GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Bisnes Online: Nak Panggil Pelanggan Kita Dengan Panggilan Apa Ye?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berlaku viral baru-baru ni... Kes peniaga online yang menggunakan perkataan dan panggilan "awak" ketika berurusan dengan seorang pelanggan. Pelanggan tersebut ialah Dr Harlina iaitu Pakar Sakit Puan di PPUM.. dan ramai orang kenal Doktor tu... seronok jika dia bagi ceramah dan berkongsi info.

Yang jadi viral tu sebabnya peniaga tu rasa tak puas hati ditegur begitu... katanya panggilan "awak" tak sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan. Bahkan Doktor tersebut sarankan gunakan panggilan "puan" atau pangkat yang ada pada seseorang jika tahu.

Sumber: Google images

Disebabkan viral tu, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang komen negatif dengan kata-kata nampak macam doktor tu berlagak dan sebagainya...

MF nak kongsikan sikit la pengalaman MF sebagai peniaga online dan juga pernah dan selalu jadi pelanggan online.

Apa kata ganti nama atau panggilan nama yang sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan kita. Pelanggan online ni biasanya datang dari pelbagai latar belakang dan sememangnya kita tak tahu sama ada dia dah berkahwin ke, teruna ke, dara ke, janda ke, pangkat datuk ke, datin ke dan sebagainya. Jadi nak guna panggilan apa???

Pengalaman MF dan suami berurusan dengan peniaga online... Kami biasa gunakan kata panggilan 'BOS' bagi pelanggan lelaki tak kira bangsa atau agama apa.. Panggilan 'bos' ni biasa digunakan oleh peniaga Cina... Tak percaya pergi ke bengkel kereta atau aksesori kereta, biasa akan dengar panggilan ni. Ini kerana panggilan ni sebagai tanda hormat kita dan bagi pangkat yang lebih tinggi kepada dia. Ibarat kata, kita ni kerja dengan dia... Jadi, pelanggan rasa lebih dihargai dan dihormati.

Bagi pelanggan perempuan, kami gunakan panggilan CIK atau PUAN. Panggilan ni biasanya bagi pelanggan yang bahasakan dirinya 'saya'. Tapi jika pelanggan tu bahasakan dirinya 'akak', kami akan guna panggilan 'akak' juga supaya lebih mesra.

ELAKKAN
Bagi MF sendiri. tak suka sangat orang panggil dengan panggilan SIS, DEAR ATAU YUNK. Rasa geli geleman je.. Tambahan jika kita tahu peniaga tu adalah perempuan juga... Mungkin sesetengah orang rasa macam kemesraan, tapi MF tak selesa dengan panggilan dan tak kan panggil pelanggan dengan panggilan tuh... SERIUS! GELI TELINGA...

Itu pengalaman MF untuk guna kata panggilan yang sesuai..
perkataan dan panggilan AWAK tidak sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan walaupun kata ganti nama diri tu betul.. cuma tidak tepat penggunaannya.. Jika dalam bahasa Inggeris diterjemahkan 'YOU' tapi kita orang Melayu, ada adat resam dan budaya dan keunikan bahasa sendiri. Penggunaan kata nama AWAK digunakan ketika bercakap dengan kawan atau orang biasa yang kita tak kenal dan baru nak berkenalan.

Jadi, gunakan kata nama panggilan yang sesuai. Jangan cepat melatah jika ditegur. Banyakkan belajar tentang teknik komunikasi berkesan ketika berurusan dengan pelanggan. Berniaga bukan sekadar cari duit tapi membina keyakinan diri dan tajamkan komunikasi kita dengan orang lain. 

4Ulasan

  1. Bila PC membeli secara online..lazimnya kalau tahu berurusan dengan wanita akan terus panggil PUAN dan kadang PC minta maaf lebih awal..tanya harus panggil apa PUAN atau CIK..setakat ini alhamdulillah ok..dan tak kurang yang dari awal tidak mahu dipanggil PUAN atau CIK sebaliknya minta dipanggil akak atau nama sahaja..

    BalasPadam
  2. sokong tips yang kak maria tulis ni

    BalasPadam
  3. Salam, yang penting kita terima setipa teguran

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    Pening jugak dengan karenah pelanggan ni. Tapi Alhamdulillah, pelanggan kami, kalau tersalah panggil, diorang gelak dan betulkan. No hard feeling, kata orang putih. Alhamdulillah.

    Susah nk panggil adik atau kakak,sebab admin umur macam2. Yang uruskan order lagi muda, yang pos dan follow up agak berumur. Jadi kami panggil pelanggan sis (kecuali kalaudia sendiri dah bahasakan diri dia sesuatu). Sis tu panggilan biasa kami di uia dulu, sebab susah nk teka umur. lagipun, selain dari melayu, panggilan sis ni akan membuatkan kita rasa rapat, as in sister in islam.

    rasa nk kena buat ucapan terimakasih kat pelanggan2 kami yang sporting tak kisah tersasul bahasa.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ