agar tidak diketahui.

11. FLEKSIBEL TENTANG CIRI-CIRI CALON YANG DIINGINI
➡Jangan telampau mengejar kesempurnaan kerana diri kita juga tidak begitu. Utamakan nilai-nilai agama. Bertolak ansur dengan ciri yang lain.
➡Ini bukan bermakna anda perlu menerima calon yang tidak berkualiti.

12. BERANIKAN DIRI
➡Tidak salah anda meluahkan hasrat anda. Gunakanlah saluran yang sesuai seperti mewakilkan ahli keluarga yang terdekat. 
➡Tiada istilah "perigi mencari timba"
➡Jangan menyesal di kemudian hari kerana ada yang lebih pantas daripada anda.

13. AMBIL TINDAKAN
➡Pilih mana-mana tip di atas dan laksanakan segera sekarang juga. Buat satu demi satu. Jangan sesekali berputus asa.
Sumber: Facebook

Jangan menolak jodoh.. Bahkan jangan anggap.. "buat apa berkahwin, sedangkan kalau hidup menderita." atau pun "segalanya dah ada, buat apa nak kahwin." 

Ramai wanita sekarang tak kisah membujang kerana fikirkan harta dunia... Ingat, Islam syariatkan perkahwinan kerana untuk menyambung zuriat dan silaturahim... Menolak jodoh atau keinginan untuk berkahwin, seperti menolak ketentuan Allah yang menciptakan kita fitrah berpasangan. 

Jangan menolak... Tapi kalau dah usaha dah seperti 13 tips di atas, berserah dan bertawakallah kepada ALlah... Allah lebih tahu apa yang terbaik... asalkan jangan menolak jodoh walaupun hati pernah terluka... Peraturan Allah itu yang terbaik... kita usaha, kita doa dan kita bertawakal...tapi jangan terlalu memikirkan soal jodoh...sebaiknya, perbaiki diri dan amalan untuk kejar cinta Ilahi... Kejarlah cinta Ilahi, pasti akan temui cinta sejati.. insha Allah... 

0Ulasan