GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tak Takutkah Bila Berlaku Gerhana?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang melihat gerhana matahari secara langsung dengan mata dan pancaindera kurniaan Allah...

Ramai juga yang kongsikan... Dapat melihat gerhana hari ni.. Alhamdulillah.. Allah beri peluang untuk kita lihat gerhana pagi ini... Allah bersihkan langit, perintahkan matahari terbit seperti untuk kita lihat tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah.

Sumber: Facebook harian Metro

Alhamdulillah juga, ramai yang buat solat sunat gerhana... Alhamdulillah...

Kenapa kena solat gerhana saat berlaku gerhana???

Ini jawapannya:

Takutlah dengan fenomena alami ini (gerhana) baik Gerhana bulan dan matahari. Sikap yang tepat ketika fenomena gerhana ini adalah takut, risau akan terjadi hari kiamat. Bukan kebiasaan orang seperti kebiasaan orang sekarang ini yang hanya ingin menyaksikan peristiwa gerhana dengan membuat album kenangan fenomena tersebut, tanpa mengindahkan tuntunan dan ajakan Nabi s.a.w ketika itu. Siapa tahu peristiwa ini adalah tanda datangnya bencana atau azab, atau tanda semakin dekatnya hari kiamat. Lihatlah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w:

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ

Abu Musa Al Asy’ari r.a menuturkan, ”Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w Nabi lantas berdiri takut kerana risau akan terjadi hari kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan solat dengan berdiri, ruku’ dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan solat sedemikian rupa.”

Sayyidatuna A’isyah ra bercerita: Gerhana matahari pernah terjadi di masa Rasulullah SAW kemudian baginda solat bersama para sahabat. Beliau pun berdiri dengan lama, ruku’ dengan lama, berdiri lagi dengan lama namun lebih pendek dari yang pertama, lalu ruku’ dengan lama namun lebih pendek dari yang pertama, lalu mengangkat kepala dan bersujud, dan melakukan solat yang terakhir seperti itu, kemudian selesai dan matahari pun sudah muncul. (HR Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan mengenai maksud kenapa Nabi s.a.w takut, khawatir terjadi hari kiamat. Beliau menjelaskan dengan beberapa alasan, di antaranya:

Gerhana tersebut merupakan tanda yang muncul sebelum tanda-tanda kiamat seperti terbitnya matahari dari barat atau keluarnya Dajjal. Atau mungkin gerhana tersebut merupakan sebahagiaan tanda kiamat.

Hendaknya seorang mukmin merasa takut kepada Allah, risau khawatir akan tertimpa azab-Nya. Nabi s.a.w saja sangat takut ketika itu, padahal kita semua tahu bersama bahwa beliau s.a.w adalah hamba yang paling dicintai Allah.

Menurut imam Ibrahim al-Baijuri antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ini ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluq yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah, sekiranya keduanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka nescaya akan menjaga dirinya dari kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika.

Kesimpulannya, kenapa kita hanya tengok fenomena semacam ini dengan perasaan biasa saja, tanpa rasa getar dengan kuasa Allah...mungkin hanya diisi dengan perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia, bahkan mungkin diisi dengan berbuat maksiat. Na’udzu billahi min zalik.

Wahai sahabat, kiamat makin dekat, semakin banyak kekuasaan Allah, Allah tunjukkan, tidakkah kita ambil pengajaran??? Sama-samalah kita berzikir dan beristighfar sepanjang masa bermula detik berlakunya gerhana ini...

Dari segi sains, memang tak rasa gerun, tapi fikirkan semula, siapakah yang arahkan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan selari begitu???

Renungkan!

Sumber: olahan idea penulisan beserta rujukan di internet

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ