GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[HOMESCHOOLING] Lumba Siapa Susun Paling Tinggi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mengasuh anak ni simple...
Antara aktiviti menarik yang MF buat semalam...
Tak ajar, tapi cuma bagi bahan.
Ikutlah nak buat apa dengan bahan yang diberikan.

Bongkah kayu ni dah lama suami beli..
Bagi main on off sebab bila mood anak tak baik, dia buat masak-masak dan baling-baling...

Tapi bila si kakak dah besar ni, dah reti main.

Tapi yang semalam ni betul-betul seronok tengok diorang main...
Memula si adik yang buat.. kemudian si kakak pula mengikut...



Lumba susun siapa paling tinggi...
Maka, si adik dan kakak pun berlumba susun bongkah kayu tu untuk lihat siapa boleh susun paling tinggi... Teruja MF melihat semangat anak-anak, MF rekod senyap-senyap dan bagi sokongan dan jadi tukang sorak.

Makin galak mereka berlumba..
Seronok tengok mereka main...


Si kakak menambahkan lagi hasil kreatifnya...
Dia bina huruf menggunakan bongkah kayu ..

Rasa seronok ..
lebih seronok bila mereka bebas jana kreativiti tanpa kita ajar... 

MF selalu biarkan anak main sendiri... Jarang homeschooling straight macam mengajar kat sekolah... Biasanya memang santai dan sambil bermain. 

Tips:
Nak galakkan anak buat aktiviti homeschooling adalah dengan ambil gambar/ video secara senyap semasa mereka ralit bermain... kemudian tunjukkan gambar/video tu kepada mereka di masa mereka tak nak buat homeschooling.. Insha ALlah, mereka pasti teruja nak buat aktiviti homeschooling. Cubalah!

0Ulasan