GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PERINGATAN BUAT PENIAGA ONLINE | JANGAN JADI PENIAGA TERDESAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry ni bukan nak aibkan mana-mana peniaga online... Tapi sekadar luahan hati sebagai pelanggan dan pesanan kepada peniaga online dan juga diri sendiri yang bergelar peniaga online...

Minta tolong wahai peniaga online, jangan jadi peniaga yang terdesak sangat ye...
Terdesak sangat cari pelanggan sampai sehari dan tiap-tiap hari anda whatsapp pelanggan anda dengan pelbagai promosi produk anda...


Inilah yang MF hadapi... rasa geram sangat dah ni sampai terpaksa balas whatsapp macam kat atas tu... Nasibnya gambar tu bukan autodownload je.. kalau tak mau penuh album dengan gambar produk dia je... 

Inilah antara punya MF malas...malas... malas... sangat nak bagi no whatsapp kat mana-mana peniaga online nih... macam nilah jadinya bila kita bagi... 

MF ni, kalau nak MF akan cari peniaga.. ibarat kata.. kalau kita nak beli, kita pergi pasaraya, bukan pasaraya yang datang kat kita... 

Sebab tu bila ada yang minta no whatsapp, MF say NO! sebab biarlah urusan permulaan pembelian tu melalui Facebook Massenger dulu... jika confirm nak beli, baru guna whatsapp pula... Kalau tak, jadi macam nilah... setiap masa dok promote kat kita... rimas jadinya... terdesak sangat gayanya... 

Dah, MF reply macam tu, tak reti pula dia nak balas minta maaf ke hapa kan... whatsapp ni tak semua orang suka tau... MF guna whatsapp bila perlu sahaja.. kalau tak, memang takdenya nak mengadap whatsapp tu... 

Lagi satu, peniaga online ni... gunakan medium perhubungan yang pelanggan suka... kalau dia lebih selesa PM kat Facebook, guna je lah Facebook... tak payah nak minta pelanggan whatsapp pula.. kebanyakan dan survey MF dok buat... ramai yang lari bila jumpa peniaga cerewet macam ni tau... Dah PM pastu suruh kita whatsapp dia pula... pastu bila dapat no kita, habislah dia dok promo kat kita segala update produk dia kan... 

MF rimas, MF tak tahu lah orang lain kan... sebab MF shopping barang yang perlu  dan sesuai serta berkenan dengan MF sahaja... Yang MF betul rasa nak beli.. kalau tak MF tengok saja... 

Jadi, buat peniaga online termasuk MF sendiri, jangan jadi peniaga terdesak.. kejar pelanggan sana sini... Kalau itulah ilmu yang dicedok dari guru-guru FB Ads anda, tak semua ilmu tu boleh kita aplikasi dan orang suka cara tu... Aplikasi ilmu ikut kesesuaian yang ada... 

Semoga, kita menjadi peniaga yang dirahmati dan rezeki kita diberkati Allah.. insha Allah.. 

6Ulasan

  1. samalah MF..dia buat broadcast wasap ...hampir setiap masa kita dapat wasap

    BalasPadam
  2. JEMU JUGA MELAYAN KERENAH PENIAGA ONLINE NI YA...

    BalasPadam
  3. Betul setuju..lagi satu macam memaksa pun ya juga..

    BalasPadam
  4. pernah jugak sy dpt whatsapp mcm ni. kali pertama sy abaikan. kali kedua sy dapat lagi, sy terus block no tu. sebab sy tahu kalau kita suruh dia jangan promote kat kita lagi, dia xkan ambik port. silap2 dia buat lagi. geram!

    BalasPadam
  5. Aku tgh menghafapi masaalah yg sama..malah peniaga yg terdesak ni kata aku penipu...sbb xbeli barang dia..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ