GuidePedia

0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ni resepi sarapan semalam...
Hari Jumaat tu buat Gulai Daging Mamak Style... Jadi, kuah tu sayang kalau tak dimanfaatkan kan... Memang tercetus idea nak buat roti jala selepas buat gulai tu...

Roti jala ni resepi mudah sangat nak dibuat... Bahan mudah... Cuma kena rajin part nak menjala tu la kan...


Bahan-bahan untuk buat roti jala:
Tepung gandum
1 biji telur
Air suam
Sedikit garam dan sedikit kunyit
Minyak masak atau marjerin (tapi MF boleh pula terlupa nak letak nih... Tapi jadi juga.. Hehe)
Boleh juga kalau nak tambah susu segar atau santan... Tujuan nak bagi rasa lemak sikit. Tapi tak letak pun takpe...

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam blender, kisar hingga halus..

Kemudian masukkan dalam bekas untuk buat roti jala...

Bekas atau acuan roti jala jenis ni la MF guna.. Mudah dan tak comot...
Sumber: Google images

Canailah di atas kuali leper yang disapu minyak...

Sedap dimakan panas dan dicicah dengan kuah gulai...  Nyummm... 
Thanks for reading: Resepi: Roti Jala Mudah dan Sedap!

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top