GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tanda-tanda Lailatul Qadr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah hujung Ramadhan... mula malam pecutan untuk raih lailatul qadar... 

Kenapa orang kejar sangat malam Lailatul qadar ni... 
Sebabnya... malam ni lebih baik dari 1000 bulan... beribadat pada malam tu, ibarat kita beribadat 1000 bulan... kalau dikira dalam tahun??? Berapa tahun tu??? Haaa... siapa tak nak kan... 

Maknanya besar sangat pahala sesiapa yang dapat malam lailatul qadar ni... 

Tapi, macam mana nak tahu itu malam lailatul qadar??? 

Ciri-ciri Lailatul Qodr

Dinamakan lailatul qadr kerana pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkahan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾
أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾

Ertinya : ”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Al Qurthubi mengatakan bahawa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan Jibril a.s turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah SWT juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qodr adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya :

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾

Ertinya : ”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qodr : 4 – 5)

Diantara hadis-hadis yang menceritakan tentang tanda-tanda lailatul qodr adalah :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar syaitan hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Itu antara tanda-tanda lailatul qadar... tapi tak tahu bila akan datangnya malam tersebut.. cuma Nabi Muhammad S.a. w berpesan bahawa carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir.

Lailatul qadr merupakan rahsia Allah SWT. Oleh itu dianjurkan agar setiap muslim mencarinya di sepuluh malam terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Carilah dia (lailatul qodr) pada sepuluh malam terakhir di malam-malam ganjil.” (HR. Bukhari Muslim).


Banyak kan berdoa moga kita dapat malam tersebut.. apa pun malam tersebut malam yang sangat tenang dan damai... 

Kerana itulah sepatutnya... kita sediakan kelengkapan raya sebelum Ramadhan walaupun kita tak pasti dapat raya ke tak.. bukan apa.. agar ianya tak ganggu fokus kita nak kejar lailatul qadar di hujung Ramadhan.

0Ulasan