GuidePedia

5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memula lagu kanak-kanak...
Bagi anak layan je...
Sekali... Bila hayati lirik lagu ni rasa best juga...

Lagu ni mendidik anak-anak dengan alam dan memuji kebesaran Allah melalui penciptaan tumbuhan dan haiwan..

Jom hayati bersama...


Tanya sama pokok 🌴, apa sebab goyang;
Nanti jawab pokok🌴, angin yang goncang;
Tanya sama langit, apa sebab hujan☔;
Nanti jawab langit, tanyalah awan☁.

Awan☁ nanti kata, aku kandung air;
Sampai tempat sejuk, aku pun cair;
Lihat dalam air, ada bayang-bayang;
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Lihat dalam taman, terdapat binatang;
Pokok-pokok hijau, indah dipandang
Arnab 🐇sungguh comel, bulu warna putih;
Itu tanda bersih, Allah pun kasih.

Oh! rama-rama, engkau sungguh cantik;
Merah, kuning, putih, berbatik-batik;
Indahnya dirimu, beraneka warna;
Ke sana ke mari, menghisap bunga🌸.

Tanya sama burung🐦, apa sebab terbang;
Nanti jawab burung, sayap digunakan;
Tanya sama ikan🐠, bagaimana berenang;
Nanti jawab ikan, sirip digunakan.

Berbagai tumbuhan, Allah jadikan;
Masam, manis pahit, dapat dirasakan;
Ada boleh dimakan🍄, ada boleh dipandang🌵;
Syukur pada Tuhan, tidak terbilang.
Thanks for reading: Ketagih Dengar Lagu Tanya Sama Pokok!

Catat Ulasan

  1. anak saudara ekin suka lagu ni... siap ibu mentua ekin pun nyanyi kalau xada anak saudara hahahahah

    BalasPadam
  2. 24 tahun hidup, saya tak pernah dgr lagu ni sampai habis.. hehehe.. akhirnya, dengar jugak sampai habis..

    BalasPadam
  3. tau dua rangkap pertama jer...

    BalasPadam
  4. salam kak mf tahun lepas majlis intifal anakk murid saya nyanyi lagu ni,
    sampaikan saya pun duk pasang jugak download siap

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top