GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tempah Sambal Ikan Bilis dari Blogger Sya Mimie!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Selepas kehabisan stok ikan bilis segar yang kami beli di Tanjung Dawai masa balik kampung di Kedah bulan 12 tahun lalu.. buntu fikir mana nak dapatkan stok baru di Johor ni... Yang ada sekitar sini, ikan bilis yang tak elok sangat...

Dok sembang-sembang dengan suami, camne ntah boleh teringatkan Sambal Ikan Bilis blogger +sya mimie . Lalu MF ceritakan pada suami... Laju je dia minta MF belikan...

Selepas PM dan berurusan dengan Mimie... Alhamdulillah, selamat MF terima ikan bilis yang ditempah.


Untuk percubaan rasa kali pertama, satu balang je dulu... 
Tak sabar tunggu ikan bilis nak sampai ke Johor... Hari Sabtu Mimie pos, hari Rabu baru dapat... elok la dah berminyak terperap dalam balang tuh... 

Komen MF dan suami (harap Mimie terima dengan hati terbuka la ye...komen jujur ni..)
Pertama kali rasa... Hmmm... sedap.. ranggup dan cukup rasa... cuma komen dari en.somi, sambal kurang tapi dah ada rasa pedasnya. Bagi MF ok je.. sedap diratah begitu atau dimakan dengan nasi... cuma sambal ni sedikit berminyak la... tapi semut suka sambal mimie nih..walaupun tak manis, tapi cukup rasa... 

Keseluruhannya, 8/10 markah MF boleh bagi untuk sambal ikan bilis ni... Siapa tak pernah rasa, boleh sangat nak cuba rasa. Tak rugi membeli... Bestnya tang ranggup tu... macam keropok ikan dah gayanya... hehe... kruuppp...kraapppp bila dimakan....

Jadi, bagi yang nak membeli boleh hubungi blogger +sya mimie ye... 
ada maklumat di blog beliau di http://hanyadihatiku.blogspot.my atau e-mail: mimie_najib83@yahoo.com.my Or WhatsApp : 011-2418 1178

7Ulasan

  1. salam kak krup krap .. nasib baik mak yana dah buat kalau tak terliur jugak

    BalasPadam
  2. Saya pernah buat sambal ikan bilis ker office, Alhamdulillah pujian yang memberangsangkan siap ada officemate suruh saya jual and dia nak beli. Tapi tak dek masa nak buat banyak-banyak kan. Sambal ikan bilis memang favourite saya. :)

    BalasPadam
  3. sedap tuh... walaupun jauh dia terbang

    BalasPadam
  4. wah,,,sedapnya, saya pon hantu jgk dengan sambil bilis ni, blh try next time ^^

    BalasPadam
  5. terbaik. sedap nampak dari gambo.
    alhamdulillah.
    opis aida di melaka, ada 2-3 org buat sambal bilis kering gini, maria.
    kita order, dia buat kan. alhamdulillah...
    time bersahur, memang masyuk ni kan ?
    makan dgn nasik panas.

    BalasPadam
  6. asslmkm sis.. terima kasih buat entry ni.. :)
    saya terima komen tu dengan hati yang terbuka.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ