GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Jenis Alahan Ibu Mengandung Yang WAJIB Suami Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Jenis Alahan Ibu Mengandung Yang WAJIB Suami Tahu! | Bila isteri mengandung, mulalah kehidupan berubah 360 darjah dan ada yang berubah 180 darjah. Perubahan ini ada yang tak disenangi oleh suami akibat kurang ilmu. Bahkan kengkadang mentua, ipar duai pun tak faham padahal mereka juga perempuan. 

Jadi, Dr Abdul Rahim menjelaskan tidak semua ibu mengandung dalam trimester pertama (0 -3 bln) ada alahan. Ada yang relaks sihat walafiat...tapi suaminya yang alah. Untuk anak pertama dan kedua, memang ni yang suami MF alami... suami yang alah... MF relaks je... Jadi suami atau yang bakal digelar BAPA MESTI memahami si isteri ketika ini . ..banyak le sabar...takut-takut isteri atau suami yang MELETUP!!!
9 Jenis Alahan Ibu Mengandung Yang WAJIB Suami Tahu!

Alahan masa mengandung ni kerana PERUBAHAN dan PENINGKATAN HORMON dalam badan si ibu sejak berlaku persenyawaan telur dan sperma serta pembentukan dan penumbuhan janin semasa peringkat awal mengandung.

Alahan berlaku hingga ke-16 minggu....ada sampai hingga hari bersalin...Sesetengah relaks je.

Menurut Dr Abdul Rahim, terdapat pelbagai jenis alahan yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung... Bergantung kepada hormon dan perubahan diri seseorang.


A. Morning Sickness / Mabuk Pagi:..Pening dan muntah yang teruk waktu pagi.

B.Keletihan, malas, NO power dan pedih di ulu hati...Ramai bakal ibu berasa malu dipejabat klu kwn lihat mereka jadi MALAS!!

C. Kalau alahan teruk akibat loya muntah yang TERUK dan TIDAK lalu makan dan minum, akan akibatkan DEHIDRASI dan GANGGUAN ELEKTROLYTE dalam badan. Maka badan terpaksa gunakan sumber makan store/simpanan dalam badan seperti glikogen dalam hati, protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga. Ini boleh akibat keracunan dalam badan menjadi ASID KETOSIS dan PENURUNAN BERAT BADAN. Ada yang kena masuk ward masuk Intrvenous Drip. Macam ni si ibu di nasihat JANGAN PUASA jika kesihatan mengganggu.

D. Alahan pada Makanan. Alahan TIDAK boleh makanan nasi, susu, makan bergoreng dan lain-lain..disebabkan perubahan hormon.

E. Alahan pada Masakan. TIDAK boleh bau masakan....rasa pening dan rasa nak terkeluarkan semua dalam isi perut. Makan le makanan seimbang. Ibu ok...baby dalam perut pun ok. Insha Allah.

F. Alahan Pada bau yang menusuk hidung dan rasa pening serta muak. Habis le tak romentik dah le kalau alah pada minyak wangi.....hihihi bau le hapak peluh si abang tu.

G. Doc nak habaq ada Kes BERAT ni...aduuuh!! ada yang Alahan Pada suami:
TIDAK leh tengok muka suami... dah jadi pening. TIDAK leh bau suami..dah nak muntah. Kesian suami-suami KEBENGONGAN keseorangan... TERPAKSA le peluk BANTAL DAKAP je......hihihi ..ni doc nak tergelak ni tpi kesian nu!!

H. Alahan pada Emosi yang berubah-ubah. Kadang-kadang ibu tu rasa nak marah je tak tentu pasal, kejap rasa sedih, kejap rasa runsing. Hai suami-suami kena le faham ni tau, bukan depa kena RASUK HANTU tau.....sbb tukaran hormon dalam badan org nengandung je tu...rela tidak je dan sabar je le ......kan dia bini kita...Cobaan Allah, nak TEST kesabaran si Abang tu.

I. Alahan pening kepala yang teramat sangat. Mcm nak pecah kepala...nak hantuk kepala ke dinding je.....tapi JANGAN BUAT GITU ye....pecah kepala atau bincut ...sapa susah!!

J.Alahan Muntah bila makan atau minum. Rela tidak je...biasa paling teruk sampai kandungan 4 bulan.

Yang doc rasa BEST...ada ALAHAN di atas dialami si SUAMI, walhal isteri sihat je bawa perut ....heheh baru balance dan adil bukan??

Daripada Dr Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181

Banyak jenis alahan kan... dan setiap alahan tu berbeza pula bagi setiap anak.. tak sama.. sebab tu lain anak, lain pengalamannya. Jadi, suami kena faham la kan... Awak juga yang buat isteri awak begitu kan.. hehe... Jadi, kena la tanggung sama-sama... Jangan merungut pula... kesian isteri kalau nak kena tanggung sorang... sekurang-kurang bagilah moral support kan... Masa mengandung, perlu beri lebih perhatian kepada isteri... kalau anak sorang mungkin takde masalah, tapi bila anak kedua, ketiga, keempat bertabahlah ye... dugaan Allah yang pasti banyak hikmah dan pahalanya.


Artikel ni ditulis oleh Dr Abdul Rahim. MF Edit untuk mudahkan kefahaman dan perkongsian ilmu dengan semua. 

1Ulasan

  1. semua kat senarai atas tu saya alami masa anak kedua..anak pertama rilek je rasa macam kat syurga je..hahahah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ