31 Julai 2016

Terjebak Lagi Dengan Go Shop | Set Strom Color Diamond Pan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Go Shop... Siapa la yang tak kenal kan... Bagi yang ada Astro dan biasa shopping online sangat mengetahui kan... 

MF pernah ada pengalaman beli barang di Go Shop... dan pengalaman pertama tu, buatkan MF rasa insaf nak membeli di Go Shop... Tapi rupanya hanya insaf sekejap... Dapat bertahan tak tengok Go Shop sebulan dua je... Lepas tu tengok balik... 

Dah tengok, boleh pula terjebak... Yang membuatkan diri ini lebih terjebak bila mendapat pengaruh kuat dari en.somi... dia pula yang beriya-iya kan... kita ni mengikut saja... Itulah akibatnya, jika suami pun kaki shopping online... hehe... 

Dalam banyak-banyak barang, barangan dan peralatan rumah dan dapur la yang menarik minat kami... sebab jarang ada jual di kedai biasa kan... 

Memula tertarik dengan Smart Proseccor, tapi sebab harganya masih belum mampu milik.. Jadi, biarkan sahaja jadi angan-angan... 

Lepas tu tengok pula demo dapur gas... berkira-kira dan hampir membeli juga... Tapi fikir punya fikir tak jadi beli... 

Tapi, akhirnya terjebak juga selepas tengok demo tentang Strom Color Diamond Pan. Pan anti lekat dan anti calar dari Korea... 3 Pan ni dengan harga RM149 rasa macam murah pula... itulah kan... Nafsu kot kan... kebetulan pula gaji kan... 


Bila lihat demo memasak tu buatkan kami laki bini ni tertarik nak membeli... 

Kelebihannya iaitu anti karat, anti calar, anti lekat...Tengok demo memasak sayur, goreng telur tanpa minyak. Paling best boleh guna senduk besi dan tak calar... tu yang best tu... sebab kebanyakan pan kena guna senduk plastik atau kayu kan...

Memikirkan kesihatan dan nak kurangkan penggunaan minyak, tu yang tak fikir panjang nak beli... Ye la, sebelum ni nak masak sayur campur pun kena guna minyak sikit. Tapi bila ada Pan ni tak perlu letak minyak... jimat dan lebih sihat. boleh kurangkan penggunaan minyak dah lepas ni... 

Pengalaman sepatutnya buatkan serik... Tapi tidakk... Tapi ianya mengajar erti tawakal dengan rezeki Allah... Kes belian di Go Shop yang lalu,iaitu order lambat sampai dan kualiti kurang... Masa tu MF pilih kaedah pembayaran Online... 

Disebabkan pengalaman tu, MF pilih pembayaran tunai atau "Cash on Delivery (COD)". Jadi, tawakal je la bila nak sampainya dan tak mengharap. 

Nak dijadikan rezeki, kaedah COD ni lagi cepat sampai... dalam 2 hari sahaja sampai menggunakan perkhidmatan GDex. Alhamdulillah... Itulah hikmah tawakal agaknya kan... 

Sesampai je... teruja nak cuba... tapi ada urusan keluarga, terpaksa batalkan hasrat tu.. Selesai je urusan, terus buat uji kaji... Pertama sekali MF goreng telur.. tanpa minyak... dan guna sudip besi... Dan ternyata tak tipu la... Memang betul tak melekat dan tak calar. Kali kedua, suami pula buat uji kaji... dia panaskan sambal ikan... tanpa masukkan minyak... terus je panaskan gitu... tak melekat pun walaupun kering... Ternyata produk kali ni puas hati... Moga bersemangat nak memasak yang sihat-sihat lepas ni... Insha Allah... 


Impian seterusnya, nak beli Smart Prosessor pula... hehe... Ntah bila nak tercapai agaknya ya... hehe... 

CPUV Julai 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan ni tak meriah tapi ada la juga CPUV bulan ni...
Alhamdulillah..

Terima kasih nuffnang...
Terimakasih blogger... 

Dan Setelah mencapai target, akhirnya 27 Julai 2016, selamat dah tekan butang "cash out"...
Tunggu cek sampai depan rumah la ye... harap selamat sampai...

Duit terkumpul tu, semestinya untuk tabungan anak-anak... dan bajet lebih pun akan diberikan kepada anak dan suami... insha Allah...

Rezeki mereka kan... 
Sebab apa MF buat begitu... sebab sebagai tebus dan ganjaran atas pengorbanan mereka mengizinkan masa mereka digunakan (kadang-kadang la), jadi rezeki dari berblog sepenuhnya untuk insan-insan yang sentiasa menyokong MF berblog. MF tak pernah guna lagi duit nuff ni untuk diri sendiri.. Tapi rezeki yang lain memang guna la untuk diri sendiri.. 

Entry Hari Ni Bukan Untuk Hari Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kadang rasa down nak upadate entry, tapi bila lihat PV setiap hari, rasa teruja juga.. sebab entry lama sentiasa membantu meningkatkan dan mengekalkan PV setiap hari...

Inilah pentingnya Responsive Template untuk blog. 
Selain mudah masuk dalam Google Search... ianya responsive untuk enjin carian yang lain. 

INilah yang membantu, sesuatu blog bertahan...

Tulis yang bermanfaat, insha Allah ada orang yang akan baca... Post di atas adalah statistik harian... Alhamdulillah... 

Entry hari ni, bukan untuk hari ni... 
ianya berguna untuk masa akan datang... 

Dulu Benci, Kini Sayang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan ada benci...
Kerana boleh jadi apa yang kita tak suka akan jadi sesuatu yang kita sayang nanti...

Ayat ni selalu juga disebut oleh ustaz MF... 
Jangan nak benci sangat kat seseorang tu...
Silap-silap itulah jodoh kita nanti. 

Bukan bab jodoh sahaja...
Boleh jadi bab rezeki pun...
Jangan benci sangat...
Boleh jadi itulah rezeki yang terbaik untuk kita. 

30 Julai 2016

Kenapa Kenapa Kenapa | Tak Larat Nak Jawab!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Melayan anak banyak tanya..
Tapi itulah faktanya..

Penat weyhhh...
Tapi ye kan juga...
Selagi tak puas hati...
Selagi tu dia tanya...

Tengok cerita ke... Tengok kartun...  Mulut dia akan tanya kenapa... Kenapa.... Kenapa..
Menjawab juga dengan sabar...


Dari umur umur 3 tahun sifat bertanya tu memang ada. 
Biasalah generasi Y kan... 
They always asking "WHY"

Nak buat macam mana...
Sabar je la jawab selagi boleh... 

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hujung minggu... bila masuk ke dapur.. meriah dapur... tambah kalau laki bini pula yang sama-sama kaki masak kan...

Ini projek laki bini, semalam...
Belek-belek dalam almari dapur, ada pula agar-agar... sekali suami suruh masak buat agar-agar...
Dah rebus agar-agar, teringat pula si dia, rancangan Chef Ramadhan dia selalu tonton setiap pagi kat rumah... biasalah.. Mr. Mama kan... sambil bekerja, jaga anak dan tengok tv.... macam suri rumah juga la gayanya... cuma ni suri rumah lelaki... hehe...

Dah teringat resepi puding lapis-lapis tu... MF tahu la itu trifle orang moden panggil... Memang dah lama nak buat.. siap simpan resepi.. tapi tak menjadi lagi... Tapi bila suami isteri bekerjasama.. segalanya jadi mudah...

Dengan semangat membara, dia pergi kedai, belikan bahan yang tak cukup...
Sementara, MF buat kat rumah dengan bahan-bahan sedia ada.



Mudah je nak buat triffle ni sebenarnya... 

Bahan-bahannya ialah:

Bahan A:
1 kek span gulung (MF guna perisa pandan)
1 tin coktail buah (asingkan airnya dan buahnya)

Bahan B:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
air (sukat guna tin susu cair)

Bahan C:
Agar-agar atau serbuk jeli
Air
Gula
Sirap

Cara-caranya:
  1. Potong kek span gulung setebal 1cm atau lebih...terpulang nak lapisan bawah tu tebal atau nipis kan... Kemudian, susun di dalam bekas rata dan tutup semua lapisan bawah...
  2. Renjis air sirap dari coktail buah atas kek span tadi... tujuannya untuk jadikan lebih lembap (moist)
  3. Satukan bahan B dan masak di atas api sambil kacau takut hangus. Masak hingga pekat dan mendidih... atau dah nampak meletup-letup gitu.
  4. Kemudian tuangkan bahan B yang dah masak di atas lapisan kek span tadi. 
  5. Tabur buah coktail rata... dan biarkan sejuk...
  6. Masak Bahan C, sehingga mendidih. Jika guna serbuk jeli, ikut sahaja arahan pada kotak/label. 
  7. Tuangkan bahan C yang masak tadi di atas lapisan yang telah sejuk tadi... 
  8. Sejukkan dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap... 
Nampak macam susah, tapi senang sangat nak buatnya. Trifle ni banyak versi juga... Kalau guna buah segar mungkin lagi sedap... Cara nak susun lapisan tu pun bergantung kepada kreativiti masing-masing... Tapi trifle ni antara desert atau pencuci mulut yang sedap dinikmati waktu petang... Triffle yang kami buat ni menarik dari warnanya.... gabungan tiga warna, hijau, kuning dan merah... 




p/s: Bila perancangan dapat sokongan suami/isteri, itu akan menjadi... kalau sorang-sorang je dok plan memang tak jalan lah jawabnya. 

Syaitan Moden!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Diakui...
Kadang terjebak juga dengan hasutan syaitan ni...
Kena kuatkan lagi iman dengan amal...

Astaghfirullah... 
Astaghfirullah... 
Astaghfirullah... 


Cuma terkawal bagi MF...
Bukan obses...
Takdelah time nak makan ambil gambar dulu...
Nak tidur update status dulu...
Nak solat...post tazkirah dulu...
Dengan famili bergambar dulu... 

Alhamdulillah... 
Terkawal lagi... Cuma nak kawal lebih lagi... Supaya tak obses sangat....

29 Julai 2016

Pos Laju Drive Thru di Bandar Baru Bangi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perkhidmatan terbaru yang disediakan untuk penduduk sekitar Bandar Baru Bangi...
Pos Laju Drive Thru yang diberi nama, Pos Laju EziDrive-Thru.

Perkhidmatan ni setakat ni ada kat Bandar Baru Bangi je...



Makin mudah la ye warga Bandar Baru Bangi... Memang sesuai juga perkhidmatan ni sebab kawasan tu banyak orang buat perniagaan online...butik dan sebagainya... Kalau beli apa-apa mesti banyak dari sana... 

Moga perkhidmatan seperti ini diperluaskan ke seluruh negara... Lebih memudahkan orang ramai nak pos laju... Bukan shopping online... kadang dokumen penting pun orang guna pos laju juga sekarang. 

Cara Melakukan Solat Secara Duduk Dengan Betul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara perlaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Hadis Rasulullah s.a.w:

صل قا ئما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga, maka lakukan secara mengiring. (H.R al-Bukhari : 1066)

Berdiri dalam solat fardhu merupakan rukun solat. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak boleh berdiri dibolehkan solat dalam keadaan duduk. Duduk bersila adalah lebih utama. Walau bagaimanapun boleh sahaja solat duduk dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA, dia berkata:

رايت النبي صلى الله عليه وسلم يصلي متربعا

Maksudnya: Saya pernah melihat Nabi s.a.w solat dengan duduk bersila.

(Hadis riwayat imam al-Nasa’i dalam Sunannya, kitab Qiyam al-Lail wa Thathauwu’ al-Nahaar, bab كيف صلاة القاعد no:1661).

Kebelakangan ini muncul persoalan berkenaan solat secara duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur. Hal ini amat perlu ditangani dengan baik untuk memelihara kesempurnaan ibadah yang menjadi tiang agama.

A. Kedudukan kerusi adalah seperti berikut:


Kedudukan bagi ma’mum yang menggunakan kerusi hendaklah di bahagian paling kiri atau kanan saf solat.

Jika keuzurannya adalah untuk duduk di atas lantai, atau ruku’ atau sujud namun masih mampu berdiri, maka hendaklah berdiri selari dengan orang bersebelahannya dalam saf solat. 

Jika keuzurannya adalah untuk berdiri dan terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk, maka kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan kaki orang yang berdiri.

Kelurusan saf bagi orang yang terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk dikira ketika jemaah lain dalam keadaan duduk.

B. Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh orang yang mengerjakan solat dalam keadaan menggunakan rukhsah seperti berikut:

Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.

Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.

Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.

Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.

Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.

Hendaklah membezakan secara konsisten keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah daripada isyarat tunduk untuk ruku’.

Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.

Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.

Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada. 

Tidak digalakkan menjadi imam kepada ma’mum yang solat dalam keadaan sempurna tanpa duduk di atas kerusi atau lantai. Walau bagaimanapun, tiada halangan menjadi imam sekiranya semua makmum daripada kalangan mereka yang uzur atau solat dalam keadaan duduk. Begitu juga sekiranya imam berkenaan merupakan imam bertugas dan keuzurannya adalah sementara dan boleh sembuh. Manakala makmum pula tetap wajib berdiri sekiranya mampu.

Jika keuzurannya sementara dan boleh hilang, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri apabila hilang keuzuran tersebut. Sebagai contoh sekiranya sedang solat dalam keadaan duduk, tiba-tiba rasa sakit atau uzur yang menghalangnya berdiri hilang, maka ketika itu wajib ke atasnya berdiri dan begitulah sebaliknya.



Solat ketika sakit ini juga boleh jadi panduan buat ibu-ibu hamil... Bila kandungan dah masuk 7 atau 8 bulan, memang sukar nak bangun, duduk dengan sempurna... Jadi boleh gunakan panduan ni untuk solat. Islam tu mudah dan tak memberati umatnya. 

Solatlah dalam keadaan apa yang kita mampu... Jangan sampai tinggalkan solat. 

9 Kemahiran Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Menulis!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak ajar anak menulis??? Kena tahu juga teknik-teknik serta kemahiran yang diperlukan untuk dia menulis.. Bukan main bagi pen, pencil terus suruh dia tulis...

Jadi, MF nak kongsikan 9 kemahiran penting yang perlu anak-anak kita kuasai untuk menulis dengan baik...


Menulis merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak.

Di Malaysia, seawal usia 4 tahun kanak-kanak sudah mula didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pra-menulis (persediaan menulis) serta aktiviti menulis.

Namun, ramai kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda kesukaran dalam belajar menulis. Antara tanda-tanda anak anda sukar menulis termasuk:
1. Menulis dengan lambat
2. Cepat penat memegang pensel
3. Sering bertukar-tukar tangan
4. Sering mengubah posisi duduk
5. Salin 1 bentuk demi 1 bentuk.

Sering kali kita terlepas pandang yang anak-anak kecil kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menulis. Mereka belum punya kemahiran-kemahiran asas yang penting bagi membantu dan memudahkan mereka belajar menulis.

Terdapat banyak faktor perkembangan yang mempengaruhi keupayaan kanak-kanak itu menulis.

Di sini, kami senaraikan 9 daripada faktor-faktor tersebut:


#1 Ramai kanak-kanak yang sukar duduk diam semasa aktiviti menulis dan sukar memberikan perhatian semasa belajar.

Tapi, tahukah anda?

Mereka sebenarnya masih punya kawalan postur tubuh yang rendah?
Jadi, endurance mereka untuk duduk lama di kerusi dan meja juga rendah.


#2 Sering kali kita abaikan kekuatan otot bahagian atas tubuh anak-anak kita. Ia termasuk otot pada kawasan dada, bahu, lengan dan tangan.

Kekuatan otot-otot ini adalah amat penting bagi memudahkan kanak-kanak mempunyai koordinasi bahagian tangan yang baik. Dan seterusnya memudahkan mereka untuk mengawal pergerakan pensel dan manipulasi dalam tangan mereka.

#3 "Anak saya boleh guna dua-dua tangannya. Saya pun tak pasti lagi dia guna tangan kanan atau seorang kidal".

Tuan puan, kidal tidak menjadi masalah. Tapi, apabila anak-anak belum punya preference untuk gunakan tangan kanan atau tangan kiri pada usia 4 tahun, ianya merupakan indikasi bahawa anak anda mempunyai kecelaruan dalam perkembangan motor halusnya.


#4 Jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah merupakan jari-jari yang memainkan peranan besar dalam kefungsian tangan.

Kebolehan anak-anak untuk mengasingkan dan menggerakkan jari-jemari satu demi satu adalah amat penting dalam memastikan kanak-kanak boleh menguasai pelbagai kemahiran motor halus termasuk menulis.

Jadi, jom main:
"Mana ibu jari? Mana ibu jari? Di sini... Di sini..,
Assalamualaikum... Waalaikumussalam..
Sembunyi.... Sembunyi....
Mana jari telunjuk? Mana jari telunjuk?
Di sini... Di sini...
Assalamualaikum.. Waalaikumussalam...
Sembunyi.. Sembunyi...
(teruskan dengan jari-jari yang lain)"

(Baru tahu, kenapa omputih buat lagu jari tu... rupanya untuk latih kemahiran menulis... )


#5 Pegangan tripod adalah memegang dengan 3 jari utama: ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Manakala, jari manis dan jari kelingking akan mengampu tangan yang sedang menulis.

Pegangan tripod boleh termodifikasi mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak. Tapi, pokoknya: pegang dengan 3 jari utama ini.

Pegangan tripod akan membantu kanak-kanak untuk menulis dengan lebih mudah, smooth, dan cekap.

Anak anda belum mempunyai pegangan tripod?

Takpe...
Berikannya aktiviti-aktiviti motor halus yang menggunakan 3 jari seperti menyepit baju dan memusing skru


#6 Kanak-kanak perlu mempunyai fokus mata yang baik serta koordinasi mata-tangan untuk menguasai kemahiran menulis. 


#7 Perhatikan tanda-tanda ini semasa anak anda menulis atau mewarna:
1. Bahu bergerak-gerak dengan banyak
2. Menghasilkan garisan tulisan atau warna dengan lebih banyak menggerakkan siku berbanding pergelangan tangan.
3. Kepala bergerak dengan terlalu banyak; senget ke kiri, senget ke kanan.
4. Sering bertukar posisi semasa menulis.
5. Bibir terjuih atau air liur meleleh semasa aktiviti mewarna atau menulis.

Anak anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas?

Anak anda perlukan latihan motor kasar, motor halus, latihan integrasi sensori yang lebih banyak bagi membantunya menguasai kemahiran menulis dan kemahirannya untuk fokus dengan lebih baik.



#8 Masih ramai kanak-kanak yang masih menggenggam pensel dengan semua jari dan sepenuh tangan menunjukkan masalah juga dalam lintasan garis tengah tubuh.

Kebolehan melintas garisan tengah tubuh ini adalah satu milestone yang amat penting dalam perkembangan anak-anak yang tidak seharusnya diabaikan.



#9 Ramai kanak-kanak punya masalah jika mahu menggunakan kedua-dua tangannya secara serentak. Kanak-kanak ini sebenarnya masih belum bersedia untuk belajar kemahiran motor halus yang rumit seperti menulis.

Perbanyakkan latihan berbentuk koordinasi bilateral bagi membantu kanak-kanak ini.

Sumber: Page Annahlu Therakids, Melaka

Bila baca pasal ni, terasa jahil lagi diri ini sebagai ibu... Rupanya skill dan kemahiran tu penting untuk menguasai ilmu baru.. Dan bila terfikir, patut la MF dulu mak bapa tak larat tau panjat pokok dan main... dan sebab tu juga bila kita lihat permainan kanak-kanak dulu banyak bina skill dan kemahiran penting untuk tubuh badan. 

Zaman sekarang, banyak guna phone, tablet..untuk bantu pembelajaran anak.. mungkin dapat tapi tak membangun skill yang lain... Jadi, lepas ni rajin-rajin bawa anak pergi taman permainan... setiap alatan di taman permainan tu memang untuk bina perkembangan dan kemahiran ini... ataupun ajar anak main teng teng, congkak, main getah dan permaianan zaman dulu kala...yang lebih baik dari bermain dan mengadap gadjet. 

TODAY TO DO LIST!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




TODAY TO DO LIST:

- BREATHE
- DREAM
- SMILE
- LAUGH
- SING
- PLAY
- LOVE

 MAY TODAY BETTER THAN YESTERDAY

28 Julai 2016

Ini Sebab Kenapa MILO Tak Bagus Untuk Kanak-Kanak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MILO... Minuman yang memang legend..masih kekal hingga ke hari ni..  MF pun dibesarkan dengan minuman ni dulu... Suka minum Milo... Tapi akhirnya dah tak minum... Sebab bila minum jadi berangin dan kembung... Rasanya pun dah tak macam dulu... Tambahan pula... MF dah masuk fasa boikot produk Nestle... Selepas sedar bahawa syarikat ni antara penyumbang kepada dana Zionis menyerang umat Islam di Timur Tengah. 

Dan sebenarnya... Langkah MF tu ada kebaikan untuk anak-anak juga... Dan Milo tak bagus untuk anak-anak sebab satu kandungan atau ingredient yang terkandung dalam Milo tu sendiri... 


Anak kahak bila minum Milo?
Anak sembelit bila minum Milo?
Anak tantrum bila minum Milo?

Please check the ingredients. 

Ada maltodextrin.

Maltodextrin bukan sahaja tidak bagus kepada anak, ia tidak bagus untuk semua peringkat usia. Ia diperbuat daripada sirap jagung. Jagung pula sumbernya GMO.

Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.

Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah sebahagian besar produk Kellog's, sebahagian besar produk Heinz, sebahagian produk Kraft, sebahagian produk cokelat Hershey's, ais krim, Pepsi, Coca-Cola, Sprite, A&W, produk minuman Capri-Sun, emping jagung, minuman berkarbonat, minuman jus, campuran coklat, produk susu formula, jem, sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram, minuman kopi segera, roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin, ubat batuk, ubat batuk Vicks, yogurt, sup Campbells ...dan banyak lagi.

Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Sebagai contoh, setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.

Berhati-hati ketika membeli produk makanan.Sila teliti isi kandungan produk.Kebanyakan produk penambah selera makan mengandungi maltodextrin.

Info tambahan,malt extract atau ekstrak malt adalah berbeza dengan maltodextrin.

Ia adalah campuran karbohidrat, terdiri daripada dekstrin, maltosa dan diastase, diperolehi daripada penguraian kanji dalam barli.


Jadi... Jom ubah walaupun susah... Selain anak-anak sihat... Kita dapat bantu kurangkan dana Zionis juga... Boleh beralih ke produk yang lain...banyak dah produk coklat dan tenusu tempatan yang lebih sihat... Harganya pun lebih murah... 

Rawatan Semula jadi Sakit Gigi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Facebook

Sakit gigi buatkan satu badan sakit...
Satu lagi petua untuk gigi berlubang...

Boleh letak celak serbuk kat tempat gigi yang sakit akibat berlubang tu... Letak sebelum tidur.. InshaAllah...

Ibu Bekerjaya Pasti Alami Dilema Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memang dilema sungguh... 
Bab anak sakit... 

Alhamdulillah... Walaupun tahun suami MF jadi Mr. MAMA dan dia jaga anak sepenuhnya... Tapi MF tetap risau.. 

Sebab bila sakit... Anak-anak sakit demam tetap cari maknye kan...walaupun rapat dengan bapanya... 

Apa pun... Itulah ujian kehidupan... 
Sesekali Allah 'sentuh' anak kita untuk uji dan hapus dosa kecil kita...

27 Julai 2016

WW | DIDIK ANAK DENGAN SOLAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SOLAT TIANG AGAMA...
KUKUHKAN ANAK DENGAN AMALAN SOLAT...
INSHA ALLAH... YANG LAIN PASTI AKAN TERJAGA...

TAPI NAK DIDIK ANAK SOLAT!
IBU BAPA KENA JADI CONTOH DAN IKUTAN UTAMA ANAK...
INSHA ALLAH... SEGALANYA AKAN MUDAH...

KITA JAGA HAK ALLAH, ALLAH AKAN PELIHARA HAK YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA!!!

WW | Jangan Kedekut Dengan Diri Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sesekali reward lah diri sendiri...
Hehe...
Atas sebab tu juga...
Tershopping online lagi bulan ni... Hehe... 

WW | TANDA-TANDA HYPOGLYCEMIA DAN HYPERGLYCEMIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

tu 


WW | UNTUK APA SAHABAT YANG RAMAI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Untuk apa punyai kawan dan sahabat yang ramai,
Jika tiada seorang pun tak mampu ingatkan kita kepada Allah...

Untuk apa punyai kawan dan sahabat yang ramai,
Jika tiada seorang pun membawa kita ke syurga...



p/s: Motivasi diri untuk follower yang semakin surut...dan ziarah blogwalking tak macam dulu... rindu zaman kegemilangan bersahabat blog dulu-dulu... huhu...

26 Julai 2016

Bila Nak Tambah Anak Lagi???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Artikel yang MF jumpa di Facebook... Bagi yang sedang dilema nak tambah anak lagi... dan soalan ini juga dilema bagi orang yang anaknya dah besar... mEsti orang mula tanya " Bila nak tambah anak lagi?".. ehh... orang pula yang sibuk kan... apa pun... bagi yang nak tambah anak atau dalam perancngan nak tambah anak... Jom baca tambah ilmu... Perkara yang perlu diteliti untuk menambah anak... 


Nak Anak Lagi? - Dr.Harlina Hj.Siraj (Pakar Sakit Puan PPUKM) 
#TanyalahUstazah
#familyplanning

- Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini

- Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu 'dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu' (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu mengandung lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.

***

- Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi bergantung la, kalau kahwin umur 36 nak buat camne. Hehe

- Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat jelas dari Allah. Kalau tak penting takde la sebut dalam Quran kan. Dlm 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina cadangkan lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++

***

-Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja "hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun" tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

- "Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?" 
Rezeki anak itu ada dengaan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.

- Dr.Harlina cadangkan juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh undur dah. Hihi. Tapi ni bergantung la pada kehendak masing-masing.

- Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Akhirnya kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya

- Pil perancang memang utk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna utk orang yang nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je.. Kadang-kadang kena kaunseling utk morning after pill. Pengalaman yg menarik..)

- Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena jelas niat merancang: bukan "saya taknak anak dah" tapi "saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada.."

Kesimpulan
1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor

Ini pula artikel mengenai perancang keluarga dan waktu sesuai tambah anak menurut Dr. Zubaidi Ahmad:

Institut Alan Guttmacher di Amerika Syarikat mencadangkan kepada ibu di sana supaya jarak anak pertama dan kedua dan seterusnya ialah 30 bulan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association, jarak masa untuk hamil semula kurang dari 18 bulan selalunya menyebabkan bayi yang kedua dilahirkan akan lahir pramatang (premature), dan kurang berat badan.

Ini kerana ibu yang baru hamil memerlukan masa untuk rehat dari stress dan kekurangan makanan,rehat dan tidur semasa kehamilan kali pertama. Faktor seperti ketahanan tubuh wanita yang semakin berkurangan apabila memasuki umur 35 tahun juga perlu diambil kira.

Begitu juga kajian yang dijalankan oleh University of California di San Francisco mendapati jarak masa yang sesuai bagi menjarakkan anak ialah antara 24 hingga 35 bulan. Bayi yang dilahirkan pada jarak masa kurang 24 bulan didapati mempunyai kurang berat badan.

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi pembesaran anak yang sempurna dan masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak?

Umur anak anda sekarang: Seperti yang dinyatakan bahawa banyak doktor di US mencadangkan agar jarak antara anak pertama dan kedua ialah 30 bulan bagi ibubapa memberikan tumpuan kasih sayang dalam membesar dan mengembangkan potensi anaknya. Di samping itu ia memberikan masa untuk seorang ibu berehat dan mengembalikan kesihatannya.

Keadaan kesihatan/fizikal anak anda sekarang: Jika pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental anak anda yang sekarang tidak memuaskan dan memerlukan perhatian yang khusus, tentunya agak sukar untuk mempunyai seorang lagi bayi kecil yang memerlukan banyak tumpuan perhatian. Tunggulah sehingga anak anda sekarang mampu untuk berdikari agar kita mampu memberikan perhatian pada seorang anak dalam satu masa.

Umur ibubapa sekarang: Umur ibubapa adalah faktor yang penting sebelum memikirkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, terutamanya wanita yang bakal hamil dan diharapkan menjaga bayi itu. Jika umur wanita itu sudah 38 tahun, maka tiada peluang untuk menjarakkan anaknya sehingga 3 tahun. Tentunya wanita itu tidak punya masa yang banyak untuk menanti anak ke dua. Tetapi kalau wanita itu berumur 30 tahun ke bawah, dan tidak mempunyai masalah perubatan yang menyukarkan dirinya untuk hamil, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Jadi berbincanglah dengan suami atau isteri mengenai perancangan di masa tua.

Gaya hidup sekarang: Menambah seorang lagi anak akan mengubah gaya hidup kita. Isu siapa yang akan menjaga anak kecil itu di samping siapa yang akan berjaga malam dan membuatkan susu adalah isu yang harus difikirkan. Jika ibubapa berkerjaya, tentulah seorang pengasuh diperlukan untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir itu. Dan bagaimana pula dengan ‘masa bersama’ isteri atau suami ?

Ingatlah bahawa bayi yang bakal dilahirkan akan merubah rutin hidup kita. Pastikan kita mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Lihat kedudukan kewangan anak sebelum menambah anak. 

Wang bukan segalanya”, tetapi realitinya kita memerlukan wang untuk membesarkan anak dan keluarga. Jika mahu menambahkan ahli keluarga haruslah menimbangkannya dan sama-sama berbincang. Duduk berbincang. Mungkin ambil masa beberapa hari. Pastikan kedua-dua setuju setelah meneliti isu-isu yang berkaitan.

Buatlah solat Isthikarah. Keputusan ini adalah keputusan besar dalam kehidupan. Jangan dengar arahan kawan atau termakan cerita mereka. Kita sendiri yang menentukan masa depan kita.

Jangan terburu-buru untuk mendapatkan anak kedua. Walaupun ada seruan untuk meramaikan anak, tahap kesihatan isteri yang bakal hamil dan menjaga bayi juga harus diambil perhatian terutama jika isteri juga bekerjaya.

Secara keseluruhannya masa yang sesuai untuk menambah anak kedua ialah selepas 18 bulan. Jika hamil kurang dari jarak 18 bulan, dibimbangi kelahiran pramatang anak kedua dan berat bayi itu tidak mencukupi (low birth weight).

Ia juga adalah masa yang sesuai untuk seorang ibu mengumpulkan kembali kekuatannya dan menyembuhkan organ dalaman yang tercedera ketika melahirkan. Jadi sebelum merancang untuk anak haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan agar kesihatan badan ibu tidak terjejas. 

Olahan dari sumber: Dr.Zubaidi Ahmad

Jadi, nak tambah anak, jangan nak fikir sangat mulut orang... sebab yang nak tanggung kita... kita punyai sebab tersendiri kenapa dan mengapa kita merancang...cuma dalam Islam jangan merancang sebab takut takde duit, miskin dan sebagainya... Tapi kalau atas alasan nak menyusu, nak bagi perhatian, untuk kesihatan diri dan emosi... tak jadi kesalahan... 

Jadi, bila nak tambah anak lagi??? Insha Allah... bila sampai waktunya kan... insha Allah kita tambah lagi... jika diizinkan Ilahi...

Doa Pelaris Jualan dan Perniagaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai yang buat bisnes online dan setiap hari ada sahaja yang buat bisnes kan... Dalam bisnes selain meletakkan matlamat utama untuk kaya dan berjaya di dunia... jangan lupa untuk berdoa... Usaha sahaja tanpa doa maknanya kita adalah hamba yang sombong sedangkan Dialah yang memberi kita rezeki itu.

Antara amalan dan doa pelaris jualan dan perniagaan yang boleh diamalkan ialah doa daripada ayat al-Quran... kerana al-Quran tu sendiri adalah penawar kan...





إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (٢٩
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (٣٠
Maksudnya: Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya).

Boleh amalkan doa dari Surah al-Faathir ayat 29-30... Hayati maknanya, doa seikhlas hati dan penuh kesungguhan... Tak perlu buat mentera jampi serapah... gunakan ayat al-Quran sebagai penawar mujarab dan terbaik kerana ianya adalah kalam Allah... dan Allah lah yang memakbulkan doa dan harapan permohonan setiap hamba-Nya. 

Perbezaan Gaji dan Rezeki!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Gaji ada slip
Rezeki tiada slip

Gaji ada company (syarikat)
Rezeki dari Allah...tiada syarikat

Gaji srlalunya dengan wang
Rezeki lebih dari itu

Gaji dijemput dengan kerja
Rezeki dengan taqwa

Gaji boleh diagak
Rezeki datang tanpa diduga... 

Gaji itu rezeki
Rezeki itu tak semestinya gaji...

Syukur dengan gaji dan rezeki...
Kerana kedua-duanya adalah anugerah kurniaan Ilahi...
Manfaatkan sebaiknya...
Agar keduanya membawa berkat untuk bekalan di akhirat.


25 Julai 2016

Tutup Lampu Sebelum Tidur Itu Satu Sunnah Nabi s.a.w!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa suka tidur dalam cerah atau dengan lampu terbuka??? Jika ada lepas ni kena tutup Lampu la.. pasang lampu tidur je... Rupanya, tidur dengan tutup Lampu adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w... 

Antara hadis yang berkaitan dengan tutup Lampu ketika hendak tidur, iaitu merupakan himpunan hadis Sahih al-Bukhari:

5819 - Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian meninggalkan api (dalam keadaan menyala) di rumah kalian ketika kalian tidur."

5820 - Dari Abu Musa r.a dia berkata; "Pada suatu malam salah sebuah rumah penduduk Madinah terbakar ketika penghuninya tertidur. 
Ketika ia diceritakan kepada Nabi s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya api adalah musuh kamu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah api itu terlebih dahulu."

5821 -  Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tutuplah tempat air kalian, pintu rumah kalian, dan matikanlah lampu kalian, kerana binatang-binatang berbahaya bila datang dapat menarik sumbu lampu sehingga menyebabkan kebakaran yang membunuh penghuni rumah." 

Sumber: Google images


Mungkin ada yang kata, eh..zaman sekarang ni dah guna lampu.. mana de orang guna api , lilin atau pelita... Tak relevan lagi nak guna pakai hadis ni... 

Istighfarlah.. setiap pesanan dan sabda Baginda ada kebaikannya... Jangan kita terjemahkan hadis ikut kefahaman sendiri... Boleh jadi, lampu yang dibiarkan menyala ada mudaratnya.. 

Jika tak nak buat sunnah, jangan pertikaikan sunnah.. cukup dengan berdiam... Mempertikaikan sunnah nabi boleh memesongkan akidah kita.. hati-hati!!!

Apa pun.. MF memang tak boleh tidur dalam keadaan cerah benderang.. tapi bukan juga dalam gelap gelita.. MF kena tidur dalam cahaya yang samar-samar... Rasa semput dan lemas tidur dalam keadaan gelap gelita... Apa pun sesekali merasa tidur dalam gelap gelita buatkan kita terfikir... Bagaimanakah keadaan kita di alam barzakh nanti kan... 

Jadi, ajarlah dan biasakan anak-anak kita tidur dalam keadaan gelap.. bukan dalam keadaan lampu menyala.. selain menjimatkan elektrik... Pasti ada hikmah lain .. apa pun.. larangan dalam hadis ini bukan bermaksud haram... Tapi larangan ini adalah untuk kepentingan duniawi... maknanyaada hikmah dan kebaikannya dari sudut kemaslahatan duniawi. Jadi, tak berdosa buka lampu waktu tidur... tapi sebaiknya tutup lah lampu sebelum tidur... Pasti ada barakah dan manfaatnya jika kita amalkan sunnah... 

Mandikan Anak Ketika Demam | Ramai Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terbaca artikel seorang Doktor kanak-kanak... Yang berpengalaman mengenai demam anak-anak...

Sebelum ni bila anak kita demam, kita biasa mandikan dengan air sejuk atau ambil ais lapkan badan untuk sejukkan badan dan turunkan suhu dengan cepat... Rupanya...cara kita tu salah... Patutlah demam susah nak reda kan...

Jadi, MF nak kongsikan  ilmu kesihatan kanak-kanak yang ditulis oleh Dr Abdul Rahim di Facebook beliau.

ILMU KESIHATAN. Artikel 374.
" Doc Boleh tak Anak saya Mandi Ketika Demam?" 
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit-pesakit doc di Klinik doc. Doc rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya insyallah anak bangsa doc PANDAI jaga anak ketika mereka DEMAM. Harap JANGAN PENGARUH orang sekeliling...tapi doc harap anda BERTINDAK dengan ada ILMU dan amal cara yg BETUL...OK!! 
1. Apa tu DEMAM?Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius....iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sebagai emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain, minum dan makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami. 
2. Doc senaraikan cara-cara menurunkan suhu tubuh bila DEMAM. 
A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan mudahkan mengeluarkan panas dari dalam tubuh.

B.***Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang. 
2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yang suruh mandikan anak dengan AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi  naik demamnya. Kalau nak buat esperimen...hihihi jika kita emak ayah DEMAM....cuba pi terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah mengetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Kalau PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP...Biar periok tu sejuk dulu...baru basuhkan....bukan?? 
3. Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal. 
4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yg banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas!!. 
5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian. 
6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas  suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Kalau bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari....dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh bayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor. 
Doctor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan
* Nasihat doc. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS 

Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04- 6444181.

Selepas baca artikel ni, ramai juga ibu bapa yang keliru... Tapi bila baca komen-komen, dah ada yang cuba dan buat kaedah ni... Memang lebih berkesan berbanding mandikan dengan air sejuk atau ais... Bagi MF, maksud air suam tu ialah betul air suam... Tapi jika di hospital atau klinik, air paip biasa tu memadai... kalau kat hospital biasanya, ada dua jenis air kan untuk laraskan kat paip tu... MF pergi kebanyakan hospital kerajaan pun ada... tanda merah dan biru... Kalau buka paip hala ke kanan tu sejuk, ke kiri tu panas... Jadi,biasa MF buka ke kiri,untuk rasa suam-suam... 

Analogi yang diberikan oleh doktor tu juga ada logiknya... Jadi, lepas ni kita boleh ubah tradisi dan amalan ni... Kita jelum dengan tuala suam dan hangat sedikit berbanding air sejuk... Dan sememangnya mandi dengan air suam lebih menyegarkan badan berbanding mandi dengan sejuk walaupun ketika tu cuaca panas membahang. 

Berapa Lama Kanak-kanak Boleh Beri Tumpuan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mengajar anak-anak sangat mencabar..
Bagi yang buat homeschooling terhadap anak-anak pasti akan stress jika kita tak mengetahui kenapa anak kita tak boleh fokus...

Bagi saya,  membazir laburkan wang ringgit untuk berikan produk itu ini semata-mata nak anak fokus... Tak salah usaha itu... Tapi ada baiknya kita kenal dulu... Tabiat atau cara pembelajaran anak-anak kita...

Kanak-kanak normal boleh beri tumpuan selama 2 hingga 5 minit terhadap satu-satu aktiviti...


Tumpuan anak-anak ini akan bertambah mengikut usia...
Selain tu faktor kecenderungan minat dan daya penarik pembelajaran boleh jadi faktor dan daya tumpuan anak-anak ini bertambah... 

Jadi, kalau ajar anak umutr 2 3 tahun janganlah stress ye... Biasalah ajar dua minit pastu dia lari sana sini... 

Kalau dia bagi tumpuan tu dah kira bagus... Buat pengulangan dan pengukuhan setiap hari... 
Insha Allah...  Anak enjoy dan kita pun enjoy mengajar.

Dahulukan Allah Dalam Segala Hal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara mudah nak muhasabah diri... 
Nak lihat diri kita ni antara yang dahulukan Allah atau tidak dalam segala hal ialah ketika waktu solat... 

Apakah tindakan kita Pabila dengar azan... 

Adakah kita...
Dengar azan, berhenti segala kerja yang kita buat dan terus solat... 
Atau
Biarkan azan itu berlalu tanpa segera menunaikan solat... 

Muhasabah diri...
Renungan bersama... 

Adakah kita mendahulukan Allah dalam kehidupan kita...
Jika tidak... 
Jangan tanya kenapa, hidup kita serba tak kena dan sentiasa lambat dan tak cukup masa dalam segala hal.

24 Julai 2016

Nikmat Sujud!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memang sujud tu satu nikmat... 
Hargailah... 

Rasa tak puas solat tanpa letak dahi di lantai... 
Sebab tu kengkadang MF pilih solat duduk berbanding duduk atas kerusi sebab nak rasai nikmat Sujud tu... 

Jadi, hargai selagi mana Allah beri peluang untuk kita mampu sujud meletakkan dahi di atas lantai sejadah... 

Masa muda, sihat dan kuat ni... Sujudlah selagi boleh....

Mudahnya Ada Farmasi Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahnya bila ada farmasi online | Selama ni tak tahu ada farmasi online... mencari juga... tapi setakat yang tahu kat Lazada tu ada lah jual beberapa jenis ubat atau supplement yang popular... Tapi supplement yang MF cari takde pula... 

Dah lama mencari Pil Kalsium jenama Appeton ni... Pil Kalsium ni yang serasi dengan badan. Kalau kat KL dulu, memang beli terus sahaja kat Farmasi Kesuma, di Gombak. Satu-satunya Farmasi yang jual pil kalsium ni area gombak... sebab dok cari tak jumpa pula. Bila berpindah ke Johor, alahai... takde pula jenama ni... Puas juga mencari... 

Salah satu sebab kekal dengan pil kalsium ni, sebab lebih yakin kerana adanya sah halal dari JAKIM... memang MF semak sendiri di laman web JAKIM... Ada beberapa jenama je yang halal... yang lain takde pula halal JAKIM.. daripada was-was, baik tak payah kan... 

Sebabkan perlu juga dengan pil kalsium ni... sebab suami MF selalu gak sakit belakang, punca dia pernah jatuh dan tulang retak... dan MF pula kalsium tak mencukupi walaupun minum susu, jadi, cari juga online... MF semak dulu pil kalsium yang ada halal JAKIM... Hanya jenama Appeton dan jenama Flavettes je yang halal.. Jenama lain tak pernah mencuba, cuma dua jenama tu yang agak pernah dilihat kan...   Jadinya, carilah kat LAZADA dengan harapan ada jual kat LAZADA... 


Dalam dok belek-belek, ada pula jenama Appeton... Tengah diskaun pula tuh... Alhamdulillah.. nak jadi rezeki kan... terus order dua botol... Selepas buat pembayaran, rupanya dijual oleh Farmasi Caring... Tak pernah tahu pula farmasi Caring ada buat jualan online...atau e-shop.. Tapi dah beli melalui Lazada la kali pertama ni... Ok je.. 2 hari sampai ke rumah barangnya... Lazada pun ok je... takde masalah setakat ni... Alhamdulillah.. 

Sekali tengok terus website dan e-shop Farmasi Caring... Tengok cawangan area Johor, jauh pula dengan kawasan rumah kami... Jadi baik beli online je... Insha Allah lepas ni dah tahu la mana boleh dapatkan ubatan dan supplement di Farmasi... Online sahaja terus dari Farmasi Caring. 

Sejak dok Johor ni, kawasan perumahan kami agak jauh dari Bandar walaupun nama bandar... Tapi agak ulu dan jauh di tengah hutan kelapa sawit... Kawasan felda kan... Bila camtu, pilihan yang ada ialah beli online... sebab rasa tak berbaloi nak ke pekan atau bandar semata-mata nak cari satu barang je kan...lainlah waktu jenjalan tu singgah kan...

Syukur juga, khidmat Pos Laju, Gdex, Skynet dan juga City Link di kawasan perumahan kami ni mudah dan cepat... Alhamdulillah... takde masalah bab penghantaran... cepat dan mudah... Jadi, memang syok shopping online... sampai en.somi pun terjebak sekali... hehe... 

Lepas ni, kalau sesiapa yang jauh dari farmasi, boleh guna Farmasi Caring Online di laman web ini... 
http://estore.caring2u.com untuk buat beli ubat atau supplement secara online sahaja.

Rezeki vs Nafsu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rezeki itu kurniaan Allah...
Nafsu juga ciptaan Allah...

Nafsu tak kan pernah puas dengan rezeki yang ada jika tak dibatasi dengan iman, ilmu dan amal...


REZEKI ITU BUKAN HANYA PADA DUIT, GAJI ATAU HARTA SAHAJA!

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA...
JANGAN MEMBANDINGKAN DENGAN MEREKA YANG ADA...
TAPI SELALULAH MELIHAT MEREKA YANG TIADA..

DIDIKLAH NAFSU DENGAN SYUKUR SEADANYA...