GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Yang Betul Bancuh Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-kanak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak anak minum susu formula, MF pernah hadapi satu masalah iaitu anak susah buang air besar. Jadi, salah satu yang MF suspek puncanya adalah daripada kesilapan semasa menyediakan susu formula. Jadi, mesti kena belajar cara bancuh susu formula yang betul untuk elakkan masalah penghadaman kepada anak kita. 

Kesan jika salah bancuh susu formula:
a. Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
b. Buah pinggang bayi mungkin akan rosak.
c. Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan, berat badan bayi mungkin tidak bertambah.

Oleh itu pastikan setiasa mengikut arahan pada label tin susu formula anak untuk memastikan dia memperoleh khasiat yang diperlukan.

Cara Yang Betul Bancuh Susu Formula 

1. Cuci Bersih Peralatan
Gunakan air mendidih untuk membilas peralatan botol susu dan pisau yang disterilkan. Tuang keluar air pensterilan, kemudian menuangkan air mendidih ke atas peralatan tersebut. Basuh tangan, keluarkan semua peralatan dan letak pada kertas tisu dapur untuk dikeringkan. Lap kering pisau plastik.

2. Guna Air Mendidih
Masak air sehingga mendidih. Jangan gunakan air yang dididih berulang kali atau dibiarkan di dalam cerek, air dari paip air yang dilekatkan dengan penapis air rumah tangga (penapis itu boleh memerangkap bakteria berbahaya) dan air mineral kerana natrium dan mineral mungkin membahayakan bayi anda. Tuangkan air mendidih ke dalam botol susu. Isikan hingga ke sukatan yang sesuai. Periksa pada paras mata. Sukatan mesti tepat untuk membancuh susu dalam kepekatan yang betul.

3. Sukat Susu Dengan Betul
Gunakan skup khas di dalam tin susu formula untuk menceduk susu. Ratakan setiap skup dengan menggunakan bahagian belakang pisau plastik yang telah disterilkan. Jangan isi hingga penuh padat susu formula dalam skup dan jangan tekan susu formula ke dalam skup kerana bancuhan susu bayi akan menjadi terlalu pekat.

4. Bancuhan Tepat
Tuangkan setiap skup susu formula ke dalam botol berisi air. Tambah bilangan skup yang dicadangkan sahaja bagi kuantiti air tersebut. Jangan tambah secara berlebihan. Serbuk susu formula akan larut dengan cepat di dalam air panas.

5. Goncang Botol
Letak cakera dan gegelang penutup pada botol susu. Jangan letakkan puting susu lagi pada masa ini. Tutup botol dengan ketat untuk menghasilkan botol yang kalis udara. Goncang botol dengan baik untuk memastikan bancuhan susu larut dengan betul.

Pastikan susu tersebut adalah hangat kerana bayi lebih gemar susu yang hangat berbanding sejuk.

Bancuhan susu anak boleh disimpan?

Bagi yang sudah mengetahui jumlah sesi penyusuan anak dalam masa 24 jam dan ingin menjimatkan masa bolehlah menyiapkan beberapa bancuhan susu untuk anak. Ikut langkah berikut:
  1. Bancuh susu mengikut jumlah botol yang diperlukan.
  2. Tanggalkan cakera dan gegelang penutup. Letak puting susu secara terbalik de dalam botol tetapi pastikan puting tidak terendam di dalam susu. Tuangkan sedikit susu keluar jika perlu. Letakkan kembali cakera dan gegelang untuk menutup botol susu.
  3. Tutup botol susu denga penutupnya. Simpan di dalam peti sejuk (bukan pada bahagian pintu) selama tidak lebih daripada 24 jam. Pastikan botol susu berada dalam posisi berdiri.

Bolehkah saya menyediakan botol dan menyimpannya dalam peti ais untuk digunakan kemudian masa?

Adalah baik untuk menyediakan botol formula yang segar setiap masa bayi mahu menyusu. Susu tepung tidak steril, dan bakteria boleh hidup dalam susu walaupun menggunakan air steril untuk membancuhkannya. Walaupun anda menyimpan susu formula dalam peti ais, bakteria boleh membiak dalam beberapa jam sahaja. 

Namun begitu, mungkin ada masanya tiada pilihan selain menyediakan susu untuk digunakan kemudian. Ini juga satu kemungkinan jika mempunyai anak kembar, atau keluar untuk membeli belah dan tidak mahu menyediakan susu botol di tempat yang terapat banyak bakteria berterbangan. 

Jadi, untuk masa-masa merasa kita perlu melakukannya, sediakanlah satu botol susu bayi terlebih dahulu. Lakukan ini secara yang paling selamat yang mungkin dengan menyimpankan susu itu dalam peti ais atau beg sejuk sebaik saja selesai menyediakannya. Pastikan menggunakan formula itu dalam masa empat jam jika ia disimpan dalam beg sejuk atau 12 jam jika disimpan dalam peti ais. 

Cara panaskan susu formula:
  1. Ambil sebotol susu dari peti sejuk dan betulkan kedudukan puting ke arah atas. Panaskan di dalam air hangat. Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro kerana susu mungkin menjadi terlalu panas walaupun bahagian luar botol masih terasa sejuk.
  2. Periksa pengaliran susu. Susu sepatutnya keluar dua atau tiga titis sesaat. Lubang yang terlalu kecil akan menyebabkan susu sukar dihisap. Manakala lubang terlalu besar menyebabkan susu menyembur keluar.
  3. Uji suhu dengan cara menitiskan beberapa titisan pada bahagian dalam pergelangan tangan anda. Susu sepatutnya berasa suam-suam kuku.
  4. Putar gegelang botol supaya berada pada kedudukannya di atas botol untuk membenarkan udara masuk ketika bayi anda menghisap susu keluar. Ini mengelakkan puting daripada jatuh dan menghentikan pengaliran susu.
Kesimpulannya: 
Masukkan air dulu baru susu, bukan susu dulu baru air. MF ni mula buat susu tepung lepas anak tamat tempoh susu badan. Jika sebelum tu susu ibu je, jadi takde masalah sangat. Bila susu tepung atau susu formula ni lain pula kaedahnya. 

Semoga bermanfaat.


Sumber rujukan: Majalah PaMa dan Baby Center

0Ulasan