GuidePedia

0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah buat tempahan cetak baju??? Pernah tahu, jenis cetakan yang digunakan??? Mungkin ada yang  tak kisah, tapi mungkin ada yang tak tahu. Meh sini nak cerita.

PROSES
HEAT PRESS

SILK SCREEN


PENERANGAN
Cetak menggunakan mesin Heat Press macam seterika. Bahan akan diprint, ditampal pada baju dan dipress untuk lekatkan gambar pada baju. Material yang digunakan sama ada sticker vinyl atau kertas khas untuk cetak baju jenis heat press.
Tidak memerlukan ruang yang besar dan banyak untuk mencetak baju jenis ini. 
Cetak menggunakan cat dan blok. Blok yang mengandungi design tertentu akan dibina, seteruskan akan dicat satu persatu pada baju.

Perlukan ruangan yang lebih besar. Kerana ada tapak cetakan yang khas. 
KUANTITI
Tiada had untuk cetak. Boleh cetak walaupun sehelai baju.
Biasanya perlukan kuantiti yang banyak untuk satu-satu tempahan. Ini kerana bahan yang digunakan perlukan disediakan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya tempahan minimum ialah 10 helai.
HARGA
Harga lebih mahal kerana bahan yang digunakan lebih mahal.  
Biasanya tidak dicaskan harga bagi setiap warna. Apa sahaja warna atau lebih satu warna, harga untuk sehelai baju tetap sama.
Lagi banyak tempahan, lagi murah harganya.

Harga berlainan bagi tempahan design yang menggunakan lebih satu warna.
TEMPOH TEMPAHAN
Memandangkan tempahan ini, tiada minimumnya, jadi dalam masa yang singkat boleh siap. Satu hari atau setengah hari boleh siap bergantung kepada kuantiti. Jadi, bagi yang nak guna cepat, tak salah bayar lebih. Tempahan last minit pun biasanya kedai ambil lagi untuk cetakan jenis ini.
Biasanya mengambil masa yang agak lama… Lebih satu hari… Bergantung kepada design dan kuantiti.

Tiada tempahan last minit, sebab perlukan masa untuk buat blok, cat dan keringkan. Paling kurang 1 atau 2 minggu bergantung kepada jumlah tempahan.
DESIGN
Boleh sahaja cetak pelbagai design pada baju berlainan.
Contoh: Nak letak nama yang berlainan pada setiap baju setiap kali tempahan.
Boleh juga cetak pelbagai design, tapi sedikit rumit dan makan masa. Biasanya, tempahan jenis ini satu design dalam kuantiti yang banyak. Lebih jimat kos.
KUALITI
Bergantung kepada cara penghasilan. Jika bahan yang digunakan, betul teknik cetakan, design pada baju lebih tahan lama.
Untuk lebih tahan lama, disarankan terbalikkan baju semasa basuh baju dalam mesin.
Bergantung kepada cara penghasilan. Jika bahan yang digunakan, betul teknik cetakan, design pada baju lebih tahan lama.
Untuk lebih tahan lama, disarankan terbalikkan baju semasa basuh baju dalam mesin.
Lama-lama akan terkopek juga cat pada baju.































































MF buat perbezaan ni, untuk jelaskan kenapa setiap baju tu mahal dan murah. Kadang design simple dan sama je tapi harga lain-lain. Inilah puncanya, jenis cetakan berbeza, hasilkan kualiti dan harga berbeza. kalau tengok baju tshirt kat kedai biasa, atau dijual di pasar malam, itu kebanyakan cetakan silk screen, sebab tu harga lebih murah kerana dicetak dalam kuantiti yang banyak.

Tapi untuk cetakan heat press, biasanya memang ditempah khas... Jarang orang jual di pasaran biasa kecuali majlis tertentu atau program khas tertentu dengan design dan kuantiti yang terhad. Harganya lebih mahal dari biasa. 

Macam mana nak kenal??? Korang belek je gambar pada baju tu... Boleh tahu dah cetakan jenis mana, jika silk screen guna cat.. dan jika heat press guna sticker. 

Jadi, dengan perbezaan ni, jelas la ye... booleh pilih nak cetak baju macam mana. Tapi setakat ni di Cetak Baju Ekspress, menggunakan cetakan jenis Heat Press 100% tapi dijamin harga termurah setakat ni ...dan paling rendah kami tawarkan ada RM15 sehelai. Tanpa minimum order. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh belek-belek page Cetak Baju Ekspress
Thanks for reading: Perbezaan Baju Cetakan Heat Press dan Silk Screen!

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top