GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Sempena Hari Jururawat Sedunia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Mei meriah dengan pelbagai hari ni. Baru lepas sambut hari ibu, hari ni tanggal 12 Mei, jururawat pula disambut dan diraikan... Diperingati dan dikenang...

Jururawat... Kerjaya yang mulia... Tapi jarang orang nampak... Sama seperti guru, jika seorang jururawat buat salah, semua kaum jururawat kena hukum dan kutuk kan...

Sabarlah jururawat... Memang begitu lumrah dunia.. Silap sikit, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...


MF pernah bercita-cita nak jadi jururawat..  Tak dapat jadi doktor,  jadi jururawat pun ok lah.. Itulah cita-cita MF dulu di zaman persekolahan... Namun, perancangan Allah yang terbaik... MF ditakdirkan jadi guru... Mungkin, Allah nak MF mendidik anak-anak supaya menjadi jururawat yang lebih Islamik...

Dalam hidup sekarang tak dapat dipisahkan dengan jururawat... Pergi hospital atau klinik, pasti akan jumpa jururawat dulu... Alhamdulillah... Sepanjang hidup ni, tak pernah jumpa jururawat yang pernah dikongsi oleh sebahagian orang di Facebook dan blog.. Rezeki MF jumpa jururawat yang memang layan dengan baik..

Masa MF bersalin untuk kedua-dua anak pun.. Hanya disambut oleh jururawat biasa... Alhamdulillah...

Memang banyak jasa mereka... Sabar dan tabah dalam keadaan lelah... Kesian tengok jururawat... Tak tentu masa.  Pernah masa bersalinkan kakak.. Nurse senior tu, pernah meluahkan...penatnya dia sebab ramai cuti raya katanya.. Dia tak raya pun.. Tak balik kampung pun.. Muka dia nampak sangat kepenatan tapi masih dia senyum sabar layan MF yang baru selamat melahirkan. Masih ingat wajahnya..

Terima kasih buat semua jururawat yang pernah menjaga dan merawat MF semasa MF dimasukkan ke hospital kerana Asma, terima kasih juga buat jururawat yang merawat MF ketika bersalinkan anak-anak...
Terima kasih juga buat jururawat yang pernah merawat anak MF, Faiqah yang demam bulan lepas...

Specialist thanks for all nurses at:
Hospital Baling
Hospital Kuala Lumpur
Gombak Medical Centre
Hospital Tuanku Mizan
Hospital Sultan Abdul Halim
Hospital Besar Kluang
KKIA Batu 6, Gombak
KKIA Pasar Besar Gombak
Klinik Bandar Tenggara
Dan tak lupa Klinik Kesihatan Kupang, yang sememangnya banyak jasanya...kerana suatu ketika dulu MF ni klien tetap Klinik tu...

Dan semua nurse yang pernah merawat dan memberi khidmat kepada kami sekeluarga...

Semoga Allah merahmati semua jururawat yang ada... Memberikan mereka kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat.

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA.

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ