GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Cegah Semut dan Lalat Hurung Juadah Hari Raya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah nak raya, pasti berbagai juadah akan terhidang di meja... Tapi yang tak bestnya, masa ni juga semut dan lalat turut berpesta. Jadi, kalau tak cegah seronok la lalat dan semut berpesta.. Tapi kita la yang malu... Mesti tetamu tak selesa dan anggap rumah kita tak bersih...

Jadi, jom ikuti tips dan petua mudah untuk cegah lalat dan semut ketika jamuan hari raya:

Semut
1. Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut
2. Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.
3. Bahan - bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut. Kena kenal pasti kan di mana  rumah semut.
4. Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut. Terutama rumah bermozek, memang dicelah-celah kawasan lembap seperti di dapur dan bilik air, menjadi punca utama tempat semut buat sarang.
5. Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut datang dan menginap di rumah.


6. Gunakan penyembur serai wangi dan sembur di kawasan yang semut biasa ada. Boleh juga gunakan semburan serai wangi ni sebagai pengelap meja. Memang berkesan.

Lalat
1. Bersihkan dan mencuci permukaan meja dapur setiap hari dengan sabun dan air. Bersihkan sisa-sisa sos atau segala kekotoran yang ada dengan segera.
2. Pastikan sinki dan saluran air sentiasa dalam bersih. Jika kotor,  bau yang keluar akan menarik perhatian lalat. Oleh itu siramkan saluran tersebut dengan air suam setiap hari
3. Jangan biarkan sinki dipenuhi dengan pinggan tidak dibasuh. Ini juga antara punca mengundang lalat.
4. Jangan tinggalkan air botol atau gelas berisi jus, soda , anggur dan pelbagai lagi kerana ini juga akan menarik perhatian lalat.
5. Ketika cuaca panas, ikat dan pindahkan tong sampah dari dapur setiap hari. Kotoran dan sampah dapur akan berubah dengan cepat dan akan menarik perhatian lalat.
6.Pastikan juga tempat sampah sentiasa ditutup rapat.
7. Pastikan makanan dan buah-buahan dibungkus dengan plastik atau disimpan dalam peti ais. Lalat mudah menempatkan telur -telurnya pada makanan ini.

8. Langkah lain, kami gunakan penampar atau raket elektrik untuk membunuh lalat... Berkesan sebab lalat takut dah nak masuk rumah tengok kawan dia mati kena renjatan elektrik. Tak mahal pun .. ada jual di Mr. DIY dengan harga RM9.90 masa MF beli... Memang tak sia-sia beli. Cara lain, kami pasangkan jaring di semua tingkap rumah... Tak dapatlah lalat masuk dengan mudah... terutama pasang di bahagian dapur.

Sumber asal dan diolah dari :Karangkraf.com
Sumber gambar: Google images

2Ulasan

  1. Dulu kat rumah guna yg jenis reket letrik tu jugak tapi skrg pakai yg serai wangi tu je.. yg jenis spray .. mudah dan senang

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang baik..
    dapat ilmu baru lagi hari ini

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ