GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung! | Sekarang tengah musim buah durian... dan yang tengah jadi bualan hangat dalam kalangan ibu mengandung ni ialah, bahaya durian kepada ibu mengandung... 

Bahkan ada yang mengkaitkan durian punca kematian mengejut janin dalam kandungan. 

Betul ke durian berbahaya kepada wanita mengandung??? 

Jom teliti dan baca artikel ni... 

Durian merupakan makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil kerana kandungan yang ada di dalam buah durian itu sendiri. 

Durian tinggi glukosa, kalori, asam arachidonat, alkohol dan kolesterol yang tinggi. 

Segala sesuatu tidak akan dilarang jika tidak ada penyebabnya, alasan durian dilarang adalah kerana ada kandungan di dalam buah durian tersebut yang dilarang masuk ke dalam tubuh ibu hamil. 

Kandungan bahaya alkohol yang ada di dalam buah durian tersebutlah yang tidak boleh masuk ke dalam  tubuh ibu hamil, arachodonat juga berbahaya bagi ibu hamil. 

Kesan kandungan alkohol dalam buah durian sama membahayakannya dengan  minuman alkohol.


11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung!

Berikut ini bahaya durian bagi ibu hamil yang harus diketahui :

1. Bayi Lahir Secara Pramatang

Semua ibu mengandung tak ingin melahirkan bayi pramatang kan? 

Oleh sebab itu, ada baiknya ibu menghadkan pengambilan durian. 

Durian yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir secara pramatang. 

Bayi pramatang tentu saja tidak boleh survive, selain peluang hidupnya sedikit, bayi pramatang akan terkena komplikasi  seperti komplikasi paru-paru, jantung dan lain-lain.

2. Keguguran

Ibu yang sedang hamil pada trimester pertama dan kedua dilarang keras untuk makan durian. 

Hal itu kerana  kandungan alkohol di dalam durian tersebut boleh mengakibatkan rasa panas di dalam perut atau rahim. 

Sudah dijelaskan sebelumnya jika janin yang ada di dalam kandungan tidak boleh bertahan dengan suhu tubuh yang panas.

Suhu tubuh di dalam rahim yang panas akibat memakan durian tidak boleh diterima oleh janin yang ada di dalam kandungan, akibatnya adalah janin tersebut akan mudah gugur. 

3. Kontraksi

Kesan selepas memakan durian menyebabkan ibu hamil mengalami kontraksi pada perutnya. 

Penyebabnya adalah asam arachidonatlah yang merangsang pembentukan prostaglandin. Dimana bahan tersebut mampu mencetus kontraksi pada ibu yang sedang hamil. 

Kontraksi tersebut merupakan salah satu tanda akan melahirkan, jika ibu hamil belum saatnya melahirkan ada baiknya ibu segera buat pemeriksaan doctor.

4. Cacat Janin

Alkohol dalam durian jika diambil secara berlebihan boleh menjadi penyebab janin cacat dalam kandungan. 

Kandungan alkohol yang tinggi pada durian secara perlahan tapi pasti akan merosak organ-organ penting janin, alkohol juga akan menyekat pertumbuhan organ janin. 

Jika organ vital janin tersebuat pertumbuhan dan perkembangannya, janin akan memiliki organ yang tidak berfunsgi dengan maksima. Organ yang tidak maksima tersebut menyebabkan janin menjadi cacat.

5. Mengalami Diabetes

Ibu yang mengambil terlalu banyak durian boleh terkena diabetes. 

Alasannya sangat mudah sekali, hal ini kerana kandungan glukosa yang tinggi di dalam durian tersebut, boleh menyebabkan ibu diabetes. 

Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh diabaikan sebab diabetes boleh mencetuskan komplikasi kehamilan dan komplikasi ketika proses bersalin. 

Jika sudah terkena diabetes, ibu yang akan kawal kehamilan disuruh untuk selalu check kadar gula darah di dalam tubuhnya.

6. Mengalami Hipertensi

Durian boleh menyebabkan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan di dalam durian mengandungi kolesterol tinggi. 

Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

7. Mengalami Kolesterol

Ibu yang sedang hamil tidak boleh mengabaikan penyakit kolesterol sebab, penyakit kolesterol boleh diturunkan ke janinnya. 

Orang yang terkena kolesterol boleh mengakibatkan nyeri badan sehingga tubuh ibu hamil akan terasa tidak selesa. 

Kolesterol sendiri boleh mencetus penyakit komplikasi lainnya misalnya saja jantung bahkan stroke. 

Kolesterol boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah sehingga aliran darah menuju jantung tidak lancar, tidak hanya itu saja kolesterol boleh menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras kerana penyempitan pembuluh darah.

8. Mengalami Preeklamsia

Ibu hamil yang selalu mengalami hipertensi akibat makan durian boleh membuat ibu hamil terkena preeklamsia. 

Tanda terkena preeklamsia dengan pembengkakan muka dan tangan ibu. 

Preeklamsia yang sudah teruk boleh membuat seluruh tubuh ibu hamil mengalami pembengkakan. 

Pre eklamsia yang tidak diatasi dengan segera  boleh menyebabkan janin yang meninggal dalam kandungan dan kematian ibu.

9. Bayi dengan Berat Badan Besar

Kandungan kalori yang tinggi pada buah durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. 

Kandungan glukosa yang tinggi pada durian juga boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan memiliki berat badan besar. 

Jika sampai itu terjadi, kemungkinan untuk melahirkan normal agak tipis. Berat badan bayi yang besar memungkinkan ibu yang sedang hamil untuk melahirkan secara pembedahan caesar.

10. Janin Kekurangan Oksigen

Penyempitan pembuluh darah membuat aliran darah serta aliran oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar begitu pula ke tubuh bayi. 

Hal tersebut boleh menyebabkan janin yang ada di dalam kandungan kekurangan oksigen. Jika janin kekurangan oksigen, janin akan lemas berada di dalam rahim ibu sehingga gerakannya menjadi tidak aktif.

11. Kekurangan Darah

Aliran darah ke janin yang tidak lancar membuat janin kekurangan sel darah merah. 

Sel darah merah tersebut sangat diperlukan bayi. Sel darah merah yang kurang membuat bayi terkena kelainan darah seperti anemia dan lain sebagainya. Jika bayi mengalami anemia, bayi harus mengalami transfusi darah ketika dilahirkan nanti.

Tips Pengambilan Durian Ketika Hamil

Berikut ialah beberapa tips untuk ibu hamil yang mengidam nak makan durian:

Kuantiti yang Sedikit

Makanlah durian dengan kuantiti yang sedikit untuk melepas rasa mengidam, mungkin kan. Cubalah untuk memakan maksima 4 ulas buah durian. Jangan lebih dari itu. 

Jika sebelum menghabiskan 4 ulas ibu sudah merasakan mual dan juga pening jangan diteruskan. Mual dan pening merupakan reaksi penolakan tubuh terhadap buah durian tersebut.

Jangan Terlalu Kerap

Selain mengambil dalam jumlah yang sedikit, yang harus diingat adalah jangan terlalu kerap. 

Meskipun ibu hamil mengambil buah durian dalam jumlah yang sedikit namun setiap hari, hal tersebut akan sama saja. Sebab sedikit demi sedikit lama kelamaan akan menjadi bukit. Kawal pengambilan durian maksima sebanyak dua kali seminggu.

Banyak Minum Air Putih

Selepas makan durian, jangan meminum minuman berwarna seperti teh atau kopi. Di dalam teh atau kopi terdapat kandungan bahaya kafein bagi ibu hamil yang tinggi, merupakan penyebab hipertensi. 

Jika jenis makanan dan minuman penyebab hipertensi bertemu dengan kandungan dalam durian akibatnya tubuh orang tersebut yang tidak akan kuat menerimanya. Kesannya orang tersebut akan merasakan Pening yang amat hebat, pandangan berpinar bahkan boleh pengsan.

Manfaatkan Rongga Kulit Buah Durian

Bagi ibu hamil yang sehabis memakan durian dan ingin meneutralkan bau durian tersebut pada mulutnya, ibu hamil boleh letakkan air putih diantara rongga kulit buah durian kemudian meminumnya.

Selain meneutralkan bau durian, hal tersebut boleh digunakan untuk menghindari rasa pening akibat memakan buah durian tersebut.

Hindari Daging Berlemak Tinggi

Kandungan lemak tinggi pada daging boleh memunculkan kolesterol pada ibu hamil. Penyakit kolesterol tersebut akan mudah didapatkan ibu hamil jika selepas makan durian, ibu hamil memakan daging yang memiliki lemak tinggi. 

Selepas makan durian sebaiknya ibu hamil ambil sayuran tinggi serat, untuk mencegah bahaya obesiti bagi ibu hamil.

Ambil Makanan Olahan Durian

Sebenarnya ibu hamil boleh saja makan durian asalkan dalam kuantiti yang sedikit. 

Kandungan alkohol yang ada di produk olahan buah durian lebih rendah jika dibandingkan dengan buah durian yang segar. Namun ibu harus memperhatikan:
  • Perhatikan kandungan glukosa di dalam produk olahan durian tersebut. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan ibu hamil mengalami diabetes dan berat badan bayi besar.
  • Perhatikan pemanis buatan di dalamnya, jika mengandung fruktosa yang tinggi sebaiknya dihindari. Boleh makan sekali-kali tapi jangan kerap.
  • Perhatikan komposisi bahannya, jika banyak pengawet, pewarna buatan dan bahan yang tidak bagus untuk ibu hamil sebaiknya dihindari.

Sumber: http://hamil.co.id/

Jadi, makan tu berpada-pada... Makanlah tapi yang berlebih... Bukan sahaja kepada wanita hamil, tapi juga wanita atau lelaki yang berpenyakit seperti diabetes. 

Bahaya durian kepada ibu mengandung lagilah...

4Ulasan

  1. Ingatan yang bagus...Sekarang nie musim durian..Am salah sorang peminat tegar durian..tahun lepas makan durian sehingga deman seminggu dan alahan kepada durian..Huhuhu

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. thanks for sharing...walau apapun, segalanya biarlah berpada-pada, tidak berlebihan, supaya tidak memudaratkan

    BalasPadam
  3. bagus info ni untuk semua bakal-bakal ibu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ