GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

FITRAH ANAK ITU BERMAIN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.


Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka.


Sumber: Facebook... 

Sumber: Google images

Biarkan anak seronok dengan usia dia... Jangan dipaksa sangat dengan pelajaran dia...  Usia dia untuk bermain tu sekali je... Jangan bunuh masa dia kerana nak capai cita-cita kita...

3Ulasan

  1. Benar. Begitu suci dan murni hati anak-anak kecil kita..

    BalasPadam
  2. Anak saya yang umur 9 tahun ni pun bermain jugak..tapi ada masa dia kena belajar..tapi yang baru 4 tahun tu memang main je la kerja nya..Cuma kita sebagai mak ayah ni kena tahu jenis permainan macam mana yang bagus dan sesuai untuk diaorang..tapi kalau diaorang nak bermain ikut cara sendiri bagi je la..asalkan selamat..

    BalasPadam
  3. TUNTUTAN CARA KEHIDUPAN KINI KONONNYA MENGEJAR DUNIAWI UTK UKHROWI...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ