GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kek Lapis Masam Manis JDT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, tahun ni giliran beraya di Johor... Lumrah sudah bergilir secara adil dan saksama bila kahwin jauh terutama Utara vs Selatan ni... 

Memang ada sesetengah kawan MF, walaupun utara selatan tetap balik kedua-dua belah kampung... Tapi MF tak mampu nak buat macam tu, sebab memerlukan tenaga dan kos yang tinggi dan Alhamdulillah, family MF memahami... Jadi, tak kisah penggiliran setahun sekali beraya tu... 

Opss.. panjang pula muqaddimahnya... 

Memandangkan, raya di Johor, tapi tetiba en.somi teringin nak makan kek lapis sarawak... huwwaaa... mana nak cari... Yang MF tahu kat Plaza Angsana biasa ada la jual dekat nak raya ni kan... Tapi, mesti mahal kan... Jadi, atas inisiatif tu, dia cadangkan untuk buat kek lapis sarawak... Antara perisa yang jadi pilihan dan kegemaran dia ialah masam manis... 

Gigihlah Pn. Isteri mencari resepi di Google.. dah dapat bahan-bahannya, apa lagi, teruslah kami mencari di kedai dekat rumah kami sambil beli barang keperluan dapur yang semakin surut. 


Idea nak buat kek lapis ni, resepinya ikut yang asal, cuma warnanya kami ubah... Ikut warna tema JDT iaitu, putih, merah dan biru... Sebenarnya, banyak gaya resepi kek lapis sarawak ni... Tapi MF ikut resepi ini yang MF rasa paling mudah nak buat!

Bahan-bahan untuk membuat kek lapis masam manis:

BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong

BAHAN D
Pewarna Hijau, kuning dan merah
2 sudu besar cream cheese
Kepingan Haw Flakes

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Sarawak
  1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
  3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau. Ini warna asal, tapi kami ubah ikut warna tema JDT. Untuk warna putih, MF tambahkan cream cheese untuk berikan kelainan pada rasa kek. 

Cara-Cara melapis:-
  1. Sapukan sedikit marjerin pada permukaan loyang.
  2. Alaskan dengan kertas minyak.
  3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebalnya.
  4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
  5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven. Tapi oven MF ni cepat panas, jadi MF tetapkan suhu 160 dan bakar lapisan pertama selama 10 minit dan lapisan seterusnya selama 5-7 minit sahaja. 
  6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada. Kalau tak, tak perlu pun takpe.
  7. Sapu sedikit butter di atas nya. dan lapiskan dengan Haw Flakes.. terpulang nak susun dan lapiskan macam mana
  8. Ulang step 3-7 diatas untuk Biru, Putih, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Masa untuk siapkan kek ni, dalam 3 jam sahaja... Takde lah susah mana pun, cuma agak leceh nak melapis tu... Tapi bila menjadi, memang sangat puas hati.. Ingat nak buat pula lagi satu kek lapis tapi perisa lain pun... 

Alhamdulillah, dapat juga merasa kek lapis sarawak tapi versi johor kali ni... sesiapa nak merasa, meh jemput datang beraya kat rumah kami... :)

2Ulasan

  1. Wah sedap ni..boleh cuba.
    Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin

    BalasPadam
  2. ada sorang anak buah kat opis di melaka, buat jual tau kek lapis sarawak.
    dia memang anak sarawak.
    kata nyer remeh nak buat, MF.
    kek dia memang sedap alhamdulillah.
    thn ni ajer aida x order sebab terlupa!
    da pindah opis lain kan...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ