GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jom Kenali Jenis Kain Untuk Buat Tudung, Shawl, Jubah atau Dress

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apabila nak beli tudung, shawl, jubah atau dress secara online, MF selalu titik beratkan jenis kain. Bukan apa, jenis kain tu memainkan peranan untuk memilih baju atau pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Ada sesetengah baju, memang longgar, tudung memang labuh, tapi melekat pada badan dan mungkin ada yang jenis kain jarang. Jadi, masih tak tepati syariat kalau macam tu. Jadi, kena kenal jenis kain sebelum membeli sesuatu jenis pakaian secara online. Kalau beli kat kedai atau butik takde masalah, sebab kita boleh tengok, pegang dan cuba terus depan mata. 

Jom Kenali Jenis Kain Untuk Buat Tudung, Shawl, Jubah atau Dress 

1. KAIN COTTON

Diperbuat daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Kain jenis ini merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab macam kat Malaysia. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.


Ciri-ciri kain cotton:
  • sejuk dan mudah menyerap peluh.
  • kain rasa sejuk di kulit dan sedikit keras.
  • kain akan rosak apabila direndam lebih daripada 2 jam.
  • kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian.
  • boleh dicuci atau di dry clean
  • tidak mudah kusut saat dicuci
  • apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)


Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:
  • pada bahagian sisi hujung kain terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
  • daya menyerap peluh lebih bagus.
  • harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
  • permukaan kain lebih halus.
  • warna lebih awet dan tahan lama.
  • sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya.

ii.      Cotton Paris
Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
  • permukaan kain lebih kilat.
  • harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
  • daya serap keringat paling rendah.
  • warna kilatnya tahan lama meskipun sering dicuci.

iv.   Cotton minyak
Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilatnya lain dengan cotton silk).
  • harga sama dengan cotton biasa.
  • daya serap peluh yang baik
  • kilat akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

v.  Cotton biasa
  • motifnya macam-macam: polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
  • harga lebih murah.
  • daya serap peluh sederhana.
  • warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining dan warnanya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah sikit nak seterika.

3. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.


4. RAYON
Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.





5. KAIN ORGANZA
Secara mudahnya, kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester atau nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.





6. KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.


Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

Chiffon Plain
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.

Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal

Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.


7. KAIN SATIN
Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya berkilat, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

8. POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan. Antara ciri-ciri lain:
  • Bahan terasa panas dibadan.
  • Tidak menyerap peluh.
  • Apabila kulit sensitif dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
  • Kotoran minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
  • Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

9. SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.
Antara ciri-ciri lain:
  • Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
  • Menyerap peluh
  • Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.


10. VISCOSE
Antara ciri – cirinya:
  • Terasa lembut dan dingin di kulit
  • Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya kilat
  • Menyerap peluh
  • Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan pencuci lebih dari 1 jam
  • Boleh dicuci atau di dry clean
  • Kotoran dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian



11. LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress. Antara ciri-ciri lain:
  • Bahannya kaku dan dingin.
  • Permukaan kain agak kasar
  • Menyerap peluh
  • 4x lebih lasak dari cotton
  • Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
  • Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12. SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH
Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun, sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

15. DULL SATIN

Ciri-ciri kain jenis dull satin:
  • Material ini tidak bersinar seperti satin tetapi lembut dan sedap dipakai. 
  • Sejuk kainnya. 
  • Menyerap peluh. 
  • Nama lain bagi kain jenis ini ialah cotton valentino

16. FURSAN

Ciri-ciri kain jenis Fursan:
  • Pola kain ditenun rapat. 
  • Berat . 
  • Tidak perlu dilapis dengan pakaian dalam (inner/lining). 
  • Sejuk. 
  • Tebal. 
  • Menjadi pilihan bagi orang yang suka pakai jubah. 
  • Kain agak keras.
17. KOSHIBO
Ciri-ciri kain jenis koshibo
  • bila pegang macam ada biji-biji
  • tak jarang
  • tak panas
  • tak serap peluh
  • Ada jenis peach koshibo...cirinya sedikit berbeza dengan koshibo biasa.. kainnya lebih licin dan halus...tapi memang tebal dan ramai gunakan kain ni untuk buat jubah. 

Banyak jenis kain, ada banyak lagi tapi cukuplah yang.. yang popular dan biasa orang gunakana buat baju, jubah tudung dan shawl. Perlu kenal jenis kain supaya pakaian kita patuh syariat. 



Sumber: Pembacaan majalah, internet serta gambar dari google images

10Ulasan

  1. Betul..kadang baju dah labuh dah longgar tapi tipis...tudung dan labuh tapi jarang...selagi boleh penuhi apa yang disyariatkan..amin.

    BalasPadam
  2. nice entry..boleh jadi panduan nak pilih baju raya nnt

    BalasPadam
  3. banyak rupenye jenis kain2 nih yek... beberapa je yg akak kenal.... hehehe mmg bagus lah maria nyer share bersama arini heheheh sbb ada yg baru perasan tak penah beli atau guna kain nya...

    akak kalu nk bt jubah lebih suke kain yg tebal n berat, takmo yg melekat.... bahaya

    BalasPadam
  4. alaa....bestnyeee...terima kasih entry yg ni...menarik perhatian yaya.. :)



    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    BalasPadam
  5. banyak jugak eh jenis kain. thanks for the good info :)

    BalasPadam
  6. Semua kain2 tu bole dibuat tudung labuh? Kalau ada yang tak sesuai, bole bagitau kain jenis apa?

    BalasPadam
  7. Suka entri ni kak mf..bleh tau beza kain2 tu semua

    BalasPadam
  8. info yang bagus..nak buat bisnes tudung

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ