GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sia-sia Je Aku Buat Baik, Tapi...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab:
"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.

Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim).

sumber: google images

Jom lihat perkara baik tapi sia-sia... Kita mungkin tak perasan sebab kira rasa banyak amalan baik yang kita dah buat. 
  1. Berwuduk tapi membazir air.

  2. Solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi memfitnah atau mengumpat orang lain dan merasakan diri kita baik.

  3. Banyak memberi sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi bangga diri dan riak.

  4. Bangun qiam dan tahajjud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang dibenci.

  5. Kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat serta selalu 'lepas cakap' hingga menyingung perasaan mereka.

  6. Berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami. Dan kepada yang belum berkahwin pula dengan tujuan memikat.

  7. Memuliakan tetamu malah juga suka memberi tetapi suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian yang diberi.

  8. Berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi  sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. Jadi, buat kerja rumah pun sama juga.. Tak perlulah merungut kerja suri rumah tu penatlah, banyak kerja dan sebagainya... Didik diri untuk redha dan Ikhlas buat kerja kerana Allah.

  9. Kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan ALLAH dan tak redha dengan ujian yang diberi. Sedangkan salah satu tanda Allah hapuskan dosa dan terima keampunan yang kita minta dengan memberi ujian kepada kita

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Buat baik tapi sia-sia je semua...

4Ulasan

  1. salam, Allahu moga kita dijauhkan dari perkara yang sia sia

    BalasPadam
  2. subhanAllah..terima kasih cikgu MF perkongsian peringatan untuk PC :)

    BalasPadam
  3. kadang2 kita alpa dengn berbuat benda mcm ni

    BalasPadam
  4. Peringatan yg bermanfaat buat renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini MF.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ