GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

INILAH 10 PERANGAI ISTERI YANG BUATKAN SUAMI MURAH REZEKI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

INILAH 10 PERANGAI ISTERI YANG BUATKAN SUAMI MURAH REZEKI!  | Pernah dengar tak... Orang kata isteri pembawa rezeki... Allah alirkan rezeki selepas kahwin...

Jika sebelum kahwin, pakai motor kapcai je... Lepas kahwin dah dapat kancil... Dapat anak, pakai saga... Tambah anak pakai estima... Ada kan.. Memang ada... Itulah rezeki anak dan isteri...

Tapi... Isteri pembawa rezeki jika buat perangai macam ni... Insya Allah...  Isteri yang berperangai macam ni... Buatkan suami murah rezeki dan tak putus rezekinya... Insya Allah...

INILAH 10 PERANGAI ISTERI YANG BUATKAN SUAMI MURAH REZEKI!

INILAH 10 PERANGAI ISTERI YANG BUATKAN SUAMI MURAH REZEKI! 

10 perangai itu ialah... 

1. Isteri yang selalu bersyukur

Tak kira banyak mana pun rezeki suaminya, dia syukur sangat... Tak mewah, tak syukur dengan rezeki yang ada... 

2. Isteri yang sering bertawakal

Isteri yang serah segalanya kepada Allah dalam segala hal.. Insya Allah...  Lapang rezeki suaminya... 

3. Isteri yang kuat ilmu agamanya

Nak kuat ilmu agama tak semestinya seorang ustazah.. Tapi cukuplah seorang isteri yang sering belajar hal agama dan mempraktikkannya.

4. Isteri yang banyak istighfar 

Melazimi istighfar di hati dan di bibirnya... Insya Allah... Pembawa rezeki yang berkat buat suami dan rumahtangganya...

5. Isteri yang kuat bersilaturrahim

Isteri yang suka berkawan, panjangkan silaturahim dan menjaga silaturahim... Inilah punca kenapa rezeki suami tak putus... Terutama bagi suami kaki bisnes... Kawan isteri pun akan jadi pelanggan suami.

6. Isteri yang sabar 

Sabar menghadapi mehnah dan ujian... Sabar dalam segala hal kehidupan... Sabar dengan suami dan anak-anak... Penenang di kala kekalutan... 

7. Isteri yang kuat berdoa

Selalu berdoa... Sikit-sikit doa... Itulah penguat seorang suami... Doa kan senjata utama seorang mukmin.

8. Isteri yang kuat solat

Solat fardhu ditambah yang sunat. Walaupun banyak kekangan kerja rumah, tapi dia bijak bahagikan masa antara hal rumahtangga dan ibadat. 

9. Isteri yang faham tanggungjawab 

Segala keperluan suami dipenuhi... Ditaati dan dituruti selagi mana tak bercanggah dengan syarak. Menjaga maruah suami dan hak suami sebaiknya.

10. Isteri yang bertakwa 

Isteri yang meletakkan takutnya hanya kepada Allah.. Insha Allah...  pembawa rezeki buat sang suami tanpa disangka... 

Indahnya rumahtangga jika ada isteri begitu kan... Rezeki suami juga jika punyai isteri yang ada 10 ciri ini... Rezeki tu bukan terhad pada wang ringgit dan kemewahan... Tapi juga, ketenangan, kebahagiaan...anak yang soleh solehah juga rezeki berpanjangan yang berkat hingga ke syurga.

4Ulasan

  1. Insyallah mudahn kita trgolong dlm gologn itu amin

    BalasPadam
  2. Allhamdulillah.... betulkan sis... isteri bertaqwa dan sentiasa mendapat readha suami tdk menyusahkan suami, rezeki bertambah... nice sharing sis

    BalasPadam
  3. In sha allah.. thank you atas perkongsian..

    BalasPadam
  4. Beruntungnya suami yang dapat senarai penuh gini :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ