GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Peluang nih... moga ada rezeki tengok gerhana Matahari tahun ni... Sebelum ni tak berkesempatan betul nak tengok gerhana.. Moga kali ni sempat lihat... Tambahan pula waktu pagi ianya dijangka berlaku...

Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 a.m. hingga 9:30 a.m.Secara amnya, Gerhana Matahari berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.




Jadual Keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia

Moga dapat tengok kan... lagipun last MF tengok gerhana Matahari ni masa tahun yang terjadinya Gerhana cincin tuh... masa zaman sekolah dulu... teruja tau tengok... Ni kali ni moga ada rezeki tengok gerhana matahari lagi.. 

Pada hari 9 Mac tu juga, pihak Agensi Angkasa Negara, mengadakan program menarik sempena Gerhana Matahari ni... iaitu Program Gerhana Matahari Separa mulai jam 7:30 a.m. hingga 10:00 a.m. di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Sumber dan maklumat lanjut boleh RUJUK SINI

oK... bagi, yang tak dapat nak keluar pejabat nak tengok gerhana tu, boleh tengok secara langsung di 

Semasa gerhana juga kita digalakkan buat solat sunat gerhana... Boleh download PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA untuk rujukan dan amalan.


Thanks for reading: Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 di Malaysia!

Catat Ulasan

  1. wah ...kena set the date...jarang2 kita boleh tengok

    BalasPadam
  2. Salam kak terima kasih info tak pernha berkesempatan pon

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top