GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tahfiz Muda | Umur Berapa Nak Didik Anak Jadi Penghafaz Al-Quran?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Program realiti TV Tahfiz Muda... Bagus program ni.. Untuk cungki bakat anak kecil.menjadi tahfiz di usia yang masih kecil. Jika nak dibandingkan dengan program realiti hiburan seperti ceria pop star dan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan lain... Program dikira bagus. 

Selain itu, program ni juga buatkan ramai ibu bapa teruja juga nak didik anak jadi tahfiz diusia muda... Namun, bagaimana nak mulakan.. Dan umur berapa nak mulakan??? Jom baca ulasan Ustaz Nouman Ali Khan mengenai persoalan ini... 

Sumber: Google images

Anak saya berumur 2 tahun setengah, Ustaz. Pada umur berapakah sepatutnya saya mengajar dia bahasa Arab, dari segi nahu, juga tajwid dan hafazan? Saya mahu anak saya ini membesar dengan Quran, Ustaz.

"Cantik betul soalan puan ini. Bagus sekali sikap puan yang sangat mengambil berat dengan pengajian Quran anak puan. 

Tapi anak itu baru 3 tahun kott. Relaks lah. Apa yang awak buat semasa di umur itu? Awak sendiri pun tak ingat kan. Entah-entah kasut pun masih pakai terbalik lagi. (Wakaka kelakar) 

Kanak-kanak duduk dalam keadaan FITRAH. Mereka sangat indah. Biarkan mereka dengan fitrah itu. Betul, kita kena ajar dan didik mereka, namun masih perlu terikat dengan kemampuan mereka juga.

Ada anak yang cepat dan mahu belajar, ajarlah. 
Ada anak yang masih mahu bermain, biarkan mereka main. 

Kita sebagai ibu bapa tak boleh meletakkan standard yang sama untuk setiap anak. Saya ada 6 orang anak, tak kesemuanya belajar Quran dengan standard yang sama. Ada seorang anak saya yang boleh menghafal ayat dalam masa 5 minit, dan ada seorang yang lain mengambil masa sebulan untuk ayat yang sama, dan saya tidak bandingkan anak-anak ini. Zalim namanya.

Ia akan menyebabkan mereka benci pada agama.

'Oh, Quran ni punya pasallah, ayah aku lebihkan kakak aku, huh!'

Hentikan. Allah tak suruh anak awak untuk jadi Hafiz Quran atau Alim, Allah mahu anak awak jadi MUSLIM YANG BAIK. ALLAH MAHU ANAK AWAK SAYANGKAN AGAMANYA.

Ada juga cerita yang lain, ibu bapa tunjukkan video tentang kiamat dan dajjal kepada anak yang berumur 5 dan 6 tahun.

Saya rasa macam, hey kenapa nak buat begitu?? Budak baru 5 tahun, trauma lah dia bila dengar tentang hal sebegitu berat. Saya sendiri pun trauma bila membaca tentang dajjal. 

Dengar ni ya, anak-anak kecil ni dalam keadaan fitrah. Tahu tak apa maknanya tu??

Maknanya, MEREKA MASIH BELUM BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN.
Jadi kenapa awak nak letak RASA TAKUT DALAM DIRI MEREKA TERHADAP ALLAH? 

Rasa takut pada Allah hanya perlu ada dalam diri orang yang  sudah dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan.

Anak-anak kecil perlu ditanamkan dengan rasa sayang dan kasih pada Tuhan dan Rasulnya, bukan tentang neraka, dajjal dan sebagainya. Hoho, nanti mereka akan rasa agama ini adalah hal yang menakutkan dalam hidup pula! Ia akan merosakkan fitrah mereka sahaja. 

Mereka sendiri datang ke dunia ini dengan fitrah suci yang sudah ada rasa sayangkan TUHAN mereka, kita hanya perlu suburkan sahaja. Rasa takut pada TUHAN perlu dididik sedikit demi sedikit seiring dengan pertambahan umur mereka; ketika mereka sudah mula memikul tanggungjawab. Waktu itu, ajarlah semua tentang balasan akhirat atas tanggungjawab dunia yang terabai. 

Ajar anak sesuai dengan umur, dan ajar mereka untuk suka apa yang mereka belajar. 

Jujurnya, jumlah ilmu yang anak belajar bukanlah keutamaan. Yang utamanya ialah, berapa besar kasih mereka kepada TUHAN dan agama dengan ilmu yang mereka belajar itu. Akhlak mereka, adalah jauh lebih penting berbanding berapa banyak yang mereka tahu. 

Ada ramai kanak-kanak yang membesar dengan hafazan Quran di dada, tetapi akhlak mereka sungguh teruk. Ilmu Quran yang ada hanya untuk menunjuk-nunjuk dan merendahkan orang lain. Namun ini bukanlah salah mereka. Mereka hanya diajar tentang menghafal Quran, bukan akhlak dan sikap. 

Kita perlu letakkan keseimbangan antara pembentukan karakter dan akhlak anak, serta ilmu yang wajib mereka belajar juga. 

Semoga Allah membantu kita,"
Sumber: #bahagiandakwahjakim

MF setuju sangat point yang diperkatakan oleh ustaz ni... Memang bagus impian kita tu... Tapi jangan sampai jadi "pembunuh" zaman fitrah anak-anak kita... Sepatutnya, kita tekankan soal aqidah dalam hati anak-anak... Mengenal Allah, solat yang wajib dan rukun Islam dan rukun Iman yang utama. Perlu utamakan yang mana yang lebih utama... Tak salah impian tu... Tapi jangan terlalu nak mengikut orang lain... Kita menjadi penyeksa anak kita... Kesian kan... 

0Ulasan