03 Julai 2016

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ketupat palas, mesti orang fikir ketupat yang tak tahan lama kan... sebab utama diperbuat daripada pulut dan campuran santan, keduanya proses memasaknya ialah dengan merebus... Jadi, orang fikir ketupat ni tak tahan lama... 

Tapi, jangan tak tahu, ketupat palas resepi Mak MF boleh tahan 5-7 hari... Haaa.. apa rahsianya??? 

Ini lah yang MF nak kongsikan... 

Sumber: google images

Cara untuk elakkan ketupat palas cepat basi:

1. Basuh beras pulut bersih sebersihnya... Basuh dengan air paip yang mengalir hingga air beras tu warna jernih... Tiada lagi warna keladak atau warna putih.

2. Perah santan kepala dengan air suam... lepas perah, terus guna dan jangan simpan... Guna santan segar lebih baik dari santan segera. Tapi MF pernah buat guna santan kotak jenama M&S, alhamdulillah, tahan juga ketupatnya dalam 2 hari gitu. 

3. Ikat atau simpulkan kepala ketupat palas sekuat yang mungkin untuk elakkan air masuk semasa merebus. 

4. Rebus hingga air betul-betul kering... sebab tu masa merebus dalam periuk, lapik periuk dengan daun-daun palas yang tak digunakan, untuk elakkan ketupat hangus...

5. Selepas rebus, terus angkat dan toskan hingga kering... Biarkan terdedah dengan udara dan kering sendiri... Tak perlu nak masukkan dalam microvawe pula. 

Inilah 5 petua/cara mudah untuk elakkan ketupat palas cepat basi... MF boleh kongsikan bab ketupat palas je la.. ketupat nasi MF tak expert sangat... tapi rasanya, sama je caranya, rebus lama dan toskan selepas direbus.

Ketupat palas boleh dipanaskan jika nak makan panas, iaitu panaskan dengan cara mengukus dalam periuk pengukus... Insha Allah, boleh tahan lama juga. 

3 ulasan:

  1. baru nak mulaaa buat ketupat hehe.. first time.. doakan semoga berjaya membelit =P

    BalasPadam
  2. kampung aida tak buat ketupat ni tau.
    tapi aida suka sgt!
    so nanti bila jiran buat open house ke atau dia balik dari tganu, aida minta la 3-4 ketul :)
    sgt sedap!!!

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^