GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Kemahiran Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Menulis!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak ajar anak menulis??? Kena tahu juga teknik-teknik serta kemahiran yang diperlukan untuk dia menulis.. Bukan main bagi pen, pencil terus suruh dia tulis...

Jadi, MF nak kongsikan 9 kemahiran penting yang perlu anak-anak kita kuasai untuk menulis dengan baik...


Menulis merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak.

Di Malaysia, seawal usia 4 tahun kanak-kanak sudah mula didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pra-menulis (persediaan menulis) serta aktiviti menulis.

Namun, ramai kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda kesukaran dalam belajar menulis. Antara tanda-tanda anak anda sukar menulis termasuk:
1. Menulis dengan lambat
2. Cepat penat memegang pensel
3. Sering bertukar-tukar tangan
4. Sering mengubah posisi duduk
5. Salin 1 bentuk demi 1 bentuk.

Sering kali kita terlepas pandang yang anak-anak kecil kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menulis. Mereka belum punya kemahiran-kemahiran asas yang penting bagi membantu dan memudahkan mereka belajar menulis.

Terdapat banyak faktor perkembangan yang mempengaruhi keupayaan kanak-kanak itu menulis.

Di sini, kami senaraikan 9 daripada faktor-faktor tersebut:


#1 Ramai kanak-kanak yang sukar duduk diam semasa aktiviti menulis dan sukar memberikan perhatian semasa belajar.

Tapi, tahukah anda?

Mereka sebenarnya masih punya kawalan postur tubuh yang rendah?
Jadi, endurance mereka untuk duduk lama di kerusi dan meja juga rendah.


#2 Sering kali kita abaikan kekuatan otot bahagian atas tubuh anak-anak kita. Ia termasuk otot pada kawasan dada, bahu, lengan dan tangan.

Kekuatan otot-otot ini adalah amat penting bagi memudahkan kanak-kanak mempunyai koordinasi bahagian tangan yang baik. Dan seterusnya memudahkan mereka untuk mengawal pergerakan pensel dan manipulasi dalam tangan mereka.

#3 "Anak saya boleh guna dua-dua tangannya. Saya pun tak pasti lagi dia guna tangan kanan atau seorang kidal".

Tuan puan, kidal tidak menjadi masalah. Tapi, apabila anak-anak belum punya preference untuk gunakan tangan kanan atau tangan kiri pada usia 4 tahun, ianya merupakan indikasi bahawa anak anda mempunyai kecelaruan dalam perkembangan motor halusnya.


#4 Jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah merupakan jari-jari yang memainkan peranan besar dalam kefungsian tangan.

Kebolehan anak-anak untuk mengasingkan dan menggerakkan jari-jemari satu demi satu adalah amat penting dalam memastikan kanak-kanak boleh menguasai pelbagai kemahiran motor halus termasuk menulis.

Jadi, jom main:
"Mana ibu jari? Mana ibu jari? Di sini... Di sini..,
Assalamualaikum... Waalaikumussalam..
Sembunyi.... Sembunyi....
Mana jari telunjuk? Mana jari telunjuk?
Di sini... Di sini...
Assalamualaikum.. Waalaikumussalam...
Sembunyi.. Sembunyi...
(teruskan dengan jari-jari yang lain)"

(Baru tahu, kenapa omputih buat lagu jari tu... rupanya untuk latih kemahiran menulis... )


#5 Pegangan tripod adalah memegang dengan 3 jari utama: ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Manakala, jari manis dan jari kelingking akan mengampu tangan yang sedang menulis.

Pegangan tripod boleh termodifikasi mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak. Tapi, pokoknya: pegang dengan 3 jari utama ini.

Pegangan tripod akan membantu kanak-kanak untuk menulis dengan lebih mudah, smooth, dan cekap.

Anak anda belum mempunyai pegangan tripod?

Takpe...
Berikannya aktiviti-aktiviti motor halus yang menggunakan 3 jari seperti menyepit baju dan memusing skru


#6 Kanak-kanak perlu mempunyai fokus mata yang baik serta koordinasi mata-tangan untuk menguasai kemahiran menulis. 


#7 Perhatikan tanda-tanda ini semasa anak anda menulis atau mewarna:
1. Bahu bergerak-gerak dengan banyak
2. Menghasilkan garisan tulisan atau warna dengan lebih banyak menggerakkan siku berbanding pergelangan tangan.
3. Kepala bergerak dengan terlalu banyak; senget ke kiri, senget ke kanan.
4. Sering bertukar posisi semasa menulis.
5. Bibir terjuih atau air liur meleleh semasa aktiviti mewarna atau menulis.

Anak anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas?

Anak anda perlukan latihan motor kasar, motor halus, latihan integrasi sensori yang lebih banyak bagi membantunya menguasai kemahiran menulis dan kemahirannya untuk fokus dengan lebih baik.



#8 Masih ramai kanak-kanak yang masih menggenggam pensel dengan semua jari dan sepenuh tangan menunjukkan masalah juga dalam lintasan garis tengah tubuh.

Kebolehan melintas garisan tengah tubuh ini adalah satu milestone yang amat penting dalam perkembangan anak-anak yang tidak seharusnya diabaikan.



#9 Ramai kanak-kanak punya masalah jika mahu menggunakan kedua-dua tangannya secara serentak. Kanak-kanak ini sebenarnya masih belum bersedia untuk belajar kemahiran motor halus yang rumit seperti menulis.

Perbanyakkan latihan berbentuk koordinasi bilateral bagi membantu kanak-kanak ini.

Sumber: Page Annahlu Therakids, Melaka

Bila baca pasal ni, terasa jahil lagi diri ini sebagai ibu... Rupanya skill dan kemahiran tu penting untuk menguasai ilmu baru.. Dan bila terfikir, patut la MF dulu mak bapa tak larat tau panjat pokok dan main... dan sebab tu juga bila kita lihat permainan kanak-kanak dulu banyak bina skill dan kemahiran penting untuk tubuh badan. 

Zaman sekarang, banyak guna phone, tablet..untuk bantu pembelajaran anak.. mungkin dapat tapi tak membangun skill yang lain... Jadi, lepas ni rajin-rajin bawa anak pergi taman permainan... setiap alatan di taman permainan tu memang untuk bina perkembangan dan kemahiran ini... ataupun ajar anak main teng teng, congkak, main getah dan permaianan zaman dulu kala...yang lebih baik dari bermain dan mengadap gadjet. 

0Ulasan